
Saya baru sahaja menerima sms daripada seorang sahabat. Beliau adalah seorang pengetua sebuah taska asuhan kanak-kanak. Salah seorang kanak-kanak di taska beliau telah mengalami serangan sawan untuk pertama kalinya. Pengalaman tersebut sangat mengejutkan seluruh anggota pengasuh kerana ia merupakan insiden pertama di taska tersebut.
Sawan babi juga boleh dikenali sebagai kekejangan otak atau seizures (BI). Kebiasaannya sawan berupakan pergerakan seluruh anggota otot badan bersilang-silang mengeras dan melembut (generalised tonic clonic). Ada juga sawan yang melibatkan pergerakan satu bahagian badan sahaja seperti satu tangan atau satu kaki. Sawan yang berupa kejang kebiasaannya disertakan dengan pergerakan mata hitam ke atas atau ke tepi mata, lelehan air liur, terkencing dan terbuang air besar. Kadang-kadang, mulut atau hidung pesakit akan kelihatan kebiru-biruan (tanda tidak cukup oksigen).
Tempoh kekejangan adalah dari beberapa saat ke beberapa minit. Kemudian, ianya diikuti dengan pesakit akan tidur selama beberapa minit.
Ada juga sejenis sawan yang agak pelik iaitu Petit Mal atau Absence di mana pesakitnya tidak mengalami sebarang kekejangan otot dan mata tetapi mata mereka tiba-tiba memnadang ke satu tempat selama beberapa saat atau minit tanpa badan, suara atau mata menunjukkan sebarang reaksi atau respon kepada stimulasi (staring into space with or without jerking movements of the eye muscles).
Bagaimana untuk mengesahkan anak atau jagaan anda mengalami sawan?
Cuba pegang anggota badan mereka contohnya tangan atau kaki, jika ia masih lagi mengejang dan mengeras semasa dipegang, maka itu adalah sawan. Ini berbeza dengan keadaan menggigil. Ramai juga ibu bapa yang tersilap menganggap menggigil adalah sawan. Kemudian simptom akan diikuti dengan simptom mata, air liur dan buang air kecil atau besar seperti yang saya terang di atas. Kemudian pesakit akan berasa mengantuk selama beberapa minit.
Apa yang boleh anda lakukan?
1. Jangan panik!
2. Terus menunggu di sebelah pesakit iaitu jangan tinggalkan pesakit walau seketika (jika hanya berduaan dengan pesakit).
3. Catatkan tempoh sawan dan perhatikan simptom-simptom di atas sama ada ia ada atau tidak.
4. Tidak perlu memegang pesakit. Cuma, perlu jauhkan pesakit daripada sebarang objek atau perabot keras. Dan mungkin boleh alihkan pesakit ke atas tilam atau alas yang lembut.
5. Jangan letakkan apa-apa barang ke dalam mulut pesakit.
6. Selepas sawan berhenti, segera letakkan pesakit di dalam keadaan mengereng supaya sebarang muntah atau lelehan air liur tidak menyebabkan pesakit tersedak atau tercekik.

7. Kemudian, baru dapatkan bantuan daripada orang lain atau menelefon 999 atau 112 (telefon mudah alih). Semua sawan mesti dirujuk ke hospital dan bukannya ke klinik-klinik kecil.
8. Redakan sebarang demam panas dengan membasahkan (tepid sponging) badan mangsa supaya pesakit tidak mendapat sawan yang ke dua.
9. Jangan beri sebarang ubat demam melalui mulut semasa atau selepas sawan. Boleh gunakan ‘ubat punggung’ (suppositories).
10. Pemerhati sawan atau witness mesti hadir ke hospital supaya doktor dapat mengambil keterangan dengan teliti dan jelas.
Pencegahan
1. Setiap ibu bapa, guru atau penjaga mesti tahu sejarah kesihatan dan alergi anak atau jagaan mereka.
2. Kenal pasti sebarang faktor atau trigger yang boleh mencetuskan sawan seperti pemakanan, televisyen, komputer, kekurangan tidur, stres, keletihan atau penat dan yang paling biasa ialah demam panas.
3. Rawat segera keadaan demam panas. Pastikan anda menyimpan paracetamol suppositories (panadol per rectal) untuk keadaan kecemasan seperti sawan.
4. Penjaga harus lebih berhati-hati dan prihatin dengan anak-anak yang demam dan segera bertanyakan kepada ibu bapa sekiranya ada sebarang kes-kes yang istimewa seperti sawan.
Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/Seizure
UMMUSAIF.COM
68000, Ampang.
Posted by Syahida Majid on 17/11/2009 at 10:17 am
Salam Ummu Saif
Baru-baru ini sewaktu mesyuarat saya seakan terkena sawan. Muka (mulut) saya tertarik-tarik ke tepi. Lama-kelamaan tangan mula mengeras, lembut, kemudian keras kembali. Kaki menghentak-hentak, kepala tergeleng-geleng, dalam keadaan saya sedar sepenuhnya.
Bila dihospital, doktor kata saya bukan seizure, kandungan oxy penuh. Jadi esoknya mereka buat CT Scan dan EEG. Result belum ambil, sebab tak jumpa lagi senior yang boleh teman (masalah bahasa, doktor Arab bila berbahasa Inggeris susah nak faham).
Sebenarnya sejak kecil lagi, darjah 6. Tapi muka tak tertarik, dan tak ada pergerakkan badan. Cuma kaki dan tangan keras, dan bernafas sangat laju dengan mulut(rasa tak boleh bernafas normal seolah-olah rongga hidung sempit). Nampaknya makin teruk, sekarang 21 tahun.
Jadi, apa sebenarnya yg boleh saya buat (rakan-rakan yg selalunya menggelabah)? Kalau di Malaysia, biasalah, hantar ke klinik desa, doktor kata saya menipu. Kesian pada orang sekeliling yg panic, saya, lepas penat bernafas & mengeras akan tertidur. Bila bangun dah stabil, cuma rasa sangat penatlah.
Posted by ummusaif on 17/11/2009 at 10:42 am
Some seizures are Atypical iaitu lain dr yg lain.
To diagnose and confirm an epilepsy is by EEG.
CT scan dan bloods untuk cek penyebab lain bagi sawan.
A true seizure (sawan sebenar) ialah pesakit tidak sedar apa yang berlaku. Kalau pesakit sedar apa yg berlaku, itu bukan sawan.
Ia blh jd sakit lain seperti
1. muscle cramp disebabkan level calcium yg rendah.
2. panic attack
3. pseudoseizure = perwatakan yg dibuat2 dgn sengaja (berkait rapat dgn masalah psikologi)
apa yg org lain blh buat, ialah spt yg saya dh terangkan dlm artikel.
apa yg pesakit blh buat ialah pencegahan kpd sebarang trigger yg sudah dikenalpasti memandangkan ini bukan pengalaman pertama saudari. See the list of triggers in the article.
Posted by mohd nizam on 14/06/2010 at 11:31 pm
as/kum bini sy dah kena sawan selama 3 tahun dan dia juga ada mengalami masalah susah untuk tido…adakah dengan mengatasi masalah utk tdo ini dpt mengurangkan sawan beliau ???
Posted by iman amani on 02/07/2010 at 9:07 am
my princess..kna sawan dari dari umur 4bln..suma jns ubat epilepsy dh mkn…still sawan jgk..alhamdullah..skng dh bertambah baik sejak g terapi..gigi my princess rapuh..i xpasti sbb apa..my princess bkn jenis budak2 y mkn coklat n gula2..hari2 i gosok gigi dia 2kali shari..adakah sbb ubat tu??i xpasti..so sad…
Posted by ummusaif on 17/11/2009 at 11:21 am
sedikit penerangan utk panic attack atau hyperventilation: http://www.scribd.com/doc/6240618/SINDROM-HIPERVENTILASI
Posted by ABU SAIF on 17/11/2009 at 12:37 pm
Yea… artikel baru!
Posted by ummusaif on 17/11/2009 at 12:53 pm
lerrr, ingatkan nk komen ilmiah td..
Posted by Nurul Ali on 17/11/2009 at 3:24 pm
Salam,
Alhamdulillah, di tengah-tengah saya kabutan mencari artikel mengenai sawan, rupanya Ummu Saif pun keluarkan entry ni. Sangat membantu.
Saya mempunyai abang ipar yang mempunyai sawan. Sawan akan menyerang, dan beliau kadang-kadang masuk sendiri ke dalam bilik untuk menenangkan diri sendiri.
Dan, physically beliau nampak seperti sangat tidak kemampuan. Beliau tidak mampu untuk mengangkat sebotol air sekalipun! dan kami yang akan menuangkan air untuk beliau. kadang-kadang beliau insist untuk buat sendiri semua tetapi dihalang oleh ibu mertua. (saya tinggal bersama mertua)
Saya masih lagi bertanya sejarah perubatan abang ipar saya kerana beliau langsung tidak membuat aktiviti termasuk bersosial. kata-kata kurang enak, dikurung di rumah sendiri. Pada mulanya, saya beranggapan penyakit sawan ini adalah satu penyakit yang sangat kronik sehingga abang ipar saya tidak dibenarkan mengangkat benda yang berat. Tangan beliau akan menggigil.
Saya kurang pasti, adakah penyakit sawan ini yang menyebabkan abang ipar saya seperti tidak berkemampuan melakukan perkara seperti mengangkat botol minuman.
Pernah pula satu ketika beliau menarik kerusi batu, (jenis batu marmar) dengan jarak lebih satu meter.
Segala urusan perubatan abang ipar hanya diketahui oleh ibu mertua. Jadi adik beradik lain tidak berapa mengambil tahu mengenai sejarah perubatan abang ipar saya.
Saya sekadar ingin membantu, tetapi seboleh mungkin tidak mahu keluarga mertua menganggap apa yang saya buat semacam ‘overwrite’ apa yang ibu mereka telah lakukan sepanjang 29tahun abang ipar saya hidup. Dan meneganggap apa yang ibu mereka buat adalah salah.
Ini mungkin bukan persoalan tentang sawan itu sendiri, tetapi adakah sawan menyebabkan fizikal pesakit itu seperti orang tempang? atau cacat?
Dan lebih kasihan, abang ipar saya telah diberhentikan sekolah pada tingkatan 3 kerana ibu mertua takut sesuatu terjadi pada anak beliau. Saya faham perasaan risau seorang ibu, tetapi saya rasa saya ingin membantu kedua-duanya. Ibu mertua dan juga abang ipar saya supaya beliau boleh menjalani kehidupan seperti orang lain.
Posted by ummusaif on 17/11/2009 at 4:28 pm
Ya, sawan adalah sejenis penyakit kronik. Kronik di sini bermakna berkekalan sehingga mati dan hanya blh dicegah dgn ubat-ubatan sekiranya pada peringkat awal pembentukan atau penyebab sawan tidak diubati.
Antara penyebab sawan ialah:
1. sawan panas (febrile seizure)- berlaku sejak bayi. Blh berlaku hanya sekali. Jika kerap semasa bayi, blh berulang ketika dewasa dan terus menjadi epilepsy.
2. Kecederaan kepala (head injury during fall/accident) lalu menyebabkan gegaran atau pendarahan otak.
3. Jangkitan otak -meningitis, encephalitis, TB, Dengue.
4. Abnormal blood electrolytes – Ca, K, Mg, Sugar, Na.
5. Drugs abuse
Sawan yang tidak diubati semasa kecil mmg blh berkekalan sehingga dewasa.
Apabila kerap berlaku, otak akan kekurangan oksigen dan rosak.
Bahagian otak yang rosak akan merosakkan fungsi anggota yang tertentu.
Kecacatan blh bermula (ranges from) dgn slow learner kepada kelemahan fizikal yang serius.
Masalah orang Melayu atau non educated parents ialah selalunya malu dgn anak yang mempunyai kecacatan. Mereka juga tidak tahu bahawa Hospital atau Kementerian Kesihatan ada memberi rawatan dan bantuan kpd golongan OKU ini. Inilah yang berlaku kepada ibu mertua puan.
Cadangan saya, memandang abg puan pun dah byk komplikasi, yang penting di sini ialah dapat rawatan ubat-ubatan utk cegah epilepsy/sawan utk kerap berlaku.
Tak perlu buat lbh daripada itu spt cuba mengubah cara hidupnya (sudah agak terlambat) kerana tidak byk yang blh diubah.
Tetapi jika keadaannya semakin terus spt sudah terbaring sahaja- rawatan yang perlu ialah pencegahan komplikasi lain spt kangkitan paru2 disebabkan tersedak makanan (aspiration pneumonia). Maka dia perlu memakan melalui tiub hidung.
Komlikasi lain apabila tak bergerak ialah ulcer di bahagian2 badan sehingga luka.
Bantuan ini semua blh ditanya kepada doktor di Klinik kesihatan atau hospital.
Puan blh tanya secara lembut dgn ibu, bilakah sawan bermula dan penyebabnya serta apakah ubat2 yg diambil sekarang ini. Kemudian lihat reaksi ibu sama ada beliau ingin terus berdiskusi. Jika reaksi +ve. Blh cadangkan ini semua di waktu lain.
Posted by madinah on 17/11/2009 at 5:35 pm
Assaamualaikum ummu saif,
Anak akak ni perempuan 9 thn, selalu kena kejang kat sekolah. Dia sedar masa kejang tu tapi kedua2 tangan dan kaki akan kejang, kancing gigi pun takde. Masa umur 7 thn pernah kena rheumatic fever,treatment masa tu antibiotic augmentin. Semenjak tu la akak perasan dia selalu kena kejang, dah jumpa paeditrician,dia cakap cume sebab low glucose dalam darah. Akak nak tanya apa langkah pencegahan, sebab kesian kat cikgu, ada yang panik,tak tahu nak buat apa.
Akak rasa lagi kemungkin lagi satu,dia menahan sakit ( biasanya gastric pain), sampai dia cramp.
-thanx-
Posted by ummusaif on 17/11/2009 at 6:22 pm
Salam kak madinah.
Spt yg saya terangkan dlm komen di atas, a true epilepsy/sawan sebenar, pesakit tak sedar. Tak sedar di sini bermaksud pesakit tak blh recall apa2 memori semasa sawan berlaku walaupun kelihatan mata terbuka dan badan bergerak.
Tetapi, ada penyakit lain yg blh mimik atau serupa dgn sawan. Spt kurang gula dan sebagainya.
Memandang masalah anak puan ialah selalu kurang gula, cadangan saya puan kena pastikan betul2 diagnosis penyakit anak puan ie adakah dia ada penyakit kencing manis?
Jika selalu kurang gula, maka pencegahannya ialah kena makan on time dan selalu simpan gula2 dlm poket.
Posted by elnino on 18/11/2009 at 10:53 am
Salaaman,Nak tanya Sawan ini disebabkan apa,Kawan saya telah jatuh dari belakang dan kepalanya terhempap ke cement ketika bermain Futsal dan terus terjadi apa yang tersebut diatas
Posted by shazMokhtaruddin on 18/11/2009 at 11:13 am
salam kak
syukur alhamdulillah terima kasih atas respons akak dlm artikel ni, insyAllah shaz akan forward pd staf.
Alhamdulillah aqil dah beransur sembuh, dah makan macam biasa cuma sedikit lemah sebab asyik kena cucuk tangan,kesian x jumpa urat kiri kanan tangannya akhirnya cucuk kaki pula.kalau body temp stabil insyAllah hari ni discharged.
moga pembaca2 dapat manfaatkan artikel ini insyAllah.thanks again kak
Posted by nur on 18/11/2009 at 10:13 pm
salam
sawan ni penyakit keturunan ke?
Posted by ummusaif on 19/11/2009 at 12:56 pm
spt yg saya dh terang dlm artikel dan komen2 sebelum ni, sawan ada byk penyebab.
Dan dia blh juga diklafikasikan kpd:
1. keturunan atau
2. bukan keturunan.
Sawan yg disebabkan oleh keturunan lbh dikenali sbg EPILEPSY.
Sawan yg bukan keturunan mempunyai byk sebab (lihat komen bertarikh 17 nov).
Posted by mentari on 21/11/2009 at 10:51 am
as’kum ummu saif,
saya mempunyai seorang kenalan muslimah yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi di salah sebuah hospital akibat daripada beliau menunjukkan tanda-tanda fits. Walau bagaimanapun, tida sebarang diagnosa yang dibuat oleh doktor kerana setakat ini semua ujian makmal dan radiografi adalah negatif. saya teringin sangat untuk menziarahi sahabat saya malangnya keluarga beliau menunjukkan tanda2 kurang gemar dengan kehadiran saya. yela, kadang2 action speaks louder than words..ini disebabkan mereka bimbang kehadiran saya sedikit sebanyak akan merosakkan hubungan anaknya dengan bakal suaminya (pilihan keluarga)..niat saya hanya cuma untuk melihat sahabat saya sembuh dan kembali seperti sedia kala..itu sahaja..juz nak tanya ummu saif, adakah sawan turut boleh disebabkan oleh major depression walaupun tiada family history?
Posted by ummusaif on 21/11/2009 at 2:12 pm
salam.
sy cuba jwb ringkas ya.
major depression itu sendirinya tidak blh menyebabkan sawan.
Tp, kalau depressed, then tak makan atau minum blh menyebabkan kurang garam dlm badan mungkin blh menyebabkan sawan.
Penyakit lain yg menyebabkan sawan, blh juga menyebabkan pesakit kemurungan.
Posted by mentari on 23/11/2009 at 10:29 am
salam ummu saif,
saya juga telah mendapatkan bantuan rakan-rakan berkenaan perkara tersebut..rata-rata menyatakan bahawa beliau mengalami emotional crack yang boleh mengakibatkan tanda-tanda seperti yang dinyatakan. currently she’s on respi support and intubation. ada tak cara lain untuk kita bantu beliau?
Posted by ummusaif on 23/11/2009 at 6:58 pm
kalau dah intubated dan ventilated tu, sebagai org luar (bukan doktor), anda hanya mampu berdoa utknya. The rest, leave it to the doctor.
Posted by VN. Ahmad on 26/11/2009 at 1:08 pm
Salam, ummusaif.
Saya pernah melihat kejadian sawan berlaku ke atas seorang peserta program motivasi di sebuah sekolah suatu ketika dulu.
Dalam artikel di atas, ada menyatakan dilarang meletak apa- apa barang di dalam mulut pesakit sawan.
Saya berasa musykil, kerana semasa saya terlibat dalam program, kelihatan senior saya telah meletak sudu/ sapu tangan ke dalam mulut peserta sawan tadi. ketika itu, air liur yang berbuih banyak merembes keluar. Menurut kata senior saya, tujuan meletakkan sudu/ sapu tangan ke dalam mulut pesakit supaya pesakit tersebut tidak tergigit lidah, kerana dikuatiri lidah nya putus digigit akibat sawan tersebut.
Jadi, apakah pandangan ummusaif dalam situasi sedemikian? adakah meletak sudu/sapu tangan tadi secara signifikannya benar untuk menangani putus lidah kerana tergigit ketika sawan?
Posted by ummusaif on 26/11/2009 at 7:46 pm
tongue biting semasa sawan mmg blh berlaku. tp dlm hampir 100 kes yg saya tgk, ianya agak jarang berlaku dan tak pernah yg terputus.
Gigi kita tidak cukup kuat utk putuskan lidah. Dan tempoh sawan terlalu singkat utk gigitan yg kuat berlaku.
Kekhuatiran apabila meletakkan objek/sudu/sapu tangan ialah ia blh menyebabkan airway obstruction di mana pesakit boleh tercekik atau sesak nafas (suffocate) dan tidak boleh bernafas seterusnya blh mati dlm tempoh saat-minit disebabkan kekurangan oksigen (hypoxia).
This can kill the patient straight away, but a bleeding tongue cant.
eg umpama org tercekik biji rambutan/ ikan puyu, etc..
Posted by Shima on 28/11/2009 at 4:37 pm
Salam, ummu saif
Alhamdulillah dan terima kasih kerana berkongsi artikel yang penting ni. Saya mempunyai adik penghidap sawan dari kecil sehingga skrg berusia 27 tahun. Agaknya boleh baik ke sakit ni ye. Dia bekerja cuma perlu dihantar setiap kali pegi dan balik kerja. Kadar kekerapan diserang sawan tu sebulan sekali. Masih makan ubat macam biasa.
Posted by mattomin on 04/12/2009 at 5:01 pm
satu perkongsiaan ilmu yang berguna
thanks doc! =)
Posted by noornuzula on 11/12/2009 at 5:45 am
assalamualikum..
dr muna,
saya ingin meminta jasa baik doktor untuk membuat satu artikel mengenai depression disease.baru sebentar tadi saya telah berchatting dengan seorang sahabat,dan baru hari ini dia menyatakan kepada saya bahawa dia mempunyai penyakit yang disebut sebagai depression.akibat daripada penyakit tersebut dia tidak mempunyai ramai kawan.sebagai seorang sahabat bagaimana boleh saya membantu pesakit ini.adakah penyakit seperti ini boleh di rawat..
terima kasih..
Posted by roshululangat on 15/12/2009 at 4:10 pm
Penyakit sawan ni membuatkan saya fobia bila dengar apatah lagi melihatnya. Saya jadi takut kerana kedua abang dan kakak saya meninggal disebabkan sawan. Orang kampung ramai yang mengganggap ianya penyakit misteri dan selalu memandang serong kepada kepada kami. Adakah penyakit tersebut penyakit keturunan yang tidak akan ada penhujungnya dan bagaimana kita hendak tahu sama ada kita mewarisi penyakit itu atau tidak.
Posted by ummusaif on 16/12/2009 at 7:51 pm
@roshululangat,
spt saya dah terang di atas, sawan ada byk sebab. nak tahu apa sebabnya mmg kena periksa di hospital. Tp kalau dah meninggal, susah la sikit bcoz dah tau apa sebabnya.
Keluarga tak sepatutnya rasa malu. Sawan ni bukan sakit ganjil atau satu keburukan.
Kalau risau, maybe blh minta mana2 doktor refer ke klinik pakar neurologi di PPUKM utk assessment spt dgn membuat EEG.
Posted by safiyya on 17/12/2009 at 10:25 pm
Salam ummu saif,
yg saya belajar, partial seizure boleh berlaku tanpa loss of conciousness, betul tak?
Posted by ummusaif on 19/12/2009 at 3:23 pm
@safiyya,
yes, mmg ada yg kata takde loss of cosciousness(LOC). Tp mostly ada LOC. Tp kena faham gak apa yg dikatakan dgn partial seizure tu.
Kalau generalised fitting, itu bukan partial.
Posted by mahani on 18/12/2009 at 3:47 pm
saya nak pulih saraf otak kiri anak saya yg telah mengecut setelah pembedahan yang menyebabkan saraf belakang anak sayaberparut.apakah yang perlu saya lakukan.anak saya sekrg berumur 2 tahun belum duduk dan berjalan.dia aktif tapi tak seperti kanak2lain yg berumur 2 tahun.
Posted by ummusaif on 18/12/2009 at 8:34 pm
@mahani,
detail on masalah neurologi mmg bukan speciality saya. baik puan bertanya pada pakar di mana puan follow up.
but continuous occupational therapy and physiotherapy is essential and highly recommended from new brain cell development and growth.
Posted by Kamal on 21/12/2009 at 9:59 pm
Salam,
Apakah kesan – kesan yang mungkin timbul daripada serangan penyakit sawan yang berulang? Adakah ia boleh membuatkan seseorang individu yang mengalami serangan penyakit ini menjadi lemah di dalam berfikir, bersosial dan berkumunikasi dengan orang lain atau mengalami kerosakkan atau kecacatan kepada otaknya?
Posted by abusaif on 22/12/2009 at 8:05 pm
@Kamal,
Kata Ummu Saif, sawan itu adalah attack kepada otak. Kekurangan oksigen kepada otak memberikan pelbagai kesan. Akibatnya, daripada terencat akal, defect pada motor development, learning disability, dan lain-lain. Ada stage macam-macam…
Ummu Saif tak sempat nak taip. Saya sampaikan bagi pihaknya.
Posted by Kamal on 24/12/2009 at 1:36 pm
Ooh K..hmm, boleh tak huraikan lagi tentang ‘stages’ nya secara lebih lanjut dari yang awal hingga yang terakhir? Selain itu, rawatannya pula bagaimana?
terima kasih..
Posted by abusaif on 24/12/2009 at 3:25 pm
@Kamal,
actually stages ni bukan step by step peringkat sawan tp the extend of brain assault/injury due to the seizure itself.
ie bukannya lepas ni jadi apa, then lepas ni jadi apa. dan ia bergantung kepada penyebab sawan tu. contohnya kalau sawan tu disebabkan oleh trauma seperti accident, otak tercedera kerana impak kemalangan itu sendiri dan juga berapa kali pesakit dapat sawan.
Kalau purely sawan tanpa sebab lain, tgk berapa kali dia sawan. kalau byk kali maka banyak kali lah otak akan kekurangan oksigen. Maka, bergantung kepada pesakit sama ada dia jadi normal macam org sihat atau ‘kureng’ sikit spt kurang pandai, cacat otak, pendiam dan sebagainya. Worst is terencat fizikal dan akal serta hidup bergantung pada org lain spt makan, minum, berak, kencing org lain yg jaga.
-UMMUSAIF
Posted by abusaif on 24/12/2009 at 3:26 pm
@abusaif,
TREATMENT sawan ialah ubat-ubatan utk sawan ie anti epilepsy.
Posted by Puan Nora on 30/12/2009 at 5:05 pm
Salam ummusaif,
Saya mempunyai seorang anak lelaki yg berusia 2 tahun 7 bulan. baru2 ini dia mengalami demam sawan. Kali ini sudah kali ke 3 masalah ini berulang dalam tempoh beberapa bulan. Di sini saya nak tahu :
1. Apakah langkah2 yg sepatutnya saya ambil bg mengelakkan demam anak saya ini berulang kembali apabila dia demam lagi selain drp mengambil ubat mengikut waktu kerana suhu badannya naik mendadak/cepat?
2. bagaimana untuk menyembuhkan/membebaskan dia dr penyakit ini dlm waktu terdekat kerana semua artikel yg saya baca megatakan ianya akan berterusan sehingga umurnya 5 – 6 tahun
Posted by Puan As on 31/12/2009 at 3:10 am
Puan Nora,
Saya ingin sekadar berkongsi pengalaman mengenai anak demam sawan. Saya juga mengalami masalah yg sama. Anak mengalami sawan demam panas sebanyak 3 kali dlm kehidupannya. Sawan pertama bermula drpd umur 1 thn 3 bulan dan sawan yang terakhir lebih kurang 4 1/2 tahun. Dia pernah dimasukkan ke hospital akibat kepanasan melampau.
Saya tidak pernah melihat bagaimana anak ini diserang sawan, ini adalah kerana dia berada bersama pembantu rumah ketika diserang sawan. Saya juga hairan, apabila saya tinggalkannya ketika bekerja…. pasti panggilan telefon akan menyusul mengatakan anak ini diserang sawan.
Puan Nora, apa yang dapat saya ambil dari pengalaman ini ialah.. sewaktu anak ini demam, pembantu rumah tidak akan berhempas pulas menjaganya sebagaimana saya berhempas pulas sponging (mengelap dgn kain basah). Saya membeli termometer elektronik utk monitor suhu. Selepas memberinya ubat, setiap 1/2 jam saya akan monitor kepanasan badannya. Apabila kepanasan mencecah 38.5 (walhal ubat baru 2 jam makan..) saya tidak boleh memberinya ubat demam lagi, takut overdose.. saya buka baju.. lap dari kaki ke kepala dengan air biasa. Biarlah dia menangis dan meronta, terus sponging hingga basah kuyup.. Letak kain basah terutama di ketiak, leher, bawah pelipat dan atas kepala. Tipulah kalau saya kata saya tak penat.. saya tak dpt tidur menjaga anak ini. Sewaktu di hospital, saya menjaganya selama 4 hari 3 malam. Malam yg ke 3 saya dah mcm knock – out, rasa nak pengsan pun ada. Tapi gagahkan diri, cekangkan mata, terpaksa tinggalkan office dan baby yg lebih kecil kat rumah. Waktu malam adalah masa kritikal (penyakit datang selalunya malam hari..).. jangan tertidur.. takut dia diserang ketika kita tidur. Ada ketika.. dia hanya tidur dengan diaper dan kain basah menyelimutinya. Selepas itu, saya check balik suhunya.. kalau sudah turun.. pakaikan kembali baju yang longgar dan tidak tebal. Takut pulak dia terlalu sejuk. Pastikan di rumah ada ubat demam sentiasa dan ubat ikut punggung.
Puan Nora, dia adalah anak sulung saya. Sekarang dia sudah berada dlm darjah 2. Alhamdulillah.. tiada lagi sawan. Kalau demam pun.. hanya demam biasa-biasa saja. Doktor pernah menyarankan agar dia tidak terkena sawan buat kali yg ke4, risau2 akan effect otaknya. Syukurlah tiada tanda serangan sawan lagi. Harapan saya dia akan terus sihat hingga dewasa. Oh ya.. saya ada juga minta air doa dr ustad. Setiap kali demam.. ustad Amin akan buatkan air jampi, guna ayat Al-Quran.. actually kalau ibu yg baca ayat2 tu lebih afdal.. tapi saya pulak tak berapa pandai nak baca ayat yg mana satu..
Puan Nora… semestinya Ummu Saif lebih mengerti langkah2 yg lebih baik. Saya sekadar berkongsi pengalaman sahaja. Moga tabah dgn dugaan yer….
Posted by Puan Nora on 31/12/2009 at 10:40 am
Puan As,
Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman dengan saya. Dari apa yg puan ceritakan, boleh dikatakan 90% keadaan kita sama. Saya juga melakukan semua yg Puan telah lakukan. Dengan apa yg Puan ceritakan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerisauan dan akan menjadi panduan saya. Terima Kasih
Posted by nora on 09/02/2010 at 12:54 pm
assalamualaikum………….puan as
saya daeya..nak tahu boleh k org spt saya yg ada skt ni bekerja d bdang pro.jika x bagi blh x bg pndangn ap pkerjaan yg sesuai utk sy cburi.keluarga mngkong sy mlakukn sbarng aktiviti luar
agak trtkan ngn situasi ni.
Posted by aida on 12/02/2010 at 2:37 pm
assalamualaikum
anak saya bln mei 2010 ni genap 6 tahun.beliau pernah diserang sawan kali pertama pd umur 7bln.sehingga skrg telah lebih 10kali dia diserang sawan dgn kali terakhir pd nov thn lps. semua sawan ini menyerang akibat demam.setiap kali diserang sawan saya akan bwa ke hospital n ditahan diwad 2@3hari.ubt punggung n sirap parasitamol memang sentiasa ada dirumah.
setakat ini doktor tidak buat apa2 ujian spt ct brain kecuali ujian darah. saya takut jg perkembangan dia terjejas akibat sawan tetapi doktor kata jgn takut krn dia diserang sawan ketika demam dan setakat ni perkembangannya ok.tetapi jika slps umur 6thn dia masih begitu doktor sarankan buat ct brain.
sy nak ninta pandangan ummusaif berkenaan hal ini?adakah sawan demam ini normal n akan berhenti apabila ia berusia 6thn?
benarkh tiada apa2 kesan ke atas pkmbnganya n adakah apa2 ujian yg perlu dilakukan utk lihat perkembangan di terjejas.
saya benar2 harap ummu saif dpt membantu
Posted by ummusaif on 14/02/2010 at 5:22 pm
@aida
salam puan.
Sawan demam atau nama saintifiknya febrile seizure bukan sesuatu yg jarang berlaku. Average acceptable age for this problem ialah 6 bulan- 6tahun. ini kerana kajian telah dilakukan dan didapati umur kanak2 6bln-6 tahun, demam sawan adalah kerap dan umur yg lain adalah tidak normal dan perlu pemeriksaan lanjut.
Doktor atau memeriksa nature of seizure setiap kali anak puan kena sawan. jikalau doktor tidak jumpa tanda2 lain seperti lembab otak, tanda2 ketumbuhan otak yg dimenafestasikan dgn lemah anggota badan ataupun jangkitan otak seperti meningitis, biasanya doktor cuma tidak akan buat CT brain.
tp kalau lepas doktor periksa dan dapati nature/pattern sawan anak puan berubah, atau lbh lama dari biasa dan tidak disertakan dgn demam, then pada masa itu, kemungkinan besar doktor akan buat ct brain scan.
the only treatment ialah pencegahan demam panas, ie cepat2 turunkan suhu badan bila demam.
jika selepas 6 tahun, masih kena sawan, then doktor akan buat ct brain atau EEG utk pastikan tiasa penyakit lain.
kanak2 yg mengidap sawan demam ada yg membesar dgn normal.
Ada sstgh kanak2 yg terus mendapat sawan apabila mereka membesar dan didiagnoskan sebagai pengidap sawan babi sebenar ataupun epilepsy.
setiap kali sawan berlaku, mmg sel2 otak akan kekurangan oksigen dan mati. maka tidak dinafikan bg yg selalu terkena sawan, lemah otak blh berlaku dan secara minimumnya blh dimanifestasikan dgn kurang pandai atau learning difficulty.
maka, sebab itulah langkah pertama ialah utk mencegah suhu badan yg tinggi.
Posted by rafizul on 15/02/2010 at 9:00 am
assllmkm..saya nak tahu kalau org kene sawan blh tak buat rawatan hydrotraphy ais? beritahu saya apakah keburukanya atau tindakbalas yg akan berlaku kpd pesakit tersebut. pesakit ni dah berusia 27thn seorg lelaki, mengalami sawan dlm tempoh 4 thn & sekarang dlm 1 hari 3-4 kali di serang sawan.
Posted by aida on 16/02/2010 at 9:16 pm
maksudnya kanak2 yg terkena sawan ini tetap ada kesan sampingan iaitu otak mjadi lembab? bagaimana saya nak tahu ia sawan babi atau epelepsi?saya takut sawan ini berlarutan hingga dewasa.
ummu saif, bolehkah anak saya diberi ubat syurap 4 jam sekali kerana suhu badanya akan mendadak naik jika diberi ubat 6jam sekali. di wad saya lihat anak saya diberi ubat 4jam sekali tetapi bila demam nya dah reda baru doktor beri ubat 6jam sekali.itupun setelah 3hari ditahan di wad. tiada kesan sampingan ke ubat yg diberi 4jam sekali?
ummu saif, adakah saya perlu bawa anak saya ini ke pakar kanak-kanak untuk melihat adakah sawan yg dihadapi anak saya ini menjejaskan perkembangan otaknya.jika ya, di manakah saya boleh dapatkan perkhidmatan ini?
Posted by aisha on 17/02/2010 at 11:59 am
SALAM..sy skrg berusia 20 thn n pljr sbuah ipta tmptn. sy mengalami mslh pgsn yg berlaku bbrpa kali dan pada keadaan tertentu. Maslah ini mula timbul apbila sy b’pndh ke sekolh b’asrma pnh, ketika berusia 16 thn. Sblom pgsn biasanya sy akn mnglami skit kpla yg sgt kuat dn a few secnd je sy trus pgsn n xsdrkn diri.
Menurut rkn, swktu pgsn mata sy akn terbeliak, buih keluar dr mulut dn muka serta bibir sy pucat,ttp sy tidak mengalami kkjngn cuma bdn sy bergerk2.
kebiasaannya, apabila dbw ke klinik( sewktu pgsn)..dktr akn bertya sma ada sy mmpunyai sjrh swn(sy x prnh mnghdpi swn sjk kecil n tiada ktrn yg mghdpi swn). n slps itu dktr akn mmbri sy ubt gastrik.
Adakah sy mempunyai tnda2 swan?? n adkh gsatrik juga blh mneybabkan pgsn?
Posted by aida on 17/02/2010 at 2:55 pm
assalamualaikum
ummu saif, berkenaan anak saya yg pernah kena sawan itu. dia sudah pandai membaca rumi dan jawi tetapi jika diminta utk membuat homework dia susah utk menyiapkanya.kalau buat pun mengambil masa yg lama dan saya kena perhatikan dia menulis barulah dia menyiapkan kerja sekolahnya. keadaan ini turut berlaku ditadikanya,menurut gurunya. walaupun begitu menurut gurunya dia tiada masalah pembelajaran lain kerana mengenal huruf,pandai membaca dan mengira.
tanpa disuruh dia jg akan membaca buku diharapan gurunya setiap hari.
hanya dia tadak suka menulis. adakah masalah malas menulis ini berkaitan dengan sawan yg pernah dia hadapi? atai adakah dia ada masalah yg lain.dirarap ummu saif dpt membantu.
terima kasih
Posted by ummusaif on 17/02/2010 at 3:18 pm
@aida
sy nasihat supaya buat susulan di mana2 hospital besar atau hosp pakar utk buat EEG to diagnose sawan.
Posted by aida on 17/02/2010 at 10:12 pm
ummusaif,
saya selalu dapatkn rawatan anak jika diserang sawan di hospital ampuan rahimah,klang.sy nk tahu di sini ada perkhidmatan EEG ke?bagaimana saya hendak dapatkan ujian tersebut?adakah tunggu anak saya demam or saya terus ke pusat rawatan harian HTAR dan minta ujian tersebut di jalankan? saya takut permintaan saya tak dilayan
Posted by ummusaif on 20/02/2010 at 11:44 am
@aida
salam.
puan blh minta mana2 doktor sama ada di klinik berbayar ataupun di wad kecemasan utk menulis surat rujukan kepada klinik pediatrik di HTAR utk rawatan dan penyiasatan sawan tersebut.
Posted by Stephanie on 15/03/2010 at 8:36 pm
saya ada seorang abg yg terkena penyakit sawan, tetapi penyakitnya itu hanya akan menyerang pada waktu tidur saja. Selalunya ia akan bermula daripada sebelah tangan kiri. ianya akan terangkat serta bergetar-getar sebelum seluruh tubuh menjadi kejang. Dia juga telah menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital seperti CT scan dan EEG serta rawatan tradisional.. Ianya hanya akan menyerang sekurang-kurangnya 4 kali seminggu. Apakah ya patut kami lakukan untuk mengubati penyakit abg saya ini?
Posted by Sharifah on 19/03/2010 at 1:38 pm
a’kum
sy slh seorang penghidap sakit sawan. ayah sy jg mempunyai sakit sawan kerana kemalangan.semasa mula2 sakit,saya telah dimasukkan ke hospital dan doktor telah ambil air tulang belakang sy untuk mengesahkan apa punca sakit sawan kerana sy kena sakit sawan pada usia 19 tahun.tetapi menurut doktor,ianya bukan b’punca dari keturunan atau demam panas.jadi apa punca nya ummusaif? dlu sy kerap kena swn.sekarang sebulan sekali.sy mmg mendapatkn rawatan doktor apabila sampai tarikhnya.keluarga tidak membenarkan sy kerja luar karana risau.sy duduk dirumah sahaja.kini umur sy 22 tahun.kadang2 tertekan juga.
Posted by ummusaif on 20/03/2010 at 10:27 pm
@Sharifah
salam. spt yg maklumkan di atas, sawan banyak penyebabnya. saudari kena jalani pelbagai siri ujian di hosp pakar utk mengetahuinya. saudari juga sepatutnya sudahpun ‘on treatment for seizure(sawan)’ daripada doktor pakar.
Posted by Sharifah on 21/03/2010 at 1:10 pm
a’kum
tetapi doktor telah pun m’ambil air tulang belakang sy untuk mengesahkan punca sakit sawan.tapi tidak jumpa juga puncanya.kini sy memang dapat rawatan susulan dari doktor pakar setiap 3 bulan.tetapi tetap sakit setiap bulan.kadang2 mencederakan diri sendiri.
Posted by ummusaif on 21/03/2010 at 8:03 pm
@Sharifah
air tulang belakang di ambil utk pastikan tiada meningitis atau jangkitan otak yg lain. kalau ianya negatif, tak semestinya bukan epilepsy (salah satu penyakit yg berupa sawan). So next kena buat EEG. Teruskan rawatan doktor dan jgn berhenti ubat.
Posted by Maryam on 23/03/2010 at 7:26 am
Salam ummusaif,
Saya amat berharap sekiranya ummusaif dapat menulis artikel berkenaan immunisasi dan vaksin. Saya lihat kesedaran tentang immunisasi amat rendah di kalangan kita orang Melayu lebih-lebih lagi orang Islam. Meskipun saya faham, itu adalah pilihan masing-masing tetapi, kesedaran untuk mendapatkan immuniasasi adalah sangat rendah. Ramai yg mendakwa, susu ibu sudah cukup untuk memberikan immunity kepada bayi dan lain2 alasan lagi. Ada yg mengatakan, adalah tidak wajar menyuntik bahan asing ke dalam badan bayi meskipun kuman tersebut telah dilemahkan. Wallahua’lam. Terima kasih Ummusaif
Posted by rozita on 23/03/2010 at 9:10 am
Salam Ummusaif,
Anak saya berumur 9 thn dan mengidap partial seizure. Dia boleh membaca dan menulis dgn baik. Masalahnya dia selalu lupa apa yang dia berlajar di sekolah. Bagaimana nak mengatasinya.
Posted by Mummy Tamara on 23/03/2010 at 3:14 pm
Salam Ummusaif,
Anak saya mengalami sawan ketiga umurnya 3 tahun disebabkan demam panas.Anak saya dah 8 kali sawan apabila demam panas. Sekarang anak saya akan masuk 5 tahun dan waktu terakhir dia kena serangan sawan pada tahun ini.Anak saya juga ada mengambil ubatan seperti Epilim dan juga EGG pada tahun awal tahun 2009. Soalannya kenapa anak saya masih juga sawan walaupun ubatannya juga diambil. Adakah anak saya ni sawan babi atau febril fits? Doktor juga menyatakan anak saya kemungkinan epilipsi,
Posted by ummusaif on 23/03/2010 at 6:00 pm
@Mummy Tamara
salam.
kanak2 yg sudah terkena sawan panas mudah terkena sawan panas utk kali seterusnya. ini berbeza mengikut individu. bg anak2 yg sgt sensitif dgn demam, mereka akan mudah mendapat sawan walaupun sudah mengambil ubat epilim.
maka pencegahan demam panas atau sebarang demam adalah yg paling utama.
utk tahu bahawa sama ada dia ada epilepsy, maka kita perlukan keputusan EEG yg positif. Jika negatif, maknanya cuma sekadar sawan panas. tp kena repeat EEG ikut keperluan (ditetapkan oleh pakar).
Ada kes2 di mana kanak2 yg ada sawan panas akan develop menjadi epilepsy as they grow older.
kenapa ini semua berlaku?
ada yg mengatakan otak kanak2 tidak dpt bertahan apabila ada perubahan suhu badan. dgn kata lain, otak mereka terlalu sensitif.
setiap kali sawan berlaku, akan ada sel2 otak yg mati.
maka, jika kerap sgt berlaku, perubahan fizikal dan mental akan berlaku. di antara contohnya, slow learner, lemah anggota fizikal.
Posted by ummusaif on 23/03/2010 at 6:06 pm
@rozita
salam. mungkin blh ambil byk supplementary vitamins.
Posted by suhaida on 05/04/2010 at 5:04 pm
salam, saya ada seorang kawan yang kejadian nye adalah sama dengan aishah(artikal di atas). Bermula dari sakit kepala (disebabkan stres, kurang tidur, panas dan demam) kemudian mengigil dan kekejangan. ada ketika dia tidak dapat kawal pergerakan walaupun dalam keadaan mata terbuka dan bergerak, contoh yang penah terjadi, dia isap panadol.selepas kekejangan dan ssh bernafas dia akan tidur @ pengsan (saya kurang pasti), dan selepas sedar die sedikit blur.tidak tahu apa jadi…adakah dia sawan kerana dia pnah mengalami beberapa kali dalam sebulan. dan kerap bercuti kerana lemah. menyebabkan prestasi ekrja terganggu. telah dirujuk ke hospital serdang namun doktor katakan die main-main.dan keadaan telah menyebabkan dia tidak mahu ke hospital lagi hanya menahan dan makan panadol sahaja. mohon panduan dan pandangan.
Posted by RO- on 09/04/2010 at 3:44 pm
SALAM…….nak dengar citer anak saya x?dah 4 tahun sy berhenti keja semata2 jaga ank sy yang sawan ni………anak sy cuma ada tanda2a
Posted by -RO- on 09/04/2010 at 3:57 pm
crita disini panjang lebar…….doktor n nurse kadang2 bukan ngam pon!!!!pergi jer hkl…….anak sya sawan bertambah teruk lepas dberi suntikan sewaktu 3bulan……..e-mel saya rokiah84@gmail.com
Posted by aida on 13/04/2010 at 3:48 pm
assalamualaikum
ummusaif, anak saya telah kena sawan pd awal mac lalu. demamnya terlalu tinggi wp telah diberi ubat parasetamol 4jam sekali di wad.akhirnya dr ambil air tulang belakang kerana takut manigaitis.setelah ujian dibuat ternyata ia negatif tetapi hasil ujian lain dr mengatakan anak saya h1n1positif.
soalan sy kenapa anak saya tidak dibuat ujian EEG krn dia telah banyak kali diserang sawan demam dan usianya bakal mencecah 6thn bln mei ini. slps keluar wad mengapa tiada check up susulan.apa yg perlu saya lakukan skrg ummu saif?adakah ini blh dikatakn epilepsy wp ia diserang sawan hanya ketika demam. tolong beri jalan apa yg perlu saya lakukan krn ini adalah satu2nya anak yg saya ada
Posted by hasnah on 22/04/2010 at 8:33 pm
alhamdulilah ..jumpa juga web yg sesuai .. dah lama mencari tempat untuk berkongsi dan meminta pandangan .. begini ceritanya .. anak saya ketika berusia 1 tahu sebulan (ujung Jun 2009) telah disahkan mengidap epilepsi .. telah dimasukkan ke hospital Selayang ketika itu .. serangan sawan tersebut kdg2 sebulan sekali dan adakala 2 kali .. dan telah dibekalkan ubat epilim oleh doktor .. setiap kali ia berlaku ketika dia tidur antara pukul 12 hingga 4 pagi walaubagaimanapun oleh kerana setiap bulan masih diserang sawan tersebut doktor menukar ubat syrup carbamazipine pada bulan november .. alhamdulillah selama 4 bulan bebas dr sawan .. namun langit tak selalu cerah satu pagi pukul 7 pagi (31 Mac 2010)ketika saya bersiap untuk pergi kerja dia diserang sawan lagi sehingga dimasukkan ke hospital…2 minggu selepas itu sejak khamis lalu dia diserang sawan setiap hari ..puncanya dia tidak boleh kena air apatah lagi mandi ..kekerapannya sekali hingga 3 kali ..walaupun hanya basuh berak .. saya amat susah hati ..sehingga hari ini juga masih berlaku juga ..walaupun semuanya hanya antara 2-3 minit saya merasa sangat risau .. apakah jenis epeilepsinya ..atau mungkinkah makhluk halus mengambil tempat ..saya skrg berikhtiar secara kg .. ada 6 hari lagi..jika tidak sesuai juga sy akan membawanya ke pakar ..mungkin ubatnya tidak sesuai lagi dan jenis sawannya berubah ..tolong saya mengurangkan kerisauan hati ini..
Posted by izah on 23/04/2010 at 2:55 am
assalamualaikum ummusaif
untuk pengetahuan ummusaif anak saya berumur 11 bulan sewaktu berlakunya sawan(bln 12 2009). keadaannya waktu itu sihat, tiada demam. saya ingatkan dia tercekek dan saya memberikan rawatan awal (rawatan tercekek) sebelum membawa ke klinik (bahagian kecemasan). keadaannya pada waktu itu, kejang seluruh badan, muka kebiruan. setelah sampai di klinik, badannya dah tak kejang tapi dia letih dan tidur. pembantu perubatan bagi ubat selesema (kebetulan anak saya selesema) dan suruh balik.
selang 3 minggu, sawan anak saya jadi lagi…. keadaan dirinya sama seperti yg pertama… sekali lagi saya bawa ke klinik yg sama…. sekali lagi di suruh balik…. selang 2 minggu jadi lagi….dan kali ini saya minta bahagian kecemasan membuat surat rujuk ke hospital.. melalui maklumat saya, doktor mengandaikan anak saya mengidap epilepsi dan membekalkan ubat epilim(1.25ml 2 kali sehari). pada mulanya saya takut nak bagi ubat tersebut kerana saya risau setelah mengambil ubat hidup ank saya akan bergantung terus pada ubat tersebut….. maksud saya bila tak ambil ubat sawan akan berlaku.
doktor memaklumkan pada saya untuk mengesahkan anak saya mengidap epilepsi atau tidak ialah melalui EEg dan MRI. untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan (EEG dan MRI) terpaksa tunggu tempoh yang lama, disebabkan kerisauan terhadap anak, saya telah meminta doktor membuat surat untuk saya rujuk ke hospital swawta di Damansara.
Hasil MRI negatif, bahagian kepala anak saya tiada masalah, dan hasil EEG mendapati several seizure discharges are seen over both frontal regions associated with slow waves. doktor mengatakan jenis epilepsi anak saya ialah generalised seizures. kini anak saya telah mengambil ubat epilim 2 kali sehari. sebagai ibu amat berat hati saya untuk menerima kenyataan ini dan saya amat kasihan pada anak saya kerana masih kecil terpaksa bergantung pada ubat.
ummu saif ,
soalan pertama, bolehkah epilepsi anak saya ini sembuh terus. kerana doktor mengatakan pemantauan dan mengambil ubat dalam tempoh 2 tahun ada kemungkinan boleh sembuh. untuk makluman ummusaif juga dalam keluarga saya dan suami tidak ada sejarah epilepsi
saya juga ada terbaca komen ummusaif , mengatakan bahawa jika epilepsi di beri rawatan awal boleh sembuh… insyaallah… adakah benar
soalan kedua, apakah pendapat ummusaif jika saya mendapatkan rawatan secara islam (menggunakan alquran) seperti di perubatan syifa al hidayah, atau pusat rawatan islam darul ruqqiyah
Posted by izah on 23/04/2010 at 3:06 am
assalamualaikum….
saya juga ingin tahu adakah ubat epilim memberi kesan kepada tidur. Pada waktu malam anak saya kerap terjaga dari tidur, manakala siang hari tidur buai dia akan tidur terkejut2 (tangan tarkapai walaupun telah diletaklkan bantal di atas badannya)
terima kasih, wassalam.
Posted by ummusaif on 25/04/2010 at 8:27 am
salam puan,
saya doakan puan sabar dgn semua ujian ini. dan pada masa yg sama menerima ia dan bukan menolaknya.
yg ke dua, saya bukanlah pakar neurorogy, namun saya akan cuba jwb dr pengalaman dan pengetahuan sy yg sedikit.
jika sudah confirm dgn EEG, maka sy tak blh nk kata ianya bukan epilepsy. kalau puan nk lbh confirm, puan blh repeat EEG di tempat lain tp pada ms yg sama masih berterusan menggunakan ubat epilim berkenaan.
tak kisah puan nk pergi ke rawatan alternatif TAPI JGN SEKALI2 BERHENTI UBAT HOSPITAL. yg penting rawatan serentak dan bukannya meninggalkan rawatan moden. kerana rawatan moden masih efisien yg telah terbukti keselamatannya.
epilepsy ada byk jenis. ada yg keturunan dan ada yg tidak.
yg penting dlm rawatan epilepsy ialah utk mengurangkan kekerapan sawan. kalau anak puan ada triggering faktor seperti demam panas, maka aim utama rawatan ialah utk mencegah demam.
ttg epilim, saya sarankan puan terus mengambilnya. ttg side effect, saya tak berapa arif. blh tanya dgn pakar.
lastly, saya nasihatkan jgn sesekali berhenti follow up dgn doktor pakar (u can still go to traditional). tapi jgn ambik ubat lain selain ubat doktor, takut ada side effect lain. tanyalah seberapa byk soalan dgn doktor pakar.
maybe puan blh cari kumpulan parents with epileptic child utk berkongsi pandangan.
wallahu alam.
Posted by ummusaif on 25/04/2010 at 8:37 am
nasihat yg sama buat puan hasnah:
JANGAN LEWATKAN RAWATAN HOSPITAL KERANA EPILEPSY ADALAH SATU PENYAKIT YG SERIUS DAN KRONIK.
LG BYK ATTACK, LAGI BANYAK SEL OTAK YG AKAN MATI.
TIDAK SALAH MENGGUNAKAN RAWATAN TRADISIONAL/AL QURAN NAMUN MESTI DILAKUKAN SERENTAK DGN RAWATAN MODEN DAN JUGA BUKAN MELEWAT2KAN RAWATAN MODEN.
PASTIKAN PUAN TAHU KANDUNGAN UBAT TRADISIONAL. ADA YG BYK MENGANDUNGI STEROID YG MANA SIDE EFFECTNYA BESAR DAN BURUK.
TTG JENIS EPILEPSY, TERBAIK IALAH DGN BERJUMPA DENGAN PAKAR KERANA HANYA EEG SHJ YG BLH CONFIRMKAN JENIS EPILEPSY.
Posted by sha_89 on 26/04/2010 at 5:44 pm
salam ummusaif, saya ingin bertanya,ibu saudara saya juga menghidap sawan,dulu ia kerap terjadi,tiga bulan sekali,namun setelah berumur, sawannya telah berlurang,kadang-kadang setahun sekali. Soalan saya,adakah penyakit ini akan diwarisi oleh anak-anaknya?anak keduanya berusia 6 tahun dah sering sawan.adakah sebarang makanan yang boleh mendorong terjadinya sawan?
wassalam..
Posted by najwa on 27/04/2010 at 11:43 am
assalamualaikum….
sya mempunyai seorg adik kecil.. ibu saya melahirkan pada usianya 42 tahun. tetapi, pada penghujung 2009 iaitu adik saya berusia 2 tahun 6 bulan, dia diserang seperti sawan n kejang otot.. ktika itu tidak la serius sgt.. dan hny jadi sehari sekali shj..tetapi masih boleh berlari dan bermain spt knk2 lain.
tetapi pada tahun 2010 ini, usianya hendak mencecah 3 thun, keadaanya semakin teruk.. kdg2 sehingga 10 kali sawan dlm sehari, ketika tidur, makan, dan bermain..dan sekarang dia tidak aktif lg dan tidak boleh berjalan. doktor mencadangkan kami untuk menjalankan rawatan EEG pada 4.5.2010 ini. disini saya ingin bertanya, apakah kesan apabila melakukan rawatan EEG ini nti..?
Posted by ummu amni on 30/04/2010 at 11:13 am
salam ummu saif..
saya ada beberapa soalan.
anak saya sekarang ni dah berumur 4 tahun.masa umurnya 8 bulan dia sawan kali pertama selama hampir 9 jam. sawan kedua masa umur 14 bulan dan terakhir setahun selepasnya dan hanya memakan masa sekitar 15 minit di Cameron Hingland. waktu tu kami mengikuti lawatan sekolah.tidak terfikir kami bahawa cuaca yang sejuk boleh mendatangkan sawan. semua sawan yng berlaku adalah disebabkan demam panas. anak saya seorang yang sangat aktif.
Buat pengetahuan ummu saif.sekarang anak saya cepat letih dengan degupan jantung yang sangat laju. Melalui pemeriksaan, pengamal perubatan tu beritahu bahawa bekalan oksigen tidak mencukupi ke otak anak saya.
Soalan saya:
1. Adakah situasi ni berlanjutan sehingga dia dewasa?
2. Apakah rawatan yang terbaik?
untuk pengetahuan puan, saya cukup obses untuk tidak ke hospital kerajaan dan lebih prefer untuk ke swasta krn berdasarkan banyak pengalaman yg negatif.
mohon penjelasan..
Posted by Ida on 02/05/2010 at 12:15 am
Salam…
Anak saya baru jer 41/2 bulan dan baru jer keluar wad sebab sawan….dia kena hari isnin lepas di rumah babysitter tapi saya dapat tau anak saya kena sawan slps balik keje…sbb my babysitter tak call.semasa terkena kali ke3 di tangan saya semasa ambil dari rumah babysitter….my baby tetiba jer lemah terkulai jer…mata ke atas dan cume memandang ke satu arah arah…dah mulut dia berbuih skit dan seakan2 terkumat kamit…begitu jugak tgn…tak mengalami kekejangan pada tgn atau kaki…tu kategori apa….mcm mane saya nak jaga dia supaya ianya tak berlaku lagi…risau la sbb dia kecik sgt lagi….
Posted by Othman Ismail on 04/05/2010 at 3:02 pm
Saya pun ingin berkongsi pengalaman :
Anak kedua saya lelaki di serang epileksi setiap hari (dalam tempoh yang pendek 10 saat)ketika berumur kurang 1 thn. Saya berjumpa dengan doktor dan telah buat scan MRI .dan hasilnya terdapat pengecut satu bhgn kecil otak dan anak saya diberi ubat(tak ingat nama).saya amat sedih dan risau dgn masalah ini. Pd peringkat awal saya memberi dos dan waktu yang dr tetapkan apabila sawan semakin berkurangan saya pun mengurangkan pemberian ubat ini. Kini anak saya tidak lagi mengalami sawan tetapi Fokusnya terhadap pelajaran agak mengecewakan berbanding dgn anak yg lain, adakah ini disebabkan pengambilan ubat. Dia tiada fokus di sekolah, buku sekolahnya kosong.untuk pengetahuan dia tidak nakal, amat sukar untuk mengajar di rumah hingga kadang saya dan iusteri pun putus asa…Dia perlu dibimbing sepanjangf masa..tlg bg pandangan
Posted by ummusaif on 04/05/2010 at 9:55 pm
Epilepsy has relationship with learning disability and memory loss. This is due to type of epilepsy, frequency of attack and also side effect of medications.
Please discuss this further with your peadiatrician. Your child may need extra help like the Child Development Centre in HUKM, Child Psychologist or even the Sekolah Kanak2 Istimewa.
Posted by Othman Ismail on 04/05/2010 at 3:03 pm
sambungan sekarang dah berumur 7 thn
Posted by ummusaif on 04/05/2010 at 9:43 pm
Nasihat saya buat semua ibu bapa yg bertanyakan soalan, tolong baca artikel/entri dan juga semua komen saya betul2 sehingga faham.
Masalah epilepsy ni kompleks dan tak mudah difahamkan dgn 1 ayat. Tp tuan2/puan2 semua kena hadam artikel ni kemudian barulah bertanya pada mana2 bahagian yg tidak faham.
Bukan apa, usaha tuan/puan cuba utk hadamkan entri ini mencerminkan sejauh mana kebolehan tuan/puan2 utk memahami masalah epilepsy ini secara ilmiah dan khususnya ilmu perubatan.
Selain dari itu, jgn putus hubungan dgn pakar kanak2 masing2. Merekalah tempat rujukan anda yg pertama kerana mereka lbh mengenali anak2 atau keluarga anda yg ada sawan tu.
Posted by LIBL on 27/05/2010 at 12:19 pm
Salam.. Ummu Saif..
Saya mempunyai seorang kakak yg meng hadapi masalah sawan drp kecik hingga sekarang. Perkembangan otak terbantut seolah2 umur 3 tahun. Almost every month mesti kena 2/3 kali. Kami sekeluarga dah donno wht to do. My sis now already 35th yrs old.
Bila kena sawan..kami kasi ubat from pharmacy (hosp tak kasi) supaya redakan kejang. Mungkin kind of drug..Kalau x bagi ubat nih nanti kekejangan berlaku lebih lama. Kesiann.. Tapi bila dah makan akan tidur seharian.
Everyday pon makan ubat frm hosp.
Any advice doc. Kami sekeluarga macamdah redha dgn keadaan dia. Jaga selagi dia hidup. Btw, it getting worst. Bahu kanan kakak dah senget may be sebab sawan yg kerap. She cannot speak..makan pakai semua dibantu but she can walk..
Posted by ummusaif on 28/05/2010 at 9:18 am
salam.
hmmm…
spt yg adik faham, mmg perkembangan otak dan fizikal kakak adik tu sudah lama terbantut. Mungkin kita sudah blh klasifikasikan dia sebagai org kurang upaya atau mental and physical retardation.
dia pun sudah 30 tahun lbh mempunyai masalah ini. Utk hantar ke physio atau occupational therapy pun dah lewat sgt. So progres dia takkan menjadi lbh baik. apa yg blh buat ialah cuba maintain apa yg sedia ada dan elakkan semakan teruk iaitu make sure dia terus blh berjalan.
ttg ubat2, mmg kena dgr nasihat hospital. tak blh beli ubat luar bcoz kita tak tau side effect apa.
cumanya satu precaution yg perlu ambik (sekiranya kakak adik ni suka merayau atau berjumpa dgn org luar atau yg tidak dipercayai) ialah langkah pencegah kehamilan bg mengelakkan kejadian2 spt rogol. kerana isu ini byk kali terjadi kepada mereka yg kurang upaya dan kurang siuman, mereka dirogol oleh org asing atau ahli keluarga sendiri. Ada yg mengandung sehingga ahli keluarga tidak perasan. Hingga mereka mendapat komplikasi daripada kehamilan itu.
jika hendak, blh refer kakak adik tu kepada mana2 doktor sakit puan utk masukkan IUCD.
ttg bahu itu, mungkin bahu kakak tu telah terkeluar daripada soketnya (shoulder dislocation) disebabkan sawan yg kerap. apa blh buat ialah bawak ke hospital utk Xray. Kemudian kalau confirm, doktor di kecemasan akan betulkan bahu yg terkeluar tadi.
akhir sekali, saya harap adik dan keluarga dapat menerima kenyataan ini: kakak adik tidak akan jadi lbh baik keadaannya kerana dia pengidap sawan kronik malah dia sudah pun mempunyai kesan yg kronik iaitu lemah otak.
Yg perlu buat cumalah, kurangkan komplikasi. Itu aje.
Posted by syazaila on 10/06/2010 at 9:08 pm
Assalamualaikum….
saya ingin meminta jasa baik untuk membantu masaalah yang dihadapi suami saya…suami saya sekarang berusia 31 tahun dan semasa menghidapi sawan ketika beliau berusia 27 tahun…saya dah bawa ker Hospital Besar kerajaan dan juga Pakar..dan keputusannya beliau mengalami ketumbuhan otak …ketumbuhan itu menyebab kan beliau sawan..sebelum berkawin beliau dalam keadaan sihat seperti biasa..keadaan beliau sakit saya lihat sejak 3 tahun nie semakin kerap sakit dan pengsan dan lambat mengingati perkara2 yang lepas..
saya khuatir melihat kesihatan beliau yang semakin sakit yang terlalu kerap(1 kali dalam 2 hari)…apa yang perlu saya lakukan..?adakah terdapat ubat selain daripada yang dibekalkan daripada hospital(ubat epilipsi)..
doktor juga ada mengatakan…kemungkinan otak beliau lama kelamaan akan kejut disebab selalu berlakunya sawan keatas beliau..adakah ini benar?…
ketumbuhan dalam otak tersebut masih tidak dibuang tetapi telah diambil samplenya dan didapati ketumbuhan tidak aktif dan bukan kanser…
Apakah usaha lain yang perlu saya lakukan…
terima kasih atas maklum bals yang akan disampaikan kepada saya
Posted by ummusaif on 10/06/2010 at 10:06 pm
Salam puan,
kalau puan inginkan second opinion, best is to go to HUKM, dan berjumpa dgn doktor pakar bedah otak (neurosurgeon).
Blh minta doktor di hospital kerajaan tolong buatkan surat rujukan dan berikan semua filem2 ct scan dan mri suami puan.
Jgn sesekali mengambil rawatan alternatif atau memberhentikan ubat epilepsi beliau. Maybe kalau nak berubat secara ayat2 Quran blh, tp jgn ambil ubat2 lain atau memberhentikan ubat hospital.
Puan seharusnya bertanyakan kepada pihak hospital apakah prognosis atau masa hadapan suami. Puan juga mesti tabahkan diri dan bersedia dgn sebarang kemungkinan.
Semoga puan terus tabah.
Posted by syazaila on 11/06/2010 at 7:44 pm
TERIMA KASIH ATAS JAWAPAN YANG DIBERI…INSYAALLAH SAYA AKAN MENCUBA CARA YANG DIBERIKAN…JASA BAIK HANYA ALLAH SAHAJA YANG BALAS
Posted by Am on 15/06/2010 at 10:25 pm
Assalamualaikum,
saya ada anak yang pernah megalami sawan tarik semasa kecil umur 2 tahun 1 kali dan 1 kali lg pada umur 3 tahun, tempuh berlaku dalam 2 hingga 5 minit. Setelah menjaganya untuk tidak berlaku lg hinggalah umurnya sampai 13 tahun belaku 1 kali dan 2 kali lg pada umur 14 tahun. Apa yang saya ingin terangkan saya pernah bawa ke hospital ketika umur beliau 3 tahun dan hasil pemeriksaan doktor megatakan ia sawan tarik dan tolong jaga jika demam panas yg berpanjangan ia boleh berlaku. tetapi pada umur sekarang 14 tahun beliau tidak megalami demam tetapi boleh berlaku sawan tarik megapa? dan apa yang saya boleh buat untuk megelakkan dari berulang sehingga temujanji dengan doktor pakar otak nanti.
Terima kasih,
Posted by hasnah on 17/06/2010 at 11:58 pm
ummusaif.. saya telah membawa anak saya ke hospital pada 23 April yang lalu dan telah ditahan di wad Hospital temerloh selama 10 hari namun keadaannya semakin buruk .. pada 2 Mei dia diserang sawan sehingga 27 kali sehari sehingga pihak hospital terpaksa merujuk kesnya ke Pediatrik HKL dan dia dirawat di sana .. sebulan saya berada di sana ..namun pihak hospital hanya mampu mengurangkan sawannya sehingga 2 kali sehari ..dia dibenarkan pulang pada 2 Jun 2010 dengan 5 jenis ubat ….saya meneruskan memberi ubat tersebut dan mencuba rawatan alternatif namun sawannya masih tetap berlaku .. sesiapa yang ada masalah seperti saya bolehlah email saya tuk kita berkongsi pendapat hanisamaliaamirah@gmail.com .. terima kasih
Posted by ummusaif on 18/06/2010 at 9:07 am
salam puan hasnah,
semoga puan dan keluarga terus tabah. Teruskan berdoa. Yakinlah Allah pasti Tahu akan betapa besar hikmahnNya.
Jangan putus asa ya puan.
Posted by Cik Harliza Bt Puteh Mohd on 21/06/2010 at 8:19 pm
assalammualaikum ummusaif,
Saya sebenarnya ingin mendapatkan pandangan drpd puan mengenai situasi saya ini, untuk makluman puan saya didapati menghidap penyakit epilepsy sejak Jun 1999 sehingga kini saya masih berulang ke Hospital Tuanku Jaafar,seremban bagi mendapatkan rawatan.
Komen yg saya perolehi drp Dr yg merawat saya memuaskan dimana mereka menyatakan penyakit saya ini semakin beransur sihat namun saya kurang merasa demikian kerana adakalanya saya jatuh pengsan di pejabat mahupun rumah.hal ini sering terjadi apabila saya datang bulan. Untuk makluman Puan saya mengunakan ubat anti epilepsy iaitu “Cabramazepine”.
Mmg saya akui selama saya menghidap penyakit ini self confident saya agak menurun, saya rasa rendah diri di pejabat juga lebih2 lagi selepas saya sering pengsan di pejabat.puan saya juga akan melangsungkan perkahwinan saya hujung tahun ini,kpd bakal suami & keluarga bakal mertua saya telah saya jelaskan situasi diri ini. Soalan saya disini ialah :-
a. Mampukah penyakit saya ini sembuh sepenuhnya kerana tiada dalam sejarah kesihatan ibu &
ayah saya yg menghidap penyakit ini.
b. Benarkah seperti yg saya dengar drp kakitangan hospital sekiranya saya ingin mempunyai cahaya
mata sendiri peluang untuk saya itu adalah tipis dgn penyakit yg saya hadapi ini.
c. Apa yg perlu saya lakukan untuk mengelak saya pengsan di tempat2 yg tidak sepatutnya (lebih2 lg
sekiranya saya bersendirian)
Puan saya harap puan dapat membantu saya dlm menangani masalah kesihatan saya ini disamping meningkatkan self confident diri saya ini.
sekian ,terima kasih.Semoga Allah merahmati Puan.
Posted by iman amani on 02/07/2010 at 9:18 am
salam ummu saif..i nk tnya..my princess sawan bkn sbb demam…tiba2..sejak umur 4bln lagi..dh mcm2 i buat utk smbuhkan dia..tp…dia still sawan..ubat2 y diambil oleh ank syrup epilim,phenytoin&carbamazapain..still xok jgk..skng my princess dh 2thn 5bln..xpandai ckp&jalan..
xmcm ank 2 org lain..gigi dia pn rapuh..i xtahu la sbb apa..adakah sbb ubt2an y diambil oleh ank i tu buat gigi dia rapuh??dia bkn mkn gula2 n coklat..harap ummu dapat bantu jelaskan apa y i nk tahu ni..
Posted by ummusaif on 03/07/2010 at 10:35 am
err, saya tak berapa pasti ttg kaitan kedua nya.
namun mmg ada budak2 yg menghadapi gigi rapuh. kadang2 disebabkan oleh keturunan. mungkin elok berjumpa dgn dentist utk pandangan.
Posted by iman amani on 04/07/2010 at 8:23 pm
tq ummu..ttg penyakit my princess tu..apa plk tu ek??klu dmm..sawan xmenyerang plk.. bila dia sihat..baru sawan dia dtg..ubat2an dh mkn..selang 2minggu mesti sawan dtg balik..boleh bgtahu i..apa sbbnya..i seakan give up..
Posted by ummusaif on 04/07/2010 at 8:33 pm
kalau EEG dah sahkan dia epilepsy (sawan disebabkan over production of brain electrical activity), then mostly mmg kena bergantung pada ubat.
Unfortunately bukan semua yg 100% respon kepada ubat. Kerana itulah para doktor akan cuba byk ubat mengikut hirarki ubat sawan. Majoriti simptom akan controlled ny medications, tapi mungkin masa akan menentukannya. Dengan kata lain, harap puan bersabar.
Selain dpd ubat, ialah langkah pencegahan. Kena tahu apa yg selalu trigger sawan anak, seperti penat, demam dll. Cuba cegah trigger ini.
Posted by ifa on 05/07/2010 at 1:24 pm
salam..ummu..
sy ada sdikit kemusykilan..ank sy bru berusia 3bln..dia lahir tak ckup bulan pd kndungan 33mgu.. dia akan tiba2 menangis, mata juling dan tangan menegang, lepas da lme skit dia tdo..dalam sminggu tu msti de 1x @2x dia jd cmni..sy da bwk berubat mcm2 ustaz n bmoh tetapi keadaan msih tak berubah..sy juga tak psti smaada ank sy kena sawan @ kena gangguan..
Posted by ummusaif on 05/07/2010 at 3:29 pm
Bawak lah berubat ke doktor perubatan juga… (bunyi macam sawan tu..)
Posted by Ainu on 05/07/2010 at 3:51 pm
Salam Kak Muna,
Saya mohon jasa baik kak muna untuk memohon alamat emel kak muna kerana saya ada satu permasalahan peribadi yang memerlukan saya minta pendapat dan nasihat dari Kak Muna. Terima Kasih.
Posted by Cik Harliza Bt Puteh Mohd on 15/07/2010 at 9:08 pm
assalammualaikum ummusaif,
Saya sebenarnya ingin mendapatkan pandangan drpd puan mengenai situasi saya ini, untuk makluman puan saya didapati menghidap penyakit epilepsy sejak Jun 1999 sehingga kini saya masih berulang ke Hospital Tuanku Jaafar,seremban bagi mendapatkan rawatan.
Komen yg saya perolehi drp Dr yg merawat saya memuaskan dimana mereka menyatakan penyakit saya ini semakin beransur sihat namun saya kurang merasa demikian kerana adakalanya saya jatuh pengsan di pejabat mahupun rumah.hal ini sering terjadi apabila saya datang bulan. Untuk makluman Puan saya mengunakan ubat anti epilepsy iaitu “Cabramazepine”.
Mmg saya akui selama saya menghidap penyakit ini self confident saya agak menurun, saya rasa rendah diri di pejabat juga lebih2 lagi selepas saya sering pengsan di pejabat.puan saya juga akan melangsungkan perkahwinan saya hujung tahun ini,kpd bakal suami & keluarga bakal mertua saya telah saya jelaskan situasi diri ini. Soalan saya disini ialah :-
a. Mampukah penyakit saya ini sembuh sepenuhnya kerana tiada dalam sejarah kesihatan ibu &
ayah saya yg menghidap penyakit ini.
b. Benarkah seperti yg saya dengar drp kakitangan hospital sekiranya saya ingin mempunyai cahaya
mata sendiri peluang untuk saya itu adalah tipis dgn penyakit yg saya hadapi ini.
c. Apa yg perlu saya lakukan untuk mengelak saya pengsan di tempat2 yg tidak sepatutnya (lebih2 lg
sekiranya saya bersendirian)
Puan saya harap puan dapat membantu saya dlm menangani masalah kesihatan saya ini disamping meningkatkan self confident diri saya ini. sekian ,terima kasih.Semoga Allah merahmati Puan.
Posted by asma irdina on 18/07/2010 at 1:21 pm
akum..
saya nak tanya,sawan selalunya disebabkan apa ini kerana anak saya sekarang sudah berusia 4 bulan mengalami sawan. ia berpunca daripada suntikan semasa berusia 2 bulan. selepas suntikan dalam 3 hari kaki anak saya sebelah suntikan mengalami tarikan. semakin lama ia jadi kedua-dua belah kaki dan selepas itu menjadi satu badan…dalam sehari anak saya jadi dalam 5,6 kali. semasa tidur pun anak saya jadi nak tarik juga. saya ada bawa anak ke hospital tetapi ia jadi semakin kerap apabila di rumah ia tidak menjadi sekerap di hospital malah anak saya terpaksa berpuasa semasa di tahan di hoapital. saya nak tahu apa sebenarnya punca anak saya jadi begitu selepas di suntik ini kerana telah banyak kes yang saya kaji,selepas suntikan ramai kanak-kanak mengalami kekejangan otot. bukankah suntikan ini mencegah pencegah…ini boleh membahayakan kanak-kanak.
Posted by shima on 25/07/2010 at 6:03 pm
saya nak tanya ummu, saya sudah berkahwin. skrg masalah suami saya.suami saya berumur 36 tahun. sebelum ini dia tidak pernah megalami sawan. semasa dia sedang tidur dia megalami kekejangan. seolah tidak sedarkan diri. saya cuba panggil tapi seolah2 tidak dengar suara saya. adakah itu di namakan sawan. saya ader tanya kan suami saya sebelum berkahwin dengan saya adakah dia pernah magalami sawan. tapi dia kata tidak pernah. saya nak tahu bagaimanakah rawatan di hospital lakukan untuk megetahui ia adalah sawan atau tidak. apa maksud EEG itu. dan apakah cara rawatannya.
Posted by ummusaif on 25/07/2010 at 10:52 pm
salam.
bunyi macam sawan. utk confirm kena buat EEG.
Utk buat EEG, puan kena bawa suami berjumpa dgn doktor pakar perubatan (medical specialist) di hosp besar/ hosp pakar.
EEG adalah rakaman video dan gelombang otak semasa pesakit tidur dan juga kadang2 semasa sedar. Utk merakam aktiviti di dalam otak.
rawatan sawan, ialah selepas mendapat confirmation.