Taska Contoh


Ihsan daripada Taska Shaz

Setelah bertungkus lumus menulis artikel dan menyampaikan nasihat serta bertekak di alam maya ini, akhirnya saya berjumpa dengan model taska atau pusat asuhan yang saya cari selama ini.

Taska Shaz pasti memberikan kelainan iatu selamat, prihatin, berilmu dan sedia belajar. Syabas Taska Shaz, Wangsa Maju.

Katakan, “Tidak kepada buaian bayi”!

UMMUSAIF.COM
68000, Ampang.

About these ads

42 thoughts on “Taska Contoh

    • ikut syarat jkm mmg taska x leh de buaian…byk kes jatuh..terlebih hayun gegar otak baby…n lau kite x perasan ye dh sedar..dibuatnye ye turun sndr x pepasal jatuh

  1. Salam, boleh kurangkn risiko jatuh.. bagus juga DR dh jumpe taska ni… boleh plak beramai-ramai tido…

  2. Salam
    1. Kurangkan risiko bayi jatuh buai
    2. Senang bila nak berjalan, tak perlu usung buai ke sana sini
    3. Ziarah rumah sedara mara rakan taulan pun tak perlu tercari2 buai
    4. Bila semakin besar dia tahu nak tido di mana asal selesa
    5. Tak makan ruang

    just a piece of opinion from me.

  3. Salam..
    memang buaian tak digalakkan. tapi kalau nak guna jugak kena berhati2. taska tak boleh lah sebab banyak baby nak jaga. macam saya, kat rumah pakai buai, kat umah pengasuh pun berbuai. tapi pengasuh tu saya pilih jaga anak saya jer, jadi dia boleh 100% pantau anak. bagi jugak dia tilam untuk alas bawah buaian.. memang kena pantau 100%. kalau boleh masak kat dapur pun pastikan boleh nampak dan dengar suara anak. itu pendapat saya. Alhamdulillah, ketiga2 anak guna buai dengan selamat. Reason guna, sebab anak tidur lebih lena dah lebih lama.

  4. Salam Dr. Muna,

    Saya harlinda. Sy nak tanye, Taska Shaz ni dimana ye?’ Saya sedang mencari taska untuk anak saya. Kami bakal berpindah ke Wangsa Maju pertengahan bulan 8 nie…

  5. Salam kak muna & all readers,

    Taska anak saya di Bandar Baru Bangi pun semua baby tidur dlm bouncer rendah or tilam macam dlm gambar taska shaz tu…. Takde satu pun buai. Pengusaha taska tu bagitahu saya, dlm kursus oleh kementerian (a few years ago), memang mereka tidak dibenarkan menggunakan buai di taska. Cuma saya tak pasti pulak sama ada tak dibenarkan tu bermaksud boleh diambil tindakan undang-undang atau tidak. Yg pastinya, ia menunjukkan sebenarnya taska berdaftar dan yg pergi kursus from kementerian, they should know dan ikut arahan from their kursus untuk ban buaian di taska…..

  6. Saya pun hantar anak ke taska yg tak pakai buaian gara-gara artikel doktor pasal buaian dulu. Tapi kena bayar lebih sikit. Tak kisahlah. Yang penting keselamatan anak terjamin.

  7. buaian boleh menyebabkan sindrom goncang bayi, menyebakan lemas dan lain-lain.

    betapa pentingnya ilmu pendidikan awal kanak-kanak, tetapi ramai yang ambil sambil lewa.

    kursus berkaitan pendidikan anak perlu diwajibkan seperti kursus khawin. taklah terjadi nanti ibu tak pandai mandikan bayi sendiri, dan menyuapkan anak dengan segala rangsangan negatif
    :)

  8. Salam,
    saya menyokong taksa yang tidak menggunakan buai, namun satu saya nak komen dari gambar tsb jelas nampak bayi yang paling hujung (umur agaknya tak lebih dari 5 bulan) minum susu dari botol yang di letak atas bantal, dan bayi tersebut pulak nampak mcm dibendung..bahaya tu, boleh tersedak susu..banyak kes dah berlaku.

    • yup, I agree, sepatutnya pengasuh tak dibenarkan memberi baby susu dalam botol dengan cara macam tu, whatever reason (selalunya reason: tak cukup pengasuh).

  9. Salam,

    saya memang menyokong sepenuhnya usaha pihak taska utk tidak menggunakan buaian…Saya sendiri memang berusaha mencari taska yang tidak menggunakan buaian untuk anak2 jagaan mereka. Alhamdulillah anak pertama saya memang diasuh tidur tanpa buaian begitu juga anak kedua saya…Banyak kebaikannya anak2 tidak diajar tidur dalam buaian…yang paling utama, risiko kecederaan kerana tidur menggunakan buaian dapat dielakkan. Insya Allah…

  10. salam..
    bila tengok gambar diatas.apa yang saya risau adalah bayi yang dihujung sekali.bayi itu berbedung sambil menyusu tanpa diawasi dengan hanya diletakkan bantal sahaja.ada risiko bayi itu tersedak susu.sangat bahaya.

    • Ya betul tu…tak bleh menyusu sambil tidur mcm tu…boleh mengakibatkan tersedak susu…selepas menyusu kena tepuk2 dulu belakang bayi bagi sendawa baru bleh tidurkan dia

  11. Kalau taska tu registered under JKM, mmg tak pakai buai. Itu mmg peraturan untuk semua taska berdaftar, and the JKM officers mmg buat spot check kat taska2 yang berdaftar. Sila layari laman web JKM untuk dapatkan senarai taska berdaftar di tempat anda.

  12. Saya pemilik taska di Kota Bharu tidak bersetuju dengan penggunaan buaian. Di taska saya hanya gunakan bouncer dan playpen yg boleh diayun secara ufuk.Bayi di hujung tidak sepatutnya diberikan susu dengan meletakkan botol susu di atas bantal.Berikan dengan tangan,selepas siap menyusu,tepuk belakang untuk keluarkan angin,kemalangan boleh berlaku macam tu.

    • alahai takut nyer bile tgk bby kat ujung tu bg susu beralaskan bantal..bule tersedak bahaye sungguh..yg penting sblum anto ank ke taska check bape ramai bby bape ramai pengasuh..baru hati lege..

  13. Assalamu’alaikum,

    Macam ngeri je tgk baby yang dah besar tido atas bouncer..macam anak saya, bila tersedar je mula berpusing nak meniarap..
    Alhamdulillah taska anak saya di Bandar Baru Bangi tak gunakan buai..di sana gunakan baby court. actually taska yang train anak saya supaya tak perlukan buai lagi untuk tido. Syukur Alhamdulillah..

    • salam ummi umar…

      sy duduk di bangi juga, di seksyen 7…ingat nk hantar anak g taska tapi takut dengan keadaan sekarang..sekarang ni sy hantar dengan pengasuh berdekatan dgn rumah sy…boleh sy tahu ummi umar hantar anak di taska mana?

      • ermm..sekarang di seksyen 4, tapi sekarang ni macam kurang selesa dah dengan taska tu..semenjak tukar pengasuh baru..lain sikit. Sekarang tengah cari taska baru dan antara yang dalam list.. ummu hani humairah try search taska al-humairaa..ada bukak dekat seksyen 4 dan 7.

  14. anak saya (7 bulan), sy hantar kt taska al-irfan. taska tu dia wajibkan parents beli bouncer yang besar tu utk baby bawah 2 tahun.. kalo lebih 2 tahun..tido kat bawah. kat rumah saya ajar dia tido tanpa buai and bouncer..

  15. kalau taska, mmg tak perlu buaian, sbb ramai baby nak kena jaga. dah tu pengasuh pula sikit, jadi risiko bayi jatuh dr buaian tu mmg ada. jujur, saya menggunakan buaian utk kesemua anak saya. saya ada anak 4 org, semua saya jaga sendiri. Alhamdulillah, anak2 tak pernah pulak jatuh….

    anak yg dah terbiasa tidur dlm buaian ni, biasanya, mmg leceh sikit nak tido. tido mesti nak ada buaian. tapi, alhamdulillah….walaupun di rumah anak2 saya guna buai, tapi bila balik kg atau pergi mana2 tak perlu kami usung buai. sebb masing2 senang tido. yg penting kena melekat dgn saya, sbb masing2 susu badan. terima kasih krn info ini bagus utk ibu2 yg tercari2 taska yg selamat dan prihatin terhadap bayi yg dijaga…..

  16. salam …
    cuma satu, kalau dr perasan, baby yg terakhir tu diberi minum susu sendirian …
    beralas bantal botol susunya .. saya rasa itu juga ada bahaya nye ..
    takut bayi tersedak .. mungkin lebih baik dipangku dan diawasi ketika saat bayi minum susu ..

  17. ummusaif,
    Kebanyakkan taska di kementerian-kementerian di Putrajaya ni tak menggunakan buaian. Seperti contoh taska di Kementerian Belia dan Sukan yang mana anak saya dihantar ke sini, mereka tidurkan bayi dengan cara membedung bayi (swaddle) dan meletakkan dalam ‘baby cot’ . Anak saya dibedung sehingga lapan bulan. Tiada masalah dan juga memudahkan saya memandangkan saya juga tidak menggunakan buaian di rumah. Sekadar makluman bersama.

  18. Di sini saya mendapat satu nikmat iaitu dapat mengasuh dan mendidik sendiri anak2 saya..alhamdulillah…biarlah kehidupan sederhana asalkan dapat melihat anak2 membesar depan mata…

  19. Saya hantar baby Rayyan saya (10 bulan) kat Nursery UIAM (University Islam Antarabangsa) Gombak, sepanjang pantauan saya, nursery ni pun termasuk nursery contoh juga. Semua pengasuh diberikan training terlebih dahulu.
    Baby yang senang tidur, ditidurkan dengan telungkup (buntut diatas), then pengasuh akan tepuk2 buntut baby, urut2 siket kepala dan sentuh-sentuh badan baby, sampai lah baby tersebut tertidur (saya apply kat my baby bila kat, sometimes it works, sometime tak, saya yang tak sabar kot). Baby yang susah siket tido, baru pakai Baby Bouncer. Saya perhatikan, semua baby tido akan di telungkupkan, bila dalam baby bouncer, baby dah tertidur, then akan dipindahkan keatas tilam.
    Minum susu pun diberikan langsung oleh pengasuh, tak pernah saya tengok sampai baby tertidur minum susu dalam botol sampai macam kat gambar di atas. Baby minum susu dulu samapi kenyang, biasanya kalau dah kenyang,baby akan mengantuk, then baru lah ditidurkan atas tilam sambil ditepuk2 buntutnya sampai tertidur.

    Iuran tak mahal sebab ada subsidi dr pihak university, tp nursery ni just untuk UIAM staff dan student je…. Maybe taska2 kat luar sana boleh lah buat kerjasama dengan UIAM nursery ni, buat training sama2 ke, berbagi ilmu lah maksudnya….. :)

    • setuju dgn nursery UIAM . mmg betul cara taska tu. tak guna buai. guna bouncer bg baby y agak sukar tidur atas tilam n dilatih / letak lepas baby lena. tidak dibiarkan baby tidur dgn botol susu sb boleh myebabkn kerosakan gigi jg kemungkinan tercekik susu.

      Mmg tak semudah y difikirkan mendidik n mengasuh terutama bila membina dan bergelar sebuah institusi asuhan. Walau bagaimanapun , bila mematuhi akta juga perkembangan/teknik penjagaan ..insya Allah segala akan lancar dan dirahmati Allah.

  20. sememangnya pihak JKM mengharamkan penggunaan buai di mana2 TASKA yang berdaftar..tetapi ini bukan lah taska contoh..(lihat bayi paling hujung)
    dah menggunakan bouncer juga sebenarnya boleh mengundang SBS (shaken baby syndrom) yang mana boleh mengakibatkan maut juga..

    jika tiada kes semuanya pasti ok, tapi bila sudah jadi sesuatu, taska ini pasti akan dihentam habis2an dan saman menyaman akan berlaku, pengasuh pula akan disamakan seperti pejenayah atau pun manusia bertopengkan syaitan…tak begitu doc?? dah check ke dgn JKM taska ni berdaftar atau tidak? di selangor hanya ada 200 taska sahaja yg berdaftar, di shsha alam contohnya ada kurang 100 yang berdaftar dari 2000 yang dikesan..hehe

  21. saya pun tak suka kindy yang ada buai. tapi satu jek yang saya tak puas hati dengan pengurusan taksa, mereka suka sendal botol susu pada bantal. *refer pada baby paling kanan sekali*

    nursery anak saya pernah “red handed” benda macam ni. sebab sendal botol susu ni boleh buat baby tersedak susu & choke. banyak jugak kes baby meninggal disebabkan ini.

  22. Salam UmmuSaif, saya nak tahu cammana nak daftar/ phone number taska ni. cuba cari Saudari Shazlina Mokhtarudin di FB tak jumpa. ada number telefon ke? cuba search di internet pun tak jumpa.

    jazakillahu khair.

  23. UmmuSaif,

    Beberapa minggu lepas saya ternampak penjaga di taska anak saya membiarkan bayi (beberapa bulan) menyusu botol sendiri. Botol diletakkan pada bantal atas dada bayi.

    Selamat ke sekiranya bayi dibiarkan menyusu botol sendiri tanpa pengawasan sebegitu. Tidak tersedak susu? Atau mungkinkah ada posisi susuan bayi yang sesuai?

    Ngeri juga bila terkenang berita-berita bayi meninggal tersedak susu.

  24. baby yang minum susu dengan hanya di sendal dengan bantal boleh menyebabkan kes2 seperti bati mati tersedak….

  25. anak kawan saya meninggal tersedak susu kat rumah pengasuh, bila tanya dia bagi tau bagi susu sendal bantal and baby berbedung, kawan saya terkejut sbb anak dia dah 8 bulan dan tak pernah bedung…rupanya baru tau memang pengasuh selalu buat macam tu…jadi mungkin ummusaif boleh ingatkan taska shaz supaya tak buat macam ape yang diorang tunjuk kat baby yang hujung dalam gambar…jangan dah ade yang jadi mangsa baru tersedar…party takde buaian tu memang tak dinafikan mereka taska contoh..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s