Ya Allah, Kau Tempatkan Rohnya Di Dalam Syurga Mu..

Begitu menyayat hati. Sungguh sedih. Tidak mampu saya menahan air mata yang mengalir seumpama air sungai. Jantung saya bagaikan ditikam besi tajam yang sangat memedihkan. Berita adik Syafia Humairah yang mati didera oleh teman lelaki ibunya, begitu memilukan. Ya Allah, mengapa ada manusia yang sedemikian rupa?!

Saya memang sangat sensitif apabila mendengar atau melihat sebarang kes-kes penderaan kanak-kanak. Malah, kalau ada kes kanak-kanak yang menunggu lama di jabatan saya, saya tidak akan sampai hati untuk membiarkan mereka menunggu lama. Saya juga akan berasa marah dan geram dengan sebarang bentuk kecuaian oleh ibu bapa, penjaga atau guru ke atas kanak-kanak. Mungkin kerana terlalu kerap melihat kes-kes seumpama ini lalu menyebabkan hati saya amat terkesan dengan kes adik Syafia.

Namun, dalam sedih, saya bersyukur kerana kini adik Syafia sudah tidak menderita lagi. Kini, dia sudah bahagia dan tenang di sisiNya.

Ya Allah, Kau berikanlah yang terbaik buat rohnya..

UMMUSAIF.COM
68000, Ampang.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/BeritaUtama/20100227234813/Article

14 responses to this post.

  1. Posted by nia_ain on 01/03/2010 at 8:33 am

    Innalillahi wa inna ilaihi raji’uun… dia yg pergi x kembali sudah pasti berada dlm jagaan Allah yg Maha Pengasih & bahagia di sana. kita yg masih hidup perlu menganalisis dan mencerakinkan kejadian yg Allah izinkan berlaku ini utk dijadikan iktibar & renungan. semoga penderaan & penganiayaan terhadap anak2 yg juga adalah amanah minaLlah tidak sekali2 akan berlaku lagi (wpun tau hakikat sebenarnyanya adalah pedih! : the culprits are out there & this tragedy will repeat itself in different forms – na’uzubillah..)

    Reply

  2. kesian budak tak tahu ape2 tu. sedihhh..!

    tapi takpe..syurga tempat dia.

    Reply

  3. Posted by zuraimah on 02/03/2010 at 1:44 pm

    Salam,
    Sungguh Allah sayangkan adik Syafia Humairah, disiksa didunia, ganjaran Akhirat sudah terang-terang di depan mata, insya-Allah..

    Tapi, mmg x faham la ada kejadian2 macam ni kan….makin risau keadaan anak2 bila diorang dewasa nanti…moga tiada lagi penderaan sebegini….

    Reply

  4. Posted by CT on 02/03/2010 at 1:57 pm

    Salam,
    Sungguh Allah sayangkan adik Syafia Humairah, disiksa didunia, ganjaran Akhirat sudah terang-terang di depan mata, insya-Allah..

    Tapi, mmg x faham la ada kejadian2 macam ni kan….makin risau keadaan anak2 bila diorang dewasa nanti…moga tiada lagi penderaan sebegini….

    Reply

  5. salam syg.
    paper harini pula menceritakan tentang bayi disumbat dalam lubang tandas. geram dan amat sedih..

    mari, kita lakukan pemurnian dari akar umbi..

    Reply

  6. salam dr
    saya betul-betul tak faham la.
    macam mana lelaki tu leh dera budak tu
    tak de rasa kesian ke…

    Reply

  7. Salam dr

    Patut di perbesarkan liputannya.

    Kanak-kanak itu pastinya terus ke Syurga Insyaallah,tapi bagaimana dengan insan-insan yang masih tinggal? hmmm………

    Walaubagaimana pun urusan Allah untuk memberi mereka hidayah.

    Reply

  8. Posted by Aku on 03/03/2010 at 3:51 pm

    assalamualaikum dan salam sejahtera. Pemergian Syafiah membuka ruang utk kemungkaran org dewasa yg bersamanya diketahui dan dihentikan serta merta. Moga mereka itu bertaubat. Peristiwa ini memberi kesedaran kpd sesiapa yg mahu berfikir dan sedar masyarakat berada di tahap kritikal yg tanpa malu melakukan dosa. Kpd Allah jua kita mohon pertolongan dan petunjuk ke jalan lurus.

    Reply

  9. Posted by ummu-to-be on 04/03/2010 at 8:43 am

    Mengalir air mata ana saat mendengar berita itu. Sungguh manusia sebegitu tidak selayaknya dipanggil manusia. Tapi apakan daya, biar Allah mengadili dengan seadilnya. Sesungguhnya Dialah Tuhan sebaik-baik pemberi keadilan. Membaca berita mengenai nasib kanak2 di zaman ini serta jenayah yang setiap hari ditayangkan di dada2 akhbar, sungguh merisaukan ana memikirkan cabaran2 bakal2 jundullah yang akan dilahirkan kelak. Hebat sungguh mehnah2 di zaman ini.

    ” Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, keburukan qadak dan kegembiraan musuh (terhadap masalahku)”

    Reply

  10. Posted by Ummu Safiah on 06/03/2010 at 6:35 pm

    salam Dr, Untuk pengetahuan Dr, arwah anak saya yg kebetulan namanya safiah juga meninggal dunia akibat didera pengasuh pd nisfu syaaban yang lepas

    Reply

  11. Posted by Ummu Safiah on 06/03/2010 at 6:37 pm

    Dr bayangkanlah bayi berumur 5 bulan 3 minggu yang masih sihat dihantar dalam keadaan sihat akhirnya terbujur kaku di wad kecemasan…

    Reply

  12. Posted by fatah on 18/03/2010 at 9:00 am

    untuk pengetahuan, saye waktu kecik dulu selalu je kena dera dgn mak ayah,cikgu n kawan ayah…sebab saye ni hyperaktif….kalau nak ikutkan hati, ada la juga dendam…tapi agama mengatasi segala-galanya….

    Reply

  13. Salam Doktor;
    memang terharu, sebak dan tak suka dengan keadaan ini.
    apalah dosa si kecil ini..

    Reply

  14. Posted by miss on 24/03/2010 at 6:57 pm

    salam,

    saya dpt ummusaif dpt bantu sbg saudaranya sendiri,minta pendapat ummusaif..skang ni sy dlm dilemma..sy da putus ngan bf saya atas sbb kami dpt kesedaran yg hbgn ni x kemana2 ag bertmbah dosa.Allhmdllh.Skang ni dia bertekad mahu berkahwin dakhir tahun dan sdg berusaha kearah itu.Beberapa lama pas break sy dpt tahu taste pilihan sy,sy mahukan org yg dpt bimbing sy.org itu mestilah letak agama sbg yg pertama dlm idupnya.Sy sedang amalkan,mahu cari yg terbaik,kt kena baiki diri kt dulu.InsyaAllah..Ex sy plak jenis yg biasa2 bab agama,sy pon da jarang berhubung,jd x taw lah cane aktiviti atau tabiatnya,skang ni sy x nak mainkan perasaan sape2..sedang minta petunjuk n beristikharah..Apa tindakan seterusnya yg sy perlu buat yea,Terima kasih ummu saif. :)

    Reply

Respond to this post