Apa, Usrah Dikenakan Bayaran Bulanan?!


gambar hiasan

Apa, usrah kini dikenakan bayaran bulanan?!

Lagi pelik apabila yang hadir sekali dua juga dikenakan bayaran untuk mengikuti usrah.

Pengalaman Berusrah

Pengalaman saya bersama usrah adalah seawal ketika di tingkatan 4 di MRSM Jasin pada tahun 1991. Para pelajar dijemput untuk menghadiri usrah di bawah pengajaran Ustaz Marwan. Ianya tidak wajib, maka sesiapa yang mahu boleh mengikutinya.

Usrah dilakukan pada setiap petang Jumaat di surau maktab. Buku rujukan kami adalah tidak lain tidak bukan, buku “Apa Erti Saya menganut Islam” oleh Dr Fathi Yakan.

Oleh kerana MRSM Jasin masih baru dengan dunia usrah pada ketika itu, maka naqib dan naqibah masih ‘muda’ dan tiada pengalaman. Maka Ustaz Marwan, membawa usrah kami secara solo di dalam satu kumpulan besar.

Ketika di tingkatan lima, barulah Persatuan Pelajar Islam Maktab (PPIM), berganjak lebih setapak dengan mewajibkan usrah kepada semua pelajar dengan membuat kumpulan-kumpulan kecil seramai 10 orang di dalam 1 kumpulan.

Selain daripada satu slot pengisian tetap, kami bahagi-bahagikan peserta dengan slot tugasan masing-masing untuk dikongsikan di dalam kumpulan usrah.

Semasa berada di dalam usrah Ustaz Marwan, saya sendiri tidak begitu faham mengapa saya mengikutinya. Mungkin ianya sekadar mengikut kakak-kakak yang ‘baik’ sahaja. Kakak-kakak yang sering sopan santun dan lemah lembut di dalam membimbing adik-adik baru.

Di tingkatan 5 pula, saya memegang jawatan Exco PPIM, maka sudah tentunya usrah merupakan salah satu agenda aktiviti kami. Tahap kefahaman saya tatkala itu adalah sekadar memahami erti amar makruf wa nahi munkar secara literal. Manakala apa hala tuju sebenar usrah, saya tidak begitu memahaminya.

Sewaktu di matrikulasi UPM Kulim pula, saya tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam persatuan Islam. Lantas, saya juga menjauhkan diri daripada usrah.

Mengapa?

Mungkin saya ingin mencuba kehidupan yang berbeza sebagai individu baharu di matrikulasi. Saya sudah ‘penat’ menjadi orang ‘baik’ semasa di MRSM. Mungkin, itu semua terjadi kerana saya tidak faham apa yang saya lakukan selama dua tahun di MRSM Jasin.

Cinta di Galway

Hmm…saya rindukan usrah di Ireland.

Segala-galanya berubah di Galway…

Bermula di Galway, saya mengikuti sekurang-kurangnya 2 kumpulan usrah tetap iaitu usrah PPIMG (Persatuan Pelajar Islam Malaysia Galway) dan HIZBI. Kadang-kala, saya juga mengikuti usrah MSM dan ABIM Utara.

Di Galway, konsep usrah umum diasaskan oleh PPIMG. PPIMG melihat tentang adanya keperluan berusrah bagi merapatkan pelajar-pelajar yang duduk berasingan dan berjauhan di negara asing ini agar ukhuwwah kekal mesra di kalangan pelajar Malaysia serta kami mendapat ilmu dan pendidikan Islam secara berterusan.

Bermula hanya dengan satu kumpulan kecil, lama-lama ianya membesar. Apabila kumpulan semakin besar, kami terpaksa membahagikan para pelajar kepada beberapa kumpulan.

Usrah dibuat secara bergilir-gilir di rumah pelajar Malaysia. Minggu ini di rumah Fursey. Dua  minggu lagi di rumah Merah. Dan dua minggu lagi di rumah Ardillaun. Dan seterusnya kami gilirkan.

Maka, setiap kami dapat merasakan layanan dan kemesraan tuan rumah lalu ukhuwwah pun berpanjangan. Lagi seronok apabila ada kumpulan usrah yang bertembung lokasi rumah. Maka, meriahlah suasana di rumah tersebut.

Buku-buku kami tidak banyak.

Buku-buku fikrah, tarbiyyah dan dakwah di zaman itu kebanyakannya masih tidak diterjemahkan ke dalam Bahasa melayu. Namun, ada juga seorang dua senior yang mendapat sedikit bekalan buku dari Tanah Besar UK.

Dengan dhaifnya PPIMIG pada ketika itu membuat kutipan duit untuk membeli buku-buku bacaan apabila pulang malaysia pada musim panas.

Bukan Pakar Agama

Di Galway, di kalangan kami tiada ustaz atau ustazah.

Kami hanyalah pelajar-pelajar perubatan yang mendapat sedikit kesedaran tentang keperluan berusrah lantas kami kendalikan usrah dengan cara yang paling asas. Bacaan beberapa potong ayat al-Quran, tafsir, kupasan fekah, hadis 40 dan isu semasa mengikut interpretasi kami dan sedikit sebanyak bekalan ilmu di dada. Kadang-kadang kami kendalikan book circle iaitu mengupas isi buku yang kami baca.

Bayangkan kami begitu muda tatkala itu. Kami berusia sekitar dua puluh hingga dua puluh lima tahun. Apalah sangat  ilmu beberapa orang muda yang jauh daripada semua sumber ilmu di Malaysia.

Mana yang tidak faham, kami berusaha hubungi sahabat-sahabat di Dublin, UK atau Malaysia yang mana mungkin mengambil masa berminggu-minggu atau bulan untuk mendapatkan informasi dan ilmu. Di zaman itu, internet tiada. Telefon pun agak mahal.

Kerana itu, saya amat suka mengikuti usrah di Galway.

Ketika di dalam usrah saya dapat merasakan kegigihan, kesabaran, kemesraan, inner-connection, ukhuwwah serta komitmen yang setia dan baik di antara ahli. Baik usrah umum mahupun usrah tertutup, kedua-duanya amat penting dan memberikan impak yang besar kepada tarbiyyah dan jati diri kami.

Persefahaman fikrah, perkongsian, ‘ventilation’ yang diterima dan diberikan menyatukan hati-hati kami pada ketika itu.

Bagi saya, perkongsian emosi (emotional quotation) inilah yang mengukuhkan tiang-tiang seri bagi ‘keluarga’ kami ini selain daripada perkongsian ilmu dan pengetahuan. Dan hubungan ‘kekeluargaan’ ini berterusan sehingga kami berada di luar waktu usrah.

Apabila saya sudah berumah tangga, saya masih lagi meneruskan amalan berusrah. Lagi seronok bila usrah ini disertai oleh ahli keluarga kami sendiri termasuk anak-anak kecil.

Ada ketikanya, saya dan sahabat-sahabat yang lain merasa geli hati melihat kerutan sahabat yang masih bujang yang ‘tidak tahan’ dengan kerenah dan keriuhan anak-anak kami.

Namun, alah bisa tegal biasa.

Inilah namanya tarbiyyah kekeluargaan.

Bagi muslimat, mereka sebenarnya sedang ‘dikursuskan’ untuk menjadi seorang supermom yang serba boleh (menimba ilmu dan berorganisasi sambil dikerumuni anak-anak).
Bagi muslimin pula, yang pastinya ianya persediaan untuk menjadi seorang superdad.

Ketua Muslimat Pas Selangor sendiri pun menyarankan agar membawa semua anak-anak ketika berusrah atau menghadiri mesyuarat. Beliau mengatakan kesibukan, mesyuarat dan usrah sepatutnya bukanlah menjadi sebab mengapa anak-anak dipinggir dan diabaikan. Begitu juga pasangan kita.

Saya teringat di antara pesanan suami saya ialah kita kena membiasakan anak-anak ke majlis-majlis ilmu terutama masjid dan surau.

Dan tidak dilupakan, Imam Hasan al Banna sendiri membawa anaknya ke majlis-majlis ilmu yang dihadirinya.

Usrah Kini

Hingga kini, budaya usrah masih diteruskan bersama keluarga besar kami.

Seperti dahulu, usrah masih diadakan di rumah-rumah sahabat secara giliran. Makanan disediakan secara potluck. Bayaran tetap sama sekali tidak dikenakan. Namun sekiranya bayaran diperlukan, ianya adalah sempena sesuatu keperluan atau ‘event’.

Usrah mengandungi beberapa slot tetap seperti pengisian al Quran/hadis/seerah, isu semasa/berbangkit dan juga tazkirah. Selalunya usrah tidak lama, mungkin sekadar 1-2 jam. selebihnya adalah solat berjemaah dan potluck. Kami akan bergilir-gilir mengisi slot pengisian.

Di atas adalah sekadar pengalaman saya berusrah sejak di bangku sekolah.

Tiada panduan tetap atau fix guidelines bagaimana sesuatu usrah itu harus dijalankan.

Konsep usrah itu sendiri diasaskan oleh al Imam ash Shahid Hasan al Banna.

Rukun kedua selepas bertaaruf di dalam usrah ialah Tafahhum. Maka, kamu kena faham mengapa kamu bersama di dalam sesuatu usrah. Faham apakah tujuan asal dan hala tuju sesuatu usrah. Dengan kefahaman ini, ia menjadi bekalan kuat untuk kita terus istiqomah tatkala ujian kemalasan, kewangan, peer-pressure dan ujian nafsu syaitan yang sering kali datang menjengah.

Manakala, rukun yang ke tiga ialah Takaful iaitu saling bantu membantu. Yakni, bersatu memikul tanggung jawab dan bertanya khabar serta membuat kebajikan. Setiap ahli usrah dilayan sama rata. Tiada golongan istimewa di dalam usrah.

There’s no cream of the cream within an usrah.

Kalau ada pun, beliau sekadar bergelar naqib atau naqibah yang menjadi moderator kepada perjalanan dan pengisian usrah. Namun, layanan, hak atau ‘keistimewaan’ beliau sama seperti ahli yang lain. Ini kerana, usrah bukanlah ceramah, tamrin, bukan kelas dhuha, bukan kelas tafsir/Quran atau kelas tuisyen. Sekali pun sedikit bantuan kewangan diperlukan bagi ahli atau naqib yang uzur atau kesusahan, ianya bukanlah merupakan bayaran tetap. Ia sekadar  bersifat once off.

Masalah lokasi atau venue, bukanlah suatu bebanan kerana ianya diadakan secara bergilir-gilir di rumah, surau, masjid dan juga di tempat kerja masing-masing. Makanan pula disediakan secara potluck, maka ‘tuan rumah’ tidak akan merasa bebanannya.

Pernah sahabat saya di dalam Ikram yang menceritakan bagaimana usrah bulanan muslimat mereka yang tidak terlalu dibebankan dengan masakan agar potluck atau masakan tidak dijadikan sebab mengapa ahli tidak istiqomah dengan usrah.

Maka terus terang, saya amat terkejut apabila mendapat tahu ada usrah yang dikenakan bayaran. Usrah sangat berbeza daripada kelas-kelas atau kuliah pengajian yang lain. Usrah adalah perkongsian hati-hati yang ikhlas dengan satu kefahaman, amalan dan harapan. Kerana itulah namanya usrah iaitu ‘keluarga’. Usrah diwujudkan bagi kesinambungan dakwah secara lebih mesra, rapat, telus, terus dan bersifat ‘keluarga’.

‘The In-Thing’

Kalau suatu ketika dahulu, usrah merupakan sesuatu yang ‘under-ground’, kini ianya adalah ‘The In-Thing’. Maka, mungkin kah usrah sudah berubah sifat kepada sesuatu yang elit atau komersial? Di mana permintaan tinggi, maka ‘kos’nya pun tinggi?

Saya musykil dengan perkembangan ini, usrah tinggal sekadar ‘container‘ yang hanya ada pada nama dan bukannya ‘content‘ yang benar-benar satu keluarga yang rapat lagi mesra, faham serta saling bantu membantu.

Adakah konsep usrah sudah berubah…?

Positifkah perkembangan ini?

Perlukah kita kembali kepada maksud usrah yang asal?

Mungkin ada sahabat sahabiah yang mampu dan sudi berkongsi pandangan. Ikhlas, saya betul-betul ingin memahami isu ini. Saya bukanlah mengkritik atau membuat tuduhan tidak berasas, tetapi sekadar berkongsi maklumat dan kerisauan tentang hala tuju usrah dengan ahli ‘usrah’ saya yang lebih besar di luar sana iaitu antum semua.

Wallahu ‘lam.

UMMUSAIF.COM
43000, Kajang.

Rujukan tambahan:

1. Konsep Usrah Di dalam tarbiyyah Islamiyyah
http://www.scribd.com/doc/24842355/Konsep-Usrah-Dalam-Tarbiah-Islamiah

2. Buku Cinta Di Rumah Hasan al Banna

3. Buku Tip & Trik Usrah oleh Syed Faiz Syed Mahmad & Yusry Yusopp
@http://bukuonline2u.com/index.php?route=product/product&product_id=1195

About these ads

23 thoughts on “Apa, Usrah Dikenakan Bayaran Bulanan?!

  1. bayaran yg dibayar bulanan adalah digunakan untuk kebajikan ahli ahli usrah bersama. i.e. beli hadiah hari jadi, bantuan kepada ahli yg memerlukan kewangan dll. mungkin itu tujuan murabbi saya..

  2. Usrah yang dikenakan bayaran?

    Tak pernah lagi terjumpa usrah begini. Dah macam bentuk kelas tuisyen pula. Nak join usrah kena bayar usrah ke? Atau duit tu kumpul-kumpul untuk buat makan-makan ke, beli buku ke?

    Seperti yang dirisaukan ummusaif, memang ada kemungkinan besar orang yang mengikut usrah nanti hanya sekadar mengikut trend. Usrah sudah ditafsirkan dengan banyak maksud, cara penyampaian dan semakin lama, semakin cool pula bila join usrah.

    Dan mungkin juga akan lompat-lompat usrah kerana ikut suka hati je.

    Dulu, memang saya dan rakan-rakan saya menyeronokkan usrah dengan term-term yang cool untuk menghilangkan rasa fobia mereka yang ada pengalaman kurang manis dengan usrah atau dengan orang yang membawa usrah.

    Lama-lama, mungkin juga usrah akan berubah 360 darjah daripada konsep yang sebenar. Dan apabila membaca tulisan ummusaif ini, sudah ada yang mengambil kesempatan atas keglemeran usrah. Dan sekali lagi, usrah akan menjadi medan eksklusif, hanya untuk mereka yang membayar sahaja. (Kalau betul lah seperti yuran tuisyen)

    Nak usrah best, cool kena pergi usrah berbayar. Baru ada kelas. Ishhhh..

    Wujud juga kerisauan, mengislamikkan segala macam perbuatan dengan alasan, kami sedang bonding usrah.

  3. Aslmwbt

    Pada pendapat saya, mungkin kita jangan terlampau cepat untuk membuat tuduhan. Tidak semua yang berlaku dalam satu usrah adalah perkara yang commercial dan perlu diberitahu kepada orang ramai. Ya, tidak dinafikan bahawa usrah memang telah menjadi satu fenomena, tapi, kita mesti faham secara mendalam konsep ta’aruf, tafahum dan takaful terlebih dahulu untuk memahami bahawa usrah ada maksud dan matlamat yang lebih mendalam bagi yang memang berterusan berada di dalamnya from A-Z. Maksudnya, dalam konsep usrah (seperti yang disaranakan oleh IHAB), ‘there is more than meets the eye’.

    Dengan kita berkata dan mempersoalkan perkara seperti ini secara umum, adalah lebih baik bagi yang terlibat atau tertanya-tanya mengapa usrah yang mereka ikuti memerlukan mereka untuk mengeluarkan duit, tanyalah pada naqibah atau mereka yang handle usrah tersebut. Insya Allah, jika pengutipan wang itu mempunyai sebab yang kukuh, maka ia akan dikongsikan oleh naqibah. Jika kita merasakan bahawa usrah yang kita ikuti itu ‘terseleweng’, maka carilah usrah yang lain. Insya Allah, selangkah yang kita ambil untuk mencari dan mendalami ilmu dengan ikhlas, maka Allah akan mudahkannya untuk kita dan menemukan kita padanya dari arah yang tidak disangka-sangka.

    Mohon maaf jika apa yang saya nyatakan mungkin tidak menyenangkan tapi saya berharap isu ini dapat diselesaikan secara baik dalam usrah itu sendiri.

    Allahumma arinal-haqqa haqqan warzuqnat-tiba’ah, wa arinal-batila batilan warzuqnaj-tinabah, bi rahmatika ya arhamar-rahimeen.

    Wallahua’lam

    • Salam ukhuwwah buat Aisya,

      Terima kasih dengan pandangan yang baik, telus serta ikhlas.

      Seperti yang kita sudah sedia maklum, usrah sudah menjadi satu fenomena dewasa ini. Maka, isu bayaran ini bukanlah merupakan isu terpencil (isolated case). Tapi memang banyak kumpulan usrah yang mengenakan bayaran tetap bagi menampung bayaran tempat/venue dan juga penceramah tetap.

      Inilah yang memusykilkan saya iaitu mengapa usrah sudah tidak free seperti dulu-dulu. Mengapa ianya dibebankan? Kenapa tak buat di rumah atau surau?

      Dan kenapa ada bayaran penceramah? Ini ceramah ke usrah?

      Maka, cetusan saya diharap menjadi eye opener kepada semua dan bukannya kepada individu tertentu. Ianya maslahah sejagat. And nothing secretive about the current public usrah ie tiada rahsia tentang konsep usrah umum yang fenomena ini.

      Ikhlas..

      • Salam ukhuwwah juga buat ummu Saif, moga Allah merahmatimu,

        Pada pendapat saya, ada benarnya pertanyaan dan kerunsingan yang diutarakan ummu Saif dalam hal ini. Kerana kita diluar ini pun tertanya-tanya mengapa wujudnya ‘usrah berbayar’ dan ia menjadi satu perkara yang mungkin akan menyusahkan ahli usrah itu sendiri.

        Mengapa naqibah mengenakan bayaran? Mengapa tidak dilaksanakan di rumah/surau? Mengapa usrah jadi ceramah umum (dimana ahlinya ramai sangat – sampai 20 orang) dan kena panggil ustaz/penceramah untuk memberi pengisian? Dan juga banyak persoalan lain yang kita mungkin akan tanya/persoalkan.

        Sekali lagi saya cadangkan, sebaiknya mereka yang berada dalam masalah ‘usrah berbayar’ ini perlu bertanya kepada naqibah masing-masing mengapa mereka perlu mengeluarkan duit dan apakah tujuannya. Jika kekurangan tempat yg sesuai/kena bayar tempat, maka cadangkan kepada naqibah untuk pergi ke masjid/taman/rumah anda/padang dll. Kita perlu ingat bahawa dalam satu sistem usrah, naqibah kita juga sepatutnya berada dalam usrah dimana dia juga di-usrahkan oleh ahli usrahnya dan dia juga mempunyai naqibahnya sendiri. Maka, tanyalah dan bersifat terbukalah kepada naqibah kita. Dalam menuntut ilmu dan berukhuwah, kita perlu jujur dengan ahli usrah kita sendiri (naqibah dan ahli lain).

        Saya sendiri masih berusrah dengan lingkungan ahli yang sama (walaupun bertukar naqibah kerana perpindahan tempat etc) sejak belajar di UK sehinggalah sekarang (saya sudah bekerja & berkahwin), dan sebab itulah saya sarankan agar sesiapa yang terlibat dengan usrah agar sentiasa berlapang dada dan bersikap jujur dengan naqibah, mungkin sistem sesuatu usrah dibawah satu organisasi itu berbeza (i.e. PAS, ABIM, MSM, IKRAM, ISMA dll.) dan ada penyusunan/wasilah tarbiyyah mereka sendiri, maka, jika kita ahli baru dalam usrah dan masih berada dalam usrah umum, kita perlu ambil tahu (dengan niat bukan untuk melabel/ membezakan) mengapa kita dikehendaki melakukan sesuatu dan insya Allah, jika kita ikhlas dan sabar, kita akan mendapat jawapannya.

        Jangan malu untuk bertanya, berkongsi atau memberi pendapat kepada naqibah kerana usrah bermaksud keluarga, dan jika matlamat ‘keluarga’ itu betul, maka ‘no one gets left behind’.

        Saya memohon maaf jika ada tersalah silap, moga Allah ampuni saya jika apa yang saya katakan adalah salah atau terdapat kekurangan.

        Wallahua’lam

  4. jika di tempat kami baik ikhwah mahupun akhawat, kerana kumpulan2 usrah tidaklah didanai untuk laksanakan wasilah tarbiyah, maka bayaran dikenakan untuk isi tabung usrah (selain usaha berniaga), antara sebabnya adalah untuk mendanai pelaksanaan wasilah tarbiyyah lain selain usrah seperti mukhayyam, rihlah, jaulah dll, (penting untuk penuhi wasilah tarbiyah) dan juga untuk membeli barang2 keperluan untuk daurah dll seperti mic, layar dll (tak begitu diutamakan)
    Bayaran mingguan atau bulanan itu taklah banyak (persetujuan bersama ahli usrah) dan taklah terasa banyaknya jika dibanding dengan perlu keluarkan sejumlah wang langsung sebelum satu2 program dijalankan (seperti rihlah dll). Selain itu, ia untuk mengelakkan masalah ada yang kesuntukan wang nanti. jika telah dikumpulkan terlebih dahulu, maka taklah masalah nanti bila nak buat program kerana dana dah ada.

  5. Salam, saya rasa banyak yang kena bayar sekarang. Nak belajar ugama dan solat pun ada yang dikenakan bayaran.. Untuk menampung kos, sebab buat di hotel, resort.. Rasa macam tak patut juga… Taktaulah, zaman dah berubah..

  6. Salam,
    Saya mencuba menjelaskan. Cuba kita bayangkan, dalam keluarga pasti ketua keluarga akan mengatur pembelanjaan rumah kan? begitu juga dgn usrah. Kita membentuk satu unit kecil yang bak kata imam hasan al-Banna sebagai jantung kepada dakwah. Usrah bukan hanya itu saja wasilah dalam tarbiyah. Kita ada jaulah,rehlah,mukhayam, mabit…dan untuk menjalankan semua wasilah untuk kepentingan tarbiyah kita memerlukan kewangan. Itu prinsip menabung dalam usrah kami. Kami sendiri bersetuju untuk setiap kali pertemuan mengumpulkan 5ribu rupiah. So, sebulan seorang bayar 20ribu rupiah. Dan duit yang terkumpul akan membantu kami bila kami ingin berjaulah ke pantai, beli bahan-bahan masak untuk memasak bersama. Cuba buka minda, alang dalam kelas sekolah menenengah pon kita ada bendahari untuk kutip wang bagi memudahkan ahli kelas buat majlis makan2x atau duit fotostet soalan past year apa lagi usrah yang man ‘JANTUNG BAGI DAKWAH!’. Usrah kita bukan usrah sekolah yang hanya berkumpul tapi usrah kita membina rijal yang memiliki muwasafat tarbiyah yang mampu mengemban dakwah demi Allah lillahi taala.

  7. salam.. maaf ilmu sy tidak tinggi.. sy tak pernah mengikuti mane2 usrah.. salah satu sebab sy takut utk membawa anak2 yg kecil dan aktif ke masjid, takut dan malu ditegur seperti tidak pandai jaga anak dan kerap dijeling oleh mereka yg terganggu dek kerana anak2 sy.. maka saya menolak diri utk tidak hadir ke mane2 masjid lagi.. tp sy rase kekosongan sbb sy mmg buta agama, dan nak sgt belajar.. dan ini kali pertama sy dgr tentang usrah.. tp sy tetap bimbang kalau kehadiran sy tak diterima.. tp dgn artikel ni, sy akan cuba mencari usrah2 yg berdekatan dan membenarkan anak dibawa.. terima kasih ummu saif..

    dan sekadar pandangan kpd fadz kat atas.. ape salahnye membawa buku sendiri utk ape2 catatan berbanding photostet dan print2 artikel.. galakkan mereka mencatat di buku masing2.. kalau kertas, mudah hilang..

    utk makan2.. ape kate buat potluck.. masing2 bawak seket2, nanti jd banyak la.. maaf, sy xtau pulak usrah ni siap ade makan2.. sy ingat sekadar mencari ilmu.. tp terpulang, selagi x membebani, xpela..

  8. Assalamualaikum umusaif,
    Selamat berkenalan ummu.
    Seingat saya, usrah, naqib, naqibah hanya saya ingati semasa bersekolah agama dahulu, di asrama. Selepas itu, usrah tidak lagi bernama usrah, kerana ia kuliah perkumpulan pelajar di institusi tmpt saya belajar pula. Dan sehingga saat itu, ia masih tiada bayaran untuk ustazah yang mengajar, selain meningkatkan ukhuwwah antara pelajar Muslim dan menyebarkan kefahaman agama kepada para pelajar yang haus ilmu agama. Tiada rehlah, tiada potluck. Meski perkumpulan kecil, masih tetap ada yang mendatanginya. Berkawan dgn orang yang kenal agama, ia menjadi benteng diri.

    Bila bergelar seorang isteri yg tidak bekerjaya tetap, di sekitar rumah saya kerap ada kumpulan wanita yang belajar agama, di surau, masjid yang di luar waktu biasa, bermakna mereka sendiri yang handle, bukan pihak masjid sahaja. Tetapi bezanya, dikumpul sedikit duit untuk memberi hadiah atas kesempatan masa yang diluangkan ustaz dan ustazah setiap kali kuliah diadakan. Mungkin itu namanya usrah, dlm situasi berlainan. Tetapi mungkin juga bukan, kerana Usrah bererti ‘berbincang’, ‘berdiskusi’. Bukan mudah dikendalikan, kerana masyarakat jarang ingin berdiskusi, tetapi mereka mahukan ilmu, kerana diskusi memerlukan ilmu. Namun, usrah yang matlamatnya bagaimana, itulah yang terjadi. Jika hanya utk kefahaman ilmu, kita mgkin tidak kisah dgn bayaran. Jika ada jemputan khas, ada berehlah di luar brsama kumpulan, mungkin memerlukan sedikit duit. Seharusnya tiada bayaran tetap. Maafkan saya jika ada tersalah kata, sama-sama belajar..

  9. assalamualaikum…..sepatutnya tidak perlu bayaran tetap kepada kewujudan usrah itu tetapi roh `keluarga’ tu yang sepatutnya perlu ada dalam usrah tu…Taaruf(berkenalan), Tafhahum(memahami) dan takaful (tolong menolong)……di mana setiap ahli usrah tu tiada pertalian darah pun , tapi boleh tolong-menolong dan berkasih sayang antara satu sama lain…..
    Untuk pelajar yang mungkin tiada sumber untuk mendapatkan maklumat, mungkin memerlukan sedikit duit belanja unuk perbelanjaan beli bahan bacaan atau jemputan ustaz yang bertauliah tetapi semua ini setelah bermusyawarah bersam semua ahli usrah…..agar tiada yang berkecil hati, atau jauh hati dari tujuan asal usrah tersebut…..tidak perlu wujudkan bayaran yang tetap sehingga membebankan dan akhirnya ahli usrah berpecah belah…..nauzubillah…..

  10. Salam…

    Saya sudah bersama usrah sejak tahun 1991 iaitu sudah lebih 20 tahun. Dan sememangnya kita faham usrah ada dua jenis iaitu usrah umum dan usrah tertutup (bersifat tanzimi).

    Kedua-dua usrah ini berbeza objektif dan hala tuju serta gerak kerjanya. Terutama usrah jamaai/tanzimi yang lebih bersifat project oriented. Maka sudah tentunya, pelbagai duit perlu diinfa’kan untuk keperluan projek.

    Namun walau bagaimanapun, konsep asal usrah masih sama iaitu sharing and caring in a small group of people. Ianya berbeza daripada kelas-kelas dhuha/hadis/al quran atau ceramah.

    Maka, sebarang perancangan dan bajet adalah untuk, dengan kefahaman dan persetujuan ahli.

    Untuk usrah umum, orang-orang biasa masih baru dengan konsep usrah. Adalah molek sekiranya mereka tidak terlalu dibebankan dengan pelbagai syarat seperti bayaran tetap, tidak digalakkan membawa anak-anak dan sebagainya.

    Saya risau, usrah yang suci murni ini akan menyusahkan dan menjauhkan mereka daripada amalan asal usrah yang sepatutnya melapangkan dan menyeronokkan jiwa dan akal mereka.

  11. salam alaik.berbicara mengenai usrah.alhamdulillah,sy salah seorang yang menyertai usrah.mengenai bayaran,akak naqibah sy mngenakan bayaran.bukan apa,kadang kala,kami buat jamuan besar.setiap kali berusrah,akan ada sedikit makan2.tetapi kebiasaannya,ahli usrah sendiri yang masak.sesape yang nak masak dipersilakan.tapi ada time yang kitorang buat makan kat luar.macam makan western food semasa pergi jaulah dlm kalangan ahli usrah.di situlah peruntukan kewangan tadi digunakan.duit tersebut jugak bukan untuk progra ahli sahaja,tapi kami akan infakkan pada badan kemanusiaan.beri yuran bulanan tidaklah membebankan sebabnya atas persetujuan bersama dalam kalangan ahli dan tidak lah mahal.andai ada yang tidak mampu , x mengapa.x perlu bayar.duit usrah kita akan infakkan untuk mereka yang memerlukan melalui dana tersebut.salam dari mesir.terima kasih.

  12. Salam Dr,
    Saya menyertai kedua-dua usrah umum & khusus (tanzim).
    Kalau yang umum, memang tak ada kutipan duit, Tapi kalau yang usrah khusus, memang ada diedarkan sampul “Kebajikan”. Jumlahnya terpulang dan tiada paksaan untuk memberi… =) Duit yang terkumpul khusus untuk kebajikan ahli usrah dan akan dilaporkan pengeluarannya oleh bendahari. Seingat saya, kutipan ini dimulakan sejak seorang ahli usrah kami memerlukan duit untuk rawatan breast cancernya.Dah 3 tahun lebih, pelbagai manfaat diperoleh dari kutipan berkenaan.
    Harus diingat, tiada paksaan =)

  13. salam…
    saya masih sgt baru dengan usrah. dan x tahu lah usrah saya ni usrah umum/khusus. tp apa yg saya tahu bayaran yang dikenakan kepada kami adalah mengikut percentage gaji kami. jadi tiada beban pd yg kurang berkemampuan.duit yang dikumpulkan pula akan digunakan untuk aktiviti sesama kami dan aktiviti untuk menarik lebih ramai rijal2 yg sanggup bekerja pada jalan ini. =)

    • Salam

      MashaAllah… ini sudah bagus, macam sistem zakat la pulak 2.5% daripada gaji pokok. :)
      Cuma sedikit nasihat, sebagai ahli baru pun saudari masih perlu tahu objektif dan penggunaan wang yang diinfakkan. ianya masih hak saudari sebagai penginfak. Kalau tak mampu/setuju, bisa sahaja berterus terang kepada naqibah. :)
      Wallahu a’lam.

  14. Assalamualaikum Doktor =)
    Sy Amalina pelajar medic di Universiti Zagzig, Mesir.
    Jujur saya menulis sy pun mengikuti usrah disini dan alhamdulillah saya beristiqamah dgn program usrah. Kami kat sini tak panggil usrah tp kami panggil Smart Circle (SC). Kat sini, kakak senior akn menjadi naqibah tuk kami dan setiap minggu kami akn ke rumah dia tuk berusrah =) Byrn usrah? Tdk perlu jika melibatkan aktiviti yg tdk perlu menggunakan duit. Bg sy usrah adlh satu group kecil dimana naqibah dan ank2 nya mempelajari ilmu, berkongsi idea dan membantu sahabat2 yg dlm kesusahan (sm ad physical or emotional) Usrah adlh umpama sebuah keluarga kecil dan tidak memerlukan pembayaran tuk usrah. Well, blh je kalo nk buat byrn tp sprti yg doktor tulisla…byrn tuk event2 tertentu…Usrah sy setakat ni kalo ad event2 (mcm sambut birthday ke) kami akn buat potluck. Sahabat sy pnh je citer kat sy diorang share2 duit ngn ahli usrah tuk event BBQ bersama usrah mereka. Kdg2 ad je sahabat sy cter dia ngn ahli usrah mereka ad je pergi restaurant and mkn2 smbl berusrah disana. Jadi disini menampakkan tidak perlu ad pembayaran membuat usrah. InsyaAllah ini shj pandangan sy mengenai pos ini =)

  15. as salam ummu saif
    1st time tergerak hati nak komen :)

    xtahu nape skrg hati saya meronta2 ingin usrah
    rindu sangat untuk usrah
    saya pernah search thru internet usrah kt negeri saya
    tapi kecewa sbb xbanyak sangat infonye

    cite benar
    dulu saya pernah sekolah agama
    of course la usrah tu ada kan
    dulu saya termasuk dalam golongan yang malas sgt usrah
    muka tu muka ngantuk je
    niat of course la xikhlas kan
    yela mane ada ikhlas sbb raya terpksa
    xnmpk lagi kebaikan usrah time tu
    jgn terkejut dulu sy pernah jadi naqibah*camne boleh terjadi tu xingat plak macam mane ^^ *

    now after a few years
    sy merasa ya allah ruginya aku dulu2
    xgrab opportunity time usrah
    sekarang dh mula rasa rndu nk usrah balik

    Alhamdulillah ramadhan kali ni banyak mengubah saya ke arah yang lebih bemakna slps mendapat satu ujian
    tapi hikmah dari ujian tu saya lebih positive,aurat lebih terjaga n jaga relationship with ALLAH
    coz i know Allah love me :)

    **sorry panjang plak komennye kan..hee ummu saif,kalo2 ade persatuan @ apa je yang berkaitan usrah ni,hope ummu glad to share yek :)

  16. sahabiah ( sahabat nabi saw di kalangan wanita ) tidak harus merujuk kepada akhawat atau sisters .. “sahabat” jika merujuk kpd kawan dalam bahasa melayu tiada masalah,

  17. Pay if you must. Do not pay if you must not.
    Learn if you must. Do not learn if you must not.
    Accept the price of knowledge. Do not accept it if you do not sincere to get that knowledge.
    Remember, nothing is free in this world. Especially time and effort.

  18. Salam…
    Entri saya di atas ialah mengenai usrah umum dan bukannya usrah jemaah ataupun kelas pengajian di mana ustazah/ustaz memberi seperti didactic lecture.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s