Mulanya di Sini…


Segalanya bermula di langkah satu… di sini… di hari ini!

Terkial-kial..

Ini kali pertama saya menaip untuk blog saya sendiri. Biasanya saya cuma menempek di blog suami tersayang saja. Tapi, kali ini saya sudah ada medan sendiri, medan sendiri untuk memberi (pinjam motto suami saya).

Blogging.

Saya mengambil masa yang agak lama untuk menyertai alam blog. Orang pertama yang memperkenalkan saya kepada blog tidak lain tidak bukan adalah suami saya Hasrizal aka Abu Saif. Beliau secara literalnya tidak pernah mengajar kepada saya apa itu yang dinamakan dengan blog namun kerana cintanya kepada memberi, maka Saifulislam.Com telah menjadi inspirasi kepada diri saya.

Pada mulanya, saya amat pesimis tentang internet, chatting dan blogging. Antara perkara yang merisaukan saya apabila memasuki alam siber ini ialah addiction atau ketagihan. Betapa pengalaman semasa alam universiti dulu menghantui saya. Bukan sahaja kerana melihat manusia bercinta buta dengan mana-mana mamat di ruangan chat malah ada yang 24 jam menatap komputer hingga gagal peperiksaan besar akhir tahun!

‘Trauma’ itulah yang sering menghantui saya. Saya bukan sahaja mengelakkan diri untuk membaca blog atau website malah saya juga seakan-akan membencinya. ‘Benci’ kerana ia seakan-akan mencuri masa insan kesayangan saya. Mencuri masa kami sekeluarga hingga masa santai pun dihabiskan untuk blog dan bukannya untuk isteri dan anak-anak.

Tahun demi tahun…

Saya cuba mempelajari apa yang dinamakan dengan istilah blogging. Mengapa orang mempunyai blog mereka sendiri? Mengapa mereka menulis kisah mereka dan menceritakan kepada dunia hingga seperti jarang tanpa tembok? Mengapa mereka mengambil masa berjam-jam di rumah untuk ‘melayan’ blog? Prasangka saya hanya kerana mereka ‘tersangkut’ dengan chatting bersama teman yang kadang-kadang tidak mereka kenali. Sekadar mengisi masa kosong..

Tapi, itu dulu..

Setiap insan menulis kerana objektif dan tujuan masing-masing. Ada yang menulis untuk luah isi hati seperti diari atau monolog, ada menggunakannya sebagai medan berdakwah, ada untuk berkongsi kemahiran seperti resepi, ada yang menyampaikan ilmu untuk yang mencari. Buat suami tersayang, beliau menulis kerana sifat MEMBERInya yang sangat tinggi. Ikhlas menulis bagi mencetus MAHU, agar bergerak terus menuju MAMPU.

Mungkin sekarang saya sudah TAHU dan MAHU dan akhirnya menuju MAMPU. Syabas buat suami tersayang kerana berjaya mengajar saya ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Semoga kita menjadi inspirasi buat diri masing-masing.

Sesungguhnya, kaulah pelengkap diri ini…

UMMUSAIF.COM
56000 Kuala Lumpur

31 thoughts on “Mulanya di Sini…

  1. Salam alayk.

    Alhamdulillah ummu saif pun dah ada medannya tersendiri.๐Ÿ™‚

    p/s: teringin juga nak jumpa ummu saif dalam program ustaz. InsyaAllah one fine day..

    Selamat berpesta ibadah buat ummu saif serta keluarga.

    Maisarah Shukri,
    UNHAS, Makassar

  2. Salam, akak dah berblog…
    Saya pun teringin nak berprogram dengan akak. Selalu kalau tanya soalan yang berkaitan dengan muslimat kat Ustaz, mesti Ustaz jawab,
    ” Orang yang terbaik untuk menjawab soalan ini, ialah Ustaz tapi versi perempuan… tanya isteri Ustaz mungkin akan dapat jawapan yang lebih sesuai..”๐Ÿ™‚

    Semoga medan ini boleh jadi medan bertukar pandangan dan pendapat.. berkongsi ilmu.

    Salam Ukhuwah

  3. Secara peribadi akak memang tak berminat baca diary @ kehidupan orang lain sebab kehidupan sendiri pun tak terbaca, akak lebih cenderung kepada idea, panduan, pengetahuan dan yang sewaktu dengannya.

    Tetapi dek kerana sudah hampir 2 tahun membaca SIO sampai ke tahap boleh risau pula bila tahu Saiful Islam, Naurah atau Imad tak sihat, kelakar pun ada memikirkannya, macam realiti TV pula. Tetapi itulah hakikatnya ukhuwwah siber yang terjalin tanpa sedar.

    Kini USO pula muncul, alhamdulillah. Tulislah bagi memandaikan (pinjam term Puan Ainon) generasi akan datang. Terima kasih kerana kesudian ummusaif memberi.

  4. assalamualaikum..

    tahniah atas kelahiran blog ini^_^
    insyaAllah lps ni ana akn sentiase berkunjung ke sini..same as maisarah, ana pun teringin sgt nk jumpe ummu saif..nk kongsi cerita n idea..insyaAllah, klo diizinkanNya..satu hari nnt..

    alakullihal,moga ummu saif dan ustz akan terus MEMBERI..

    salam buat ank2 ummu saif yg sangat comeyy ^_^

  5. aslm.. tahniah ummusaif… rasa seronok dan teruja bila nampak blog ummusaif…saya teringin sangat nak jumpa dan kenal ngn ummusaif…

  6. Salam Ummusaif…
    Tahniah dengan penampilan baru anda melalui Ummusaif.com., entiti kepada Saifulislam.com. yang diperkenalkan oleh suami kepada saya kira2 setahun lalu yang banyak memberi pengisian jiwa dan minda.

    Suami kita saling mengenali – always keep in touch, cuma kita saja yang belum Allah izinkan bersua muka.

    Menelusuri sajak yang diabadikan, sememangnya Allah menganugerahkan kita suami yang sebegitu…tak pernah jemu di medan dakwah.

    Rasanya setakat ini saja utk kali ini, harap dapat diteruskan penulisan yang mantap dan bernas. Salam ukhuwwah filLah

  7. semoga dgn ‘kehadiran’ ummu saif di alam cyber dpt menambah ruang dn peluang kpd kami2 pemudi2 yg bergerak sbg mujahidah kecil di dlm msyrkt.

  8. perjalanan yg jauh bermula dengan langkah yang pertama..insyaallah,semoga ruangan ummusaif.com dpt memBERI ilmu dan bertukar pendapat diantara kita..Salam ukhuwwah (^_^)

  9. Asskum kak muna…
    sejak pindah ke sg buluh ni..dah lama tak sempat jenguk SIO…tengok2 kak muna dah ada website sendiri…tahniah ya…

    “โ€˜Traumaโ€™ itulah yang sering menghantui saya. Saya bukan sahaja mengelakkan diri untuk membaca blog atau website malah saya juga seakan-akan membencinya. โ€˜Benciโ€™ kerana ia seakan-akan mencuri masa insan kesayangan saya. Mencuri masa kami sekeluarga hingga masa santai pun dihabiskan untuk blog dan bukannya untuk isteri dan anak-anak.”

    Hehe…sebenarnya dulu saya pun ‘tension’ tengok riyadh ashik ngadap pc ’24 jam’ saya pun sependapat ngan kak muna la..masa tu rasanya kan lebih baik masa yg singkat tu dimanfaatkan bersama keluarga…tapi sekarang ni..dah masing2 sibuk..biarla…

    Okla kak muna..semoga website ini dapat memberi manfaat pada semua….kami dah tak duduk kat ceras dah…kalau balik kg..singgah2 la ke sg buluh ni ya…
    salam

  10. Assalamualaikum…
    tahniah buat ummusaif ats kelahiran blog ini.lama sdh d nantikan blog ummusaif sendiri agar dapat meminta pandangan dari sesama kaum…bkn apa klu ngan ustaz segan sikit…:)
    moga ummusaif istiqamah dgn blog ini…amin

  11. Salam akak..
    Haha..abu saif risau pula ditinggal sepi..
    Yes..tanpa takut-takut lagi kami terus ke link ummu saif,it’s ok link abu saif untuk isu-isu global, link ummu saif lebih fokus kepada isu-isu kekeluargaan, kesihatan(banyak soalan menanti ni) dll.
    Saya tak sabar menunggu akak ‘memberi’,
    Ada shoutbox lagi best kan?
    Betul cakap nurjannahtul tu, dengan ustaz kami-kami ni segan sikit.
    Ok akak, selamat berblogging :))

  12. Salam Kak Muna yang dikasihi๐Ÿ™‚

    Alhamdulillah dan tahniah!๐Ÿ˜€
    Semoga Kak Muna memanfaatkan sepenuhnya ruangan blogsphere ini dan semoga kita semua dapat terus memberi dan memberi. Semoga Allah taala memberkati akan setiap patah perkataan yang dikongsikan. Semoga ada bahagiannya di akhirat kelak, insyaAllah.

    Sesungguhnya mata pena adalah lebih tajam dari mata pedang!

    p/s: Baru harini saya dapat tau akan kewujudan sparing partner kpd SIO ni๐Ÿ™‚. Ada masalah internet connection kat rumah. Skarang menaip kat med lib UM hehe.

    Salam Ramadhan AlMubarak dari saya di meja komputer TJ Danaraj Library

  13. Buat ummufatihah.
    InsyaAllah bila berkelapangan, kami akan ke sana.
    Akak pun terfikir gak ada tak org yg rasa mcm akak about hubby&blogging ni. Nampaknya i’m not the only one. Alhamdulillah, la ni dh faham dan blh balance dgn kewajipan dan keperluan yg lain.

  14. Kepada adik2 muslimat,
    no problem kalau nk rujuk apa2 pd akak cumanya akak ni takle pandai mana, tau sikit2 je.

    Shiha, kami semua wondering shiha menyepi lama. Sibuk dgn thesis ke. Akak punya dh terbantut lagi. Abu saif dok ‘pressure’ akak layan blog ni. hihi

    SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA.

  15. TERUskan PerjuanGan utk MeMberi!!!Moga ALlah SenTiasa BersAMa KaliAN…Moga IslaM AKan DiteGAkkan…ameen

  16. hmm..
    ahlan buat ummusaif..
    lepas ni nk laa jugak tgk..
    kalau dulu ummusaif menumpang kt blog ust hasrizal je..
    lepas ni kalau boleh ust hasrizal menumpang kt blog ummusaif plak..boleh kan ust??hehe

    moga rumah tgga kalian trus berbhgia hendaknya dismping mujahadah2 cilik…insyaAllah

    salam ramadhan

  17. TAHNIAH…ummusaif
    teruskan perjuangan melalui hujung jari ini…
    boleh ke kalu peminat2 nak tanye ttg kesihatan di ruangan ni??/

  18. seronok bila ummusaif dah ada blog sendiri….tahniah..mesti umuusaif leh kongsi banyak idea dan cetusan minda kat sini khasnya dengan para muslimah….saya amat mengangumi ummusaif ngan ustaz..๐Ÿ™‚

  19. Salam Ummu Saif,

    Alhamdulillah, dah muncul dah Dr Shiha. Tu dia powernya buat regression in statistical research method ke sampai putus internet connection?

    Ummu Saif, jgn berhenti research tu, bak kata org kg, slowly but surely kan progressnya?

  20. Salam Perjuangan…

    Tahniah kerana menjadi salah sorang blogger kat Malaysia ni.Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk terus berkongsi ilmu yang bermanafaat utk semua.

    Tabik spring la..bila Dr pun masih ada masa untuk menulis. Barakatillah alaiki..

  21. salam akak๐Ÿ™‚

    i hope to be the 1st to register in yr basic life support & basic home trauma care & management course insyAllah!

    akak take care!๐Ÿ˜‰

  22. alhamdulillah dan tahniah ummusaif. sememangnya memberi MAHU itu sabar dan tabah prosesnya..tidak sangka ni antara hasilnya. ud’ulaki najahan..
    saya teringat kata-kata penulis terkenal, subky latif…pesannya, takpe xpandai menulis mula-mula, yang penting, menulis hari2..baru menjadi penulis yang hebat.hmm, saya pun tak terbuat..
    teruskan berkarya di ruang maya ini =)

  23. Saya masih lagi merangkak-rangkak dgn blog ni.
    Terpaksa bahagikan masa antara kerja, keluarga, dakwah, study dan thesis. Buat masa ni saya belum lagi mampu utk menulis setiap hari. InsyaAllah, little by little..

    To Shaz, InsyaAllah dgn izin Allah!

  24. Assalamualaikum Ummu Saif,

    Baru hari ini berkesempatan membaca blog Ummu Saif. Gembira rasanya dapat membaca tulisan Ummu Saif sepenuhnya. Teruskan menulis, saya akan jadi pengunjung setia!

    Tahniah buat Ummu Saif!
    Allah razi olsun..๐Ÿ™‚

  25. Aleykum selam Ayza,

    Hos geldiniz…๐Ÿ™‚ saya tanya hubby few words in Turkish. Selamat datang. Memnun oldum… rajin-rajin le jenguk sini ye. Berbuka masak sis kebab ke?

    Terima kasih kerana melawat blog ini. Tesekkur ediyorum.

  26. Salamun alaik
    dulu saya pun berfikiran yang sama seperti ummu saif. internet dan blogging merupakan dua perkara yang saya amat-amat tak suka. tapi bila seorang teman memperkenalkan cara blogging yang bermanfaat pada saya, saya pun mula cuba-cuba. dan sekarang saya pun dah ‘addicted’ (in a good way i hope, insyaAllah)

    moga-moga ummu saif kekal dalam medan ini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s