
Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. (20:131)
Saya sangat-sangat terkesan dengan maksud ayat ini.
Silap hari bulan, boleh sahaja ‘terasa’ dengan susunan bahasa yang mengelirukan.
Tak sangka, dengan mudah kita boleh salah anggap sesetengah maksud ayat Quran jika gelojoh ketika mentafsirkan ayat.
Rupa-rupanya, di dalam Quran ada masa pasangan dan anak-anak itu adalah ujian, ada masa mereka adalah perhiasan, ada masa mereka adalah penyejuk mata dan ada masa mereka adalah pakaian buat kamu.
Mereka bukan sekadar bunga yang kan layu.
Mereka adalah modal untuk amal soleh kita (al Bakiatus Solihat).
Maka, berkasihlah sesama pasangan dan ahli keluarga ke arah mengejar keredhaan dan Rahmat Ilahi.

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.
UMMUSAIF.COM
43000, Kajang.

oooo begitu, rupanya perhiasan dunia juga merupakan modal akhirat, selalu dengar jugak pasangan kita sbg kenderaan menuju akhirat, anak2 dan harta adalah ujian, tapi tak tau ianya juga boleh menjadi modal akhirat jika betul caranya.
terima kasih puan kerana berkongsi ilmu ini, ianya dpt bagi motivasi agar kita sabar dgn kerenah anak2 dan pasangan dan tetap sabar dlm mendidik anak2 utk dijadikan modal akhirat.