Teka Teki Tentang Nyamuk


image

Kelmarin, saya telah melakukan sedikit survey tentang kefahaman orang ramai mengenai penyemburan asap atau fogging nyamuk di laman Facebook saya.

Pelbagai bentuk jawapan yang saya terima. Ada yang betul dan ada yang salah.

Mengapa jawapan berbeza-beza, padahal ianya hanyalah perihal nyamuk?

Tidak sangka haiwan sekecil nyamuk amat sukar untuk kita fahami. Mungkin itulah tanda-tanda betapa kecilnya kita dan betapa besarnya Maha Pencipta nyamuk tadi.

Di dalam al Quran, terdapat beberapa haiwan kecil yang Allah jadikan perumpamaan agar kita manusia menjadi hamba-hambanya yang berfikir dan diberi petunjuk.

“Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: “Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?” (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik; .. ” (QS2:26)

Sama juga seperti lalat, makhluk kecil ini diciptakan sebagai ibrah untuk kita terus mencari petunjuk daripada Allah SWT.

“Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya). ” (QS22:73)

Maka memahami kehidupan makhluk begelar nyamuk ini bukanlah tugas para biologis atau saintis, namun ianya adalah tanggung jawab kita semua memandangkan nyamuk sentiasa hidup seiringan di dalam kehidupan kita.

Bukan sahaja di negara-negara yang berdekatan dengan garisan  Khatulistiwa, nyamuk juga hidup di negara-negara Barat yang jauh dari garisan itu terutama pada musim panas.

Pastinya ada sebab besar mengapa ‘mereka’ adakalanya masih bermaharaja lela di samping kita.

Syabas saya ucapkan kepada sahabat dan kenalan yang sudi menjawab survey kelmarin. Semoga kita semua tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang diberi hidayah dan taufik.

Berikut adalah soalan dan jawapan bagi survey tersebut.

image

Soalan 1: Adakah kita perlu buka atau tutup pintu dan tingkap semasa fogging?

Ya, perlu buka kerana kita kena pastikan asap masuk ke dalam rumah. Oleh itu jangan tutup pintu dan tingkap.

Soalan 2: Mengapa fogging selalu dilakukan pada waktu kita penat-penat balik dari tempat kerja?

Pihak berkuasa akan fogging pada waktu kita balik kerja yakni waktu senja kerana waktu tersebut nyamuk dewasa aktif berkeliaran. Nyamuk juga aktif pada waktu subuh.
Maka, sebab itulah orang tua dulu-dulu tidak beri anak berkeliaran pada waktu senja.
Nyamuk berkeliaran di luar dan dalam rumah. Maka, no point kita tutup pintu kalau asap fogging di luar rumah tidak masuk ke dalam.

Soalan 3: Asap fogging membunuh:-

a) nyamuk dewasa
b) nyamuk dewasa dan jentik-jentik
c) jentik-jentik sahaja

Asap fogging hanya membunuh nyamuk dewasa. Jentik-jentik hanya akan mati dengan ubat abate (garam). Maka sebab itulah kita kena benarkan asap masuk rumah.

Soalan 4: Perlukah saya mengelap perabot selepas terkena air semburan?

Asap fogging adalah water-based. Maka, hanya perlu lap dengan kain biasa apabila terkena perabot. Tak perlu basuh beriya2.
Kalau asap terkena baju atau langsir, hanya perlu dianginkan atau sembur dengan febreeze.

Informasi tambahan:

Buka pintu bukan bermakna kita tinggalkan rumah. Itu yang boleh berlakunya kecurian dan sebagainya. Sekadar perlu berada jauh dari asap yakni jangan direct kepada asap.

Tutup dan simpan makanan.
Lepaskan haiwan-haiwan yang berada di dalam kandang seperti kucing.

Biasanya fogging akan dilakukan di luar rumah. Ada masanya, fogging dilakukan di dalam rumah (tengok kes).

Sekiranya mereka meminta fogging di dalam rumah, pastikan ianya pihak berotoriti yang betul seperti pihak berkuasa tempatan (eg DBKL) dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Anda boleh meminta mereka menunjukkan kad pengenalan diri badan berotoriti tersebut.

Selain aktiviti fogging, kadang-kadang mereka akan melakukan aktiviti mencari jentik-jentik. Maka, ya mereka perlu masuk ke dalam rumah.

Diharap ilmu dan informasi ini berguna untuk semua.

Allah tidak ciptakan makhluk ini sia-sia. Umpama ibrah lalat di dalam surah al-Haj di atas, jika manusia diuji dengannya nescaya kita lemah dan boleh kalah dengannya (penyakit). Maka, carilah ilmu yang betul dan tepat agar kita tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang berzikir lagi berfikir.

UMMUSAIF.COM
43000, Kajang.

About these ads

3 thoughts on “Teka Teki Tentang Nyamuk

  1. Jazakillahkhairankatihira Dr.
    Informasi yang sangat bermunafaat.Saya pernah disoal oleh anak saya semasa mereka kecil dahulu. “Kenapa Allah jadikan nyamuk,kan nyamuk jahat” Jawapan saya “Sebab Allah nak jadikan kita pandai,berusaha nak jauhkan dari nyamuk dan suruh kita sabar bila digigit nyamuk”

  2. Assalamualaikum ummusaif…
    Di kediaman saya pernah kementerian datang fogging dan buat pemeriksaan….
    Gelihatinya, masa mereka dtng kami buka kan pintu dan tingkap kemudian kami tinggalkan rumah sekejap sampai mereka habis fogging…

    Masa balik lantai rumah berminyak gitu..hihi..Ntah kenapa rasa kelakar..Mungkin tula first time pengalaman saya dengan fogging kat rumah sendiri….

    Nurse pernah pesan juga…dalam kereta kena juga sembur penghalau nyamuk dr masa ke masa..sebab mungkin nyamuk yang bahaya tu duduk dalam kereta kita…mungkin leh dapat gigitan dr dalam kereta/bas dan lain2..

  3. salam ummusaif …subhanallah. ..maha suci Allah menciptakan nya….
    salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s