Nak Sembang Atau Nak Diam, Mana Yang Lebih Baik Untuk Saya?


ukhuwwah fillah
Diam itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik.
Kata-kata di atas bukan bermakna kita kena diam setiap masa.

Yang baik tetap kena disampaikan, kerana itulah tuntutan dakwah.
Dan dakwah bukan bermaksud kita kena pergi ceramah pada orang.
Tetapi mengajak orang kepada kebaikan, silaturrahmi, berukhuwwah itulah berdakwah.
Pendek kata, bermuamalat sesama manusia itu tuntutan kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini.

Untuk memahirkan diri dalam urusan muamalat atau hablumminannas ini hendak tak hendak kita kena selalu berkomunikasi sesama dan seramai jenis manusia yang mungkin.
Kalau dok jumpa spesis yang sama aje, kita takkan ke mana. Dengan kata lain, kita takkan master atau mahir berkomunikasi.

Kerana komunikasi itu seni lalu ia memerlukan kemahiran dan kesabaran.

Kenapa kita kena buat semua ini?
Kerana kita saling memerlukan orang lain dalam hidup kita. Kita inter-dependent.
Jangan lupa, kita mati pun orang lain yang kafan dan tanamkan kita.

Bahasa mudahnya, kita takkan ke mana kalau kita sombong atau tidak perlukan orang lain.

Cuma saya ingin kongsikan sedikit tip dalam berkomunikasi ini ialah:

1. Selalu berbaik sangka.
Tak salah bertanya pada yang perlu dan bertempat. Periksa setiap info dengan telus, terus dan detail.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. ” al Hujaraat:6

2. Dalam masa yang sama, jagalah bahasa. Kerana bahasa adalah akhlak dan rupa paras iman kita.
Berlemah lembutlah kita (wal yatalatthof) bermaksud tunjukkan sensitiviti dan curtesy kita.

” …dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.”
al Kahfi:19

Yang dikatakan jangan melalukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari hal kamu di atas ialah jangan buat sesuatu orang terasa atau terkesan dengan kehadiran kita.

3. Serta selalu optimis dalam apa jua keadaan. Jangan berputus asa.
Tidak salah melakukan kesilapan selagi kita sedar dan sedia untuk berubah kepada kebaikan kerana itu semua mengajar kita untuk menjadi lebih baik dari semalam.

Manusia pelbagai ragam dan salah silah. Keturunan dan faktor sekeliling mencorak kita.
We must seek to understand then to be understood.

4. Mohonlah kemaafan untuk diri sendiri.
Serta, mohonlah kemaafan dari Tuhanmu untuk mereka. Kerana Allah Maha Mengetahui siapa mereka.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. ” al Hujaraat:12

Sesungguhnya, diciptakan kita berbeza-beza agar kita saling kenal mengenali.
Ada yang berbeza keturunan. Ada yang berbeza tempat asal. Ada yang berbeza bahasa. Ada yang berbeza pekerjaan. Macam-macam ada…

Itulah seni. Supaya kita mahir dan bijak.
Nothing is straight forward.
The more people we met, the more expert we are dealing with human being.

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” al Hujaraat: 13

Akhir kata, gunakanlah teknik ini apabila hendak berbicara: CASIC

Connect.
Acknowledge.
Serve.
Inquire.
Choice.

Iaitu:
Salam/greeting. Bertanya khabar.
Beritahu atau tunjukkan anda memahami mereka/keadaan mereka.
Bantu/lakukan sesuatu untuk mereka.
Bertanya pada mereka.
Lakukan 4 perkara di atas sebelum:
beri mereka pilihan atau suruh mereka lakukan sesuatu untuk anda.

Mari muhasabah diri bersama.

eire

UMMUSAIF.COM
Kajang, Selangor.

About these ads

12 thoughts on “Nak Sembang Atau Nak Diam, Mana Yang Lebih Baik Untuk Saya?

  1. Betul. Kalau setakat berkomunikasi dengan orang yang sama, memang skill komunikasi kita sukar bertambah. :)

  2. saya seorg yg pndiam dn pemalu tp harini saya dh boleh brckap di hdpn dan berckap dgn ramai org cuma biasa2 saja..tidaklah hebat..tapi kadang2 saya tersasul,saya trsilap cakap.saya aneh dgn kesilapan sya di hdpan org..dan saya mula rndu saat saya pndiam dulu..tolong saya doc..apa perlu buat?? sdgkn zmn hari ni kita kna bljar berani.. keliru..

    • Pada pendapat saya,
      Secara fitrahnya, sifat sebenar kita akan terserlah yakni sama ada memang kita ni pendiam atau talkative. Biasanya kita cuba reflek diri kita semasa kecil atau remaja dan juga semasa tempat yang kita familiar with seperti di rumah.
      Kalau semasa kecil atau di rumah kita talkative, maka secara naturalnya itulah sifat yang akan kemudiannya keluar apabila kita berada di tempat lain atau bersama orang lain.
      Mungkin sebelum ini kita pendiam sebab kita tak suka atau biasa dengan keadaan pada waktu itu.

      Of course, semakin ramai kita jumpa orang, semakin ramai perangai orang yang kita akan jumpa.
      Itu semua proses mematangkan kita.

      Kita konfius mungkin sebab kita masih tidak faham apakah yang baik dan tidak baik yang kita sudah lakukan.
      Pengalaman akan terus mematangkan kita.

      Antara tips yang saya guna dari Prof Muhaya ialah berkata2 dgn menggunakan panduan ini:
      1. Sekiranya ia memberi solusi/bantuan kepada diri dan orang lain.
      2. Bukan niat utk bangga diri.
      3. Bukan utk menjatuhkan orang lain.
      4. Bukan mengeluh.

      Bukan mengeluh jangan pula kita salah ertikan tidak melakukan aduan sekiranya hak2 kita diambil orang lain.

      InshaAllah niat yang baik sentiasa dipelihara Allah.

      Sekiranya masih ada yang marah atau benci selepas panduan di atas, maka bertawakkal lah kepada Allah Swt.
      Pohon keampunan utk diri dan mereka, serta supaya Allah bukakan hati2 kita semua dari terhijab daripada kebenaran.

      All the best.

  3. pandai pon berkata2…tapi baru2 nie apa yg puan sudah komen / hina perjuangan kami… semalam ada puan kata ( Hari tu fb lukisan kartun cinta gedik2. Kali ni muncul lagi fb page tentang cinta2 pasangan Islam. 2 kali 5, 5 kali 2. Udah2 la tu. Bangun muda mudi Islam semua! Jangan terlalai dengan perkara sebegini. Mengislam cinta itu boleh. Tapi kalau siap buat page pasal cinta remaja dan hari2 cakap pasal cinta, then saya tak rasa Rasulullah SAW hendak kita segedik itu )

    apa yang membuatkan kami di IKHTIAR JODOH ISLAM MALAYSIA sebelum nie dikenali PERSATUAN BUJANG TERLAJAK MALAYSIA terkilan adalah kata2 puan seolah2 kami melahirkan insan yang tidak berguna seperti laman jodoh yang lain, tahukan puan kami para pentadbir bekerja 24 jam tanpa bayaran apa2 ikhlas untuk menemukan jodoh insan2 dengan perkahwinan dan pertunangan,dan pemantauan sering dijalankan demi keselamatan semua warga laman jodoh kami dari penipuan status perkahwinan, kewangan, jenayah dan kelucahan, dan kami juga memberikan keistimewaan kepada warga kami seperti khairat kematian, potongan harga kursus perkahwinan 40% wagra kami diseluruh malaysia, bantuan bencana/kemalangan, lawatan kerumah anak2 yatim dan program bersama badan kerajaan yang lain. kami menyediakan laman jodoh tanpa bayaran percuma untuk individu yang layak.

    kami tidak teragak2 mendakwa pihak puan jika tiada kata kemaafan dari anda..

    • Salam,

      First of all, status sy smlm takde kena mengena dgn website tuan puan. Sy tak pernah tahu website tersebut wujud.
      2nd Sy tak pernah mention atau kutuk mana2 spesifik website atau page.

      3rd nahi mungkar adalah satu daripada tuntutan amalan.

      Sy baru cek website tuan, dan rasa ianya ok takde apa yg pelik tentangnya. Malah satu usaha murni utk membaitul muslim orang lain.

      Wallahu a’lam.

      • petugas kami dari mesir ( bekerja disana ) menjalankan pengiklanan pada malam waktu malaysia bersamaan jam 6 waktu mesir. dan keesokan hari puan ada mengeluarkan kenyataan ini.. kenyataan ini merujuk kepada apa ye ” Kali ni muncul lagi fb page tentang cinta2 pasangan Islam. 2 kali 5, 5 kali 2. Udah2 la tu. Bangun muda mudi Islam semua! Jangan terlalai dengan perkara sebegini. Mengislam cinta itu boleh. Tapi kalau siap buat page pasal cinta remaja dan hari2 cakap pasal cinta, then saya tak rasa Rasulullah SAW hendak kita segedik itu ” .. kebiasaan manusia akan mengeluarkan kata-kata hinaan sebelum melihat isinya.jadi dalam kes ini puan haruslah memohon maaf dan diharap perkara ini tidak berulang kembali. kami serius dalam membantu masyarakat.

    • As i said, saya tidak merujuk kepada page atau blog puan. So, saya tak hutang apa2 pada puan.
      Lagipun, apa yg sy sebut hanyalah teguran peribadi saya tentang sesuatu fenomena. Ianya bukan fitnah. Puan blh abaikan kata2 peribadi saya tu kalau tak suka. Saya juga tidak menyerang mana2 page spesifik. It is a free ‘world’. Bukannya saya masuk page atau blog puan, pastu tak bagi salam, terus marah2 kat blog orang. Kalau saya buat macam tu, sudah pasti saya yang menghina dan tidak beradab. Sekian harap maklum.

      • untuk peringatan, tak kiralah siapa awak, kata2 cacian tu amat pedih bila diulang2 membancanya..terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya.. dan jangan sesekali melihat sesuatu dari kulitnya tetapi lihat lah isinya.. menasihatkan orang mudah tetapi adakah kita sedia terima nasihat orang lain.. sepatutnya kata2 yg puan lemparkan tidak sepatutnya dan selayaknya keluar dari mulut seorang yg dihormati.. ingatlah ini adalah pengajaran supaya lain kali berhati2 bila mengeluarkan sesuatu kenyataan..

  4. Sedikit panduan daripada pakar motivasi Tuan Fazrul:

    Fazrul Ismail Pendapat saya, kalau ada kaitan dengan ideologi atau ilmu, maka itu akan mewujudkan konflik ideologi. Ia perlu ditegur.

    Namun di peringkat sosial masih baik akhlaknya. Beza cara buat kerja atau ‘how’ pasti banyak mengundang konflik sosial. Konflik sosial tidak perlu diselesaikan secara public atau menggunakan pihak ketiga kecuali apabila ia sudah ‘terkeluar’ kepada public.

    Apabila A menyatakan idea B kurang tepat, konflik ideologi berlaku. Itu normal dan dialu-alukan dengan tahap-tahap amar ma’ruf nahi munkar. Awalnya secara private tetapi jika kerosakan berlaku secara awam, maka perlu ditegur secara awam.

    Apabila A menyatakan B buat sesuatu yang B tidak buat, akan mengundang konflik sosial. Ia fitnah. Ia tidak dibenarkan.

    Apabila A menyatakan secara awam atau pada orang lain tentang B buat sesuatu yang B buat secara private atau tidak merosakkan umum, ia mengumpat. Ia tidak dibenarkan.

    Biasanya apabila ada perbezaan sahaja, orang akan menganggap ada konflik dan cuba dijauhi atau dituduh orang yang berkonflik ‘suka cari gaduh atau cari pasal’. Apabila mampu membezakan konflik sosial dan ideologi, ia akan mensejahterakan amar makruf nahi munkar yang dibawa.

    Allahu a’lam.

  5. Hmm… Saya pun pening, kenapa la puan pening2 dgn status sy tu.

    Sekali lagi saya cakap, status sy tu takde kena mengena dgn Puan. Sy dh tgk website puan dan takde kena mengena dgn status sy.

    So, nasihat saya. Puan buat bodo aje dgn status sy, yg sepatutnya tak afek pun puan.

    Siapa saya, saya hanya orang biasa. Bukan siapa2, yang serba kekurangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s