Nak tulis apa ni ek?


Saya juga ingin menulis, tapi masih tidak tahu apa yang nak disampaikan kepada semua. Biasanya saya akan berceloteh di blog hubby saya iaitu Saifulislam.com, walaupun ada kala saya malas nak ‘layan’ persoalan-persoalan yang ada di situ. Mungkin bukan tidak tahu, cuma tidak tahu yang mana satu.

Apakah ‘speciality’ saya? Yang pastinya saya lemah dalam isu-isu global dan haraki. Minat saya lebih cenderung kepada isu kesihatan, kekeluargaan, dakwah para remaja dan akhlak. Saya sentiasa bercita-cita untuk membuka dan mengubah minda semua untuk masalah kesihatan, hospital dan yang berkait dengannya.

InsyaAllah, saya akan cuba menulis dengan efektif, efisien dan istiqomah. Dengan itu para pembaca, doakan saya..

UMMUSAIF.COM
56000 Kuala Lumpur

13 thoughts on “Nak tulis apa ni ek?

  1. alhamdulillah~ bertambah seorang pemikir dan penulis islam… setiap orang itu ada kelebihan dan speciality tersendiri. pasti ada sesuatu pada diri ummu saif yang melengkapi abu saif. waiting for the posts~!

    good luck and keep on writing~ ketahuilah, penulisan mampu mengubah bangsa. penulisan adalah seruan Allah dalam kalam-NYA. pembacaan ada wahyu pertama yang diagungkan. dan Quran dibukukan hasil gabungan keduanya, masyaAllah~

    “demi pena dan apa yang mereka tuliskan” – Surah al-Qalam (68): 1

  2. Teringat kata-kata ustaz,
    ” Meluaskan pengaruh melalui blog”

    yang menyebabkan satu anjakan kepada student di Jepun selepas Summercamp 2008. Ramai yang telah mula berblog…alhamdulillah… dengan input2 yang bermanfaat.

    Saya menantikan entry2 dari akak…

  3. Alhamdulillah, akhirnya srikandi Abu Saif menulis, tak payah stress tulis je mengikut tema tu sekurang2nya dah ada 4 kategori dah tu. Usaha dan jerih payah master klinikal pun ok gak especially utk student muslimah. Let them see the big picture and begin with the end in mind (the end is not your end but the “solution”) Selamat Berkongsi Pengalaman.

  4. Salam. TK k ija. Saya pun mmg ada terfikir ttg kerja dan masters sya. tapi bcoz 3 hari ni cuti, so tak berapa happening. Yelah kan, masih merangkak2..
    TK sekali lagi kerana sudi masuk blog saya yg serba kekurangan ini.

  5. Salam ‘alayk Ummu Saif..

    tahniah atas ‘kelahiran’ blog dari Dr.huhu..lama gak tertunggu2 bilalah UmmuSaif sendiri yg menulis..

    hmm..saya cadangkan, tulislah mengenai bidang UmmuSaif sendiri..lebih berpengalaman.blh kami (pembaca) timba ilmu perubatan sikit. mgkn kaitkan ngn hukum. cthnya feqh ke. tentu menarik!
    wa..tak sabarnya nk membaca lagi di sini..

    teruja sekali bila UmmuSaif menulis..perspektif seorang ‘ustaz’ perempuan, bak kata Abu Saif..hehe..

    teruskan usaha! chayook!

  6. menarik juga kalau dapat berkongsi pengalaman kerja ummu saif. Saya juga bekerja dalam bidang kesihatan

  7. kelakar plak ustaz mengusik2 isteri dia kat sini…..ummusaif kongsilah ide pasal minat ummusaif tu..pasal keluarga ummusaif..cabaran mendidik anak2, berlapang dada dan redha dengan kesibukan perjuangan suami…isu-isu kesihatan khasnya wanita…

  8. salam akak ape kabar?shaz sihat alhmdulillah, bz sentiasa dgn anak2 org!😉

    sedihnya sabtu ni tak dpt join terawih dgn akak kat naim,shaz kena pegi shah alam.kalau tak sedih tuk teman lama benor tak jumpe cucu.insyAllah harap kita dpt jmp nxt terawih.

    ok kak congrats atas blog yg cute ni,shaz suka sgt gambar kartun akak tu😉 seronok dapat kenal akak, moga berbahagia selalu & selamat menjalani ibadah puasa!

  9. hehe..sokong rulza..
    komen dr ust lagi.. “habis laa.. habis laaa..”

    bukankah “erti hidup pada memberi”?😉
    kami sentiasa menyokong!

  10. Senang je Ummu Saif. Jadikan nota kecil sebagai teman.
    Bilamana terdetik satu kejadian menarik, yang memberi pengajaran, atau bisa mengajarkan yang lain, terus saja ditulis dengan pantas.

    Setiap malam, sebelum tidur, buka nota tu dan perhati apa yang terisi. Kalau tiada, bermakna hari itu kita kurang berfikir. Kemudian, bolehlah dijadikan idea untuk menulis di blog.

    Tip ini saya buat selepas diajar oleh dari Bro Luqman. Lihat saja blognya, macam-macam idea ada. Hihi.

    Hari tu ada Bro Luqman berkongsi, penulis asal “Charlie and the Chocolate Factory” mendapat ideanya ketika sedang memandu. Ketika itu, dia terlupa untuk membawa nota hariannya. Lalu segera die berhenti di tepi, dan menconteng di belakang bonet kereta dengan jari (berdakwatkan debu-debu hitam). Kemudian, dia memang lupa idea hebatnya itu, sehinggalah bila dia membuka semula bonet kereta dan perasan.
    Kalau benar-benar dia terlupa idea ini, pasti novel dan film itu tidak wujud sekarang ini.

    Selamat menulis, Ummu Saif.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s