31
Mar
Posted by ummusaif in Family, Tazkirah. 4 Comments

Hasrizal Abdul Jamil Adakah Rasulullah SAW itu semasa hayat Baginda merupakan seorang yang ‘POPULAR’? Bagaimanakah caranya menguruskan POPULARITI cara NABI?
Ini adalah soalan yang suami saya tanyakan baru-baru ini di halaman ‘wall’ facebooknya.
Menarik persoalan yang dilontarkan. Malangnya hanya kaum Adam sahaja yang mampu dan berani menjawab serta memberi respon kepada persoalan itu.
1
Mar
Posted by ummusaif in Mediconecdot, Tazkirah. 14 Comments
Begitu menyayat hati. Sungguh sedih. Tidak mampu saya menahan air mata yang mengalir seumpama air sungai. Jantung saya bagaikan ditikam besi tajam yang sangat memedihkan. Berita adik Syafia Humairah yang mati didera oleh teman lelaki ibunya, begitu memilukan. Ya Allah, mengapa ada manusia yang sedemikian rupa?!

Continue reading
22
Feb
Posted by ummusaif in Laugh is the best medicine. 40 Comments

Pada suatu malam di Jabatan Kecemasan PPUKM…
Dua orang lelaki berbangsa Iran datang ke jabatan kami mengadu severe general body itchiness (gatal satu badan yang teramat sangat).
Lelaki Iran: “My body is very itchy, doctor. Please help me.”
Doktor: “How long has it been going on?” Continue reading
20
Feb
Posted by ummusaif in Family. 54 Comments
Salam buat pembaca sekalian..

Hmm sudah lebih sepurnama saya tidak menulis di blog. Suami pun sesekali mencuit kesepian serta hinggakan seorang pembaca menghantar mesej personal kepada saya, bertanyakan artikel baru daripada Ummusaif. Maaflah, beberapa minggu ini terlalu banyak perkara yang difikirkan, terlalu banyak assignment yang tertangguh dan terlalu banyak tanggung jawab dan amanah yang perlu dilaksanakan terutama semenjak Abu Saif banyak bermusafir dalam tempoh sebulan ini.
Semasa Abu Saif bermusafir tempohari, setiap hari saya berulang alik menghantar anak ke sekolah. Tambahan pula saya bekerja sepanjang cuti hari raya cina. Dan sebagai ibu, semestinya tanggung jawab saya lebih untuk mengadap dan melayan kerenah anak-anak sepanjang cuti tersebut. Maka, apabila balik sahaja ke rumah (daripada kerja), saya terus mengadap anak-anak terutama si kecil. Anak-anak sangat terkesan semasa ketiadaan abi mereka. Sesekali mereka akan bersuara bertanyakan abi. Paling teruk ialah Saiful Islam yang tiba-tiba sahaja kelihatan senyap, tidak berkata-kata atau ketawa selama sehari pada hari ke 5 abi pergi. Continue reading
9
Jan
Posted by ummusaif in Mediconecdot. 39 Comments

Ini adalah kisah di mana seorang anak kecil berusia 3 tahun dibiarkan kelaparan dan keseorangan di luar tadika oleh gurunya apabila dia menangis pada hari pertama tadika. Continue reading
Komen Terkini