Kemalangan di Kalangan Kanak-Kanak


BA00846

Salam semua.

Maaf lah saya lama tak menulis. Agak sibuk dalam sebulan ini. Sejak masuk kerja ni, saya selalu kerja syif petang. Maka, saya selalu tidak sempat menulis kerana kebiasaannya saya akan menulis pada waktu malam.

Hmmm, macam-macam yang berlaku dalam tempoh sebulan ini. Dengan sambutan Hari Raya, rumah terbuka, peperiksaan akhir Yop dan yang terbaru, pemergian anak sahabat buat selama-lamanya. Sungguh penuh pancaroba.

Bila saya teringat kisah anak sahabat saya tu, baru saya perasan rupa-rupanya ramai pula yang mengalami insiden anak kecil mereka jatuh dan terhempap kepala. Ramai yang bertanya apa yang perlu dibuat jika berlaku sedemikian rupa.

Dua malam sudah, ada seorang ibu membawa anaknya yang berumur 3 bulan ke Jabatan Kecemasan PPUKM selepas anaknya terjatuh dari buai henjut setinggi 3 kaki dari lantai. Bayi tersebut jatuh lalu terhempas kepalanya terus ke lantai. Apa yang menghairankan saya, tiada sebarang tilam atau alas diletakkan di bawah buaian tersebut.

Bayi itu tidak mengalami sebarang luka yang boleh kelihatan dan kemudiannya beliau tidur seperti biasa.

Namun, di atas rasa tidak sedap hati (instinct) seorang ibu, bayi itu dibawa ke hospital untuk dilakukan pemeriksaan walaupun tiada tanda-tanda luka yang kelihatan. Alhamdulillah, para doktor di Jabatan kecemasan berjaya merujuk kes tersebut kepada pakar kanak-kanak kerana mekanisma kemalangan tersebut terlalu siknifikan walaupun bayi tersebut tidak atau belum menunjukkan tanda-tanda yang merbahaya.

Baru-baru ini juga ada seorang ibu yang membawa anaknya yang berumur 10 tahun setelah muntah-muntah dan sakit kepala di rumah. Khabarnya, 5 jam sebelum anaknya sakit, anaknya telah terlibat dengan kemalangan jalan raya yang hanya disaksikan oleh rakan-rakan sekolah. Sewaktu sampai di rumah, anaknya cuma mengalami benjol di kepala dan luka-luka di tangan. Si ibu terpaksa menunggu ayah pulang kemudian barulah membawa anaknya ke hospital.

Imbasan CT otak (CT Brain) mengesahkan kanak-kanak tersebut mengalami pendarahan di kepala.

Poin yang sangat penting di sini ialah mendapatkan pemeriksaan awal terutama apabila melibatkan bayi dan kanak-kanak. Jangan melewat-lewatkan sebarang tindakan seperti “saya kena tunggu suami balik, baru boleh bawa anak ke hospital” dan sebagainya. Jangan lupa kerajaan kita telah memperuntukkan perkhidmatan ambulans yang percuma sepanjang 365 hari dan 24-7.

Akan bersambung..

UMMUSAIF.COM
68000, Ampang.

About these ads

26 thoughts on “Kemalangan di Kalangan Kanak-Kanak

  1. ramai ibu bapa yang xambil kisah pada anak yang mengalami kemalangan yang tiada kesan injury luaran…lebih-lebih lagi ibu bapa yang duduk di luar bandar….agaknya pihak bertanggungjawab kene buat iklan, kempen etc yang boleh memberi sedikit ilmu kepada mereka…

  2. Assalamualaikum. perkara ini sentiasa bermain di fikiran saya setiap kali anak terjatuh. tetapi apabila persoalan ini dirujuk kepada dr pakar, dr sendiri menyatakan tidak perlu risau melainkan jika ada tanda2 demam tiba2 dan muntah2..bukan seorang, malah hampir setiap dr yg saya temui menyatakan begitu.. betul ke begitu.. saya pernah tanya ttg ct scan, tapi dr tak galakkan sbb budak2 tak reti duduk diam..saya percaya setiap ibu bapa risau ttg ini.. ttp tiada sumber rujukan yg ‘kukuh’.

    • @Alam,

      mmg utk buat ct brain bergantung kpd symptoms and signs. bukan semua kes buat. ada yg kita observe dulu progress patient then baru kita buat ct.
      Doctor’s assessment is dynamic dan tidak rigid.

      poin di sini ialah early assessment by doctor. Then, doctor will decide to ct scan or not.

  3. Salam…
    Ana suka la artikel pasal kesihatan ni…
    Terima kasih, ustazah…
    Ana mengharap lebih banyak bahan ilmiah seperti ini di samping menambah pengetahuan di SaifulIslam.com…

    Bahagia selalu…
    InsyaAllah…

  4. Lamanya ummusaif tak menulis…

    Cakap pasal perkhidmatan ambulan percuma 24 jam ni, saya teringat mak yang sakit perut yang teruk dan mengalami pendarahan ketika membuang air besar.kebetulan ayah takda ketika tu. Saya telefon ambulance (Hosp Langkawi) tapi permintaan saya di tolak dengan alasan kes mak saya bukan kes kecemasan. kejadian tu berlaku pada awal pagi….

    jadi saya terpaksa minta tolong jiran untuk bawa mak ke hospital.

    macam mana dikatakan KES KECEMASAN tu?
    Atau sebenarnya driver ambulan tu malas sebab nak layan tidur kot…

    satu lagi kes kawan saya mengandung 6 bulan..mengalami bleeding yang teruk.pergi hospital besar batu pahat untuk cek..kebetulan dia memandu sorang jadi dia terus parkir kat kawasan kecemasan.dia dah pastikan dia tidak menyekat laluan ambulan dan berharap jika ya orng2 di jabatan kecemasan tu boleh bantu alihkan kereta. tapi dihalau oleh pengawal walaupun telah menerangkan keadaan dia dan dia terpaksa berjalan jauh dr tempat parkir awam ke jabatan kecemasan semula..

    bila di cek dr pelatih dr tak dapat jumpa punca. lalu disuruh balik. kawan saya ingin tahu kenapa berlaku pendarahan tapi dr pelatih jawab “kami tak dapat jumpa punca tapi kalau belaku pendarahan lagi datang semula. kita tengokla leh selamat atau tidak kandungan ni”..kawan saya sangat terkilan dengan jawapan tersebut. dia terus ke hospital swasta dan dc disitu memberi jawapan dengan baik….

    pengalaman diri sendiri dan kawan2 sekeliling menyebabkan saya tidak percaya pada doctor…

    tapi terpaksa gamble sajalah kalau jadi kecemasan sebab kita rasa dctr ada kepakaran.nasibla dapat doctor yang baik atau tak..

  5. utk call ambulans, polis, bomba atau JPA3, hanya dail 999.

    Panggilan anda akan dijawab oleh operator TM yg akan menyambung talian anda mengikut keperluan kecemasan dan area tempat tinggal anda.

    eg, setelah disambung pada ambulans/hospital, kes anda akan ditriaj (diperiksa mengikut tahap keseriusannya).

    Hanya kes akut sahaja yg selalunya dihantarkan ambulans.

  6. ummusaif, nak minta pendapat ni. My baby 1yr 6mnths ada jatuh beberapa minggu lepas terlentang dan belakang kepala kena bahagian tepi lantai (ni lantai yg tinggi rendah tu mcm tangga), jadi ada kesan merah dlm seinci, mula2 tu mmg dia nangis dan benjol jugak lah kawasan tu, tp takde simptom muntah ke apa. Kami assumed ok lah, sekarang ni bhgn yg merah mcm garisan tu dah jd color coklat, saya takut juga kalau ada effect apa2. Pada pandangan ummusaif, should consider jumpa doctor ke? Kami observed dia je takde muntah, demam, merengek ke dia ngadu sakit ke.

    Tq

  7. Salam. memandangkan sudah bbrp minggu dah berlalu dan baby pun takde sign dan symptoms of head injury spt muntah2, pengsan, tidak aktif, maka saya dr jauh ini mengatakan unlikely to be anything major or severe. kalau ada pun mungkin hanya lebam atau hematoma (small bleeding) di bahagian scalp (kulit kepala di luar tempurung kepala).

    Hematoma adalah collection of blood, can be small or big berdasarkan saiz benjolan.
    Warna asal (baru2) ialah kemerah2an, kemudian, coklat, kebiru2an, dan akhirnya ke kuning2an.

  8. sejak bujang kecil saya berlatih untuk berjalan banyak kali jugak dia terjatuh dan kepalanya terhantuk ke lantai. saya bimbang juga kalau ada bleeding dlm kepala dia. Alhamdulillah,setakat ini tiada sebarang sign or simptom atau benjolan yang nyata. Semalam anak saya cube turun dari katil saya sendiri dan dia terjatuh ke bawah dan dia seperti mengadu kakinya sakit. Setelah saya gosok2 sedikit dia terus bermain. Mengikut firasat Doc anak saya ok tak?

  9. assalamualaikum ummu saif,

    saya siti, saya ada beberapa soalan ingin saya tanyakan kepada ummu saif. tetapi, soalan ini agak privasi dan saya lebih senang bertanyakan secara privasi. boleh, ummu saif berikan saya email ummu saif. syukran jaziilan

  10. yep.. setuju… rawatan awal perlu…supaya kemudian hari tak menyesal… yg penting kita ingatkan diri ajal maut ditangan ALLAH.. kita hanya berserah…

  11. Saya teringat satu ketika dahulu, ketika 7 tahun, saya mengalami kemalangan hingga terjatuh ke dalam longkang.

    Hal ini menyebabkan saya terpaksa ke hospital seremban ke wad ICU.

    Saya termuntah-muntah, doktor mengatakan kepada emak (yang juga seorang farmasi) bahawa saya mengalami keadaan yang kritikal.

    Tak silap saya, saya mengalami gegaran otak..

    Saya tak ingat apa yang mak cakap, ikutkan nak adakan satu proses rawatan, namun kerana saya masih kanak-kanak, proses itu dibatalkan..

    Tak tahulah, setakat ni sehingga umur 19 tahun pun tak ada side effect, tapi ada kemungkinan tak pada masa-masa akan datang?

    Harap ummusaif mampu menjawab

  12. salam.

    kalau dh survive till 19 yrs old tu unlikely la ada complication baru bila dh besar.

    cuma maybe blh assess tahap pembelajaran saudara. adakah saudara average atau brilliant student. kalau average and below, mungkin ada kena mengena dgn kesan gegaran otak tersebut.

    Wallahu a’lam.

  13. aslmlkm..boleh saya nak tny, saya mengandung 7 bulan dan saya bleeding..saya akan masuk darah dalam lapan jam..selama saya masih berdarah (istihadah) ni solat saya bagaimana ye?

  14. UmmuSaif & fellow readers

    Cuma share experience of an accident to a child. Almost fatal. Saya & isteri memang control freak kalau anak2 di kolam renang. Adake patut satu bapa ni biarkan anaknye yang kecik main dalam kolam alone, dia baca paper. Naib baik ada sahabat yang nampak dan jerit pada saya tentang litlle girl ni yang dah tenggelam dalam air. Saya just pick up dan letak ke tepi. Pucat mukanya. Kalau tidak entahlah…sya dan isteri yang ngeri memikirkannya. Pastu dia sambung main semula. Point is, father dia tak jaga. SO, JANGAN BIAR ANAK2 KESEORANGAN BILA MAIN AIR, especially di usim cuti ni.

    • @abusaif fan,

      baru2 ni kami berehlah di Sunway Lagoon. Kami juga perhatikan bbrp insiden yg lbh kurang sama. Parents tak jaga masa anak2 bermain air. Seriau kami dibuatnya.

      Even air selama 2 kaki di dalam besen pun anak2 blh lemas, ini kan swimming pool!

  15. kita kena jaga anak seolah-olah kita rasa dia ada melekat di sisi kita.Anak adalah anugerah Allah.Klu bkn msk bapa sdiri yg nk jaga,sape lg kannnnnn??????

  16. Assalammualaikum..
    Anak saya brumur 3thn mpunyai sedikit benjolan didada kirinya..slepas x-ray, docter kta xde ape2..p
    doc still nak buat CT scan 4 ujikaji… pd pndapat puan patut kah sya buat CT scan untuk anak sya n apakah kesan ct scan pd kanak2? terima kasih..

    • Salam,

      saya pun tak berapa pasti. Bergantung kpd assessment doktor tersebut. Kalau dia rasa CT scan is warranted in guiding the diagnosis, maka mungkin kena buat. Risk of radiation mmg ada (sama seperti buat chest X ray). 1 Ct scan = beribu2 kali chest X ray. so radiation is thousands more.

      so tanya doktor, perlu sgt kah ct scan tu. kalau < 50%, maka maybe tak perlu. Dan blh dibiarkan sahaja bonjolan tersebut sehinggalah ia menunjukkan sebarang perubahan saiz, warna atau sebagainya.

  17. salam..saya ingin bertanya, lima hari yang lepas anak sy (2thn 2bulan) terjatuh di dalam bilik air dan berlaku luka di kepala sehingga memerlukan sedikit jahitan..masa jatuh anak sy takde simptom munta atau pengsan cuma menangis…anak sy tetap aktif dan berlari dan memanjat sana sini..lima hari kemudian, sekali lagi anak saya jatuh ketika bermain kereta mainannya dengan terlentang..dia menangis dan muntah sedikit..kebetulan sebelum terjatuh kami baru sahaja makan durian…selepas menangis dia merasa sakit di kepala dan kemungkinan terkena tempat jahitan…kemudian sy baringkan dia dan susukan (breastfeeding)..setelah 1 jam lebih kurang saya mengajak dia untuk tidur dan apabila dia bangun dia sedawa dan tiba2 muntah..kali ini muntah yg agak banyak…saya sebenarnya risau perlukah saya membawa dia untuk CT Scan…saya tidak dapat tidur kerana sy sentiasa perhatikannya..selepas muntah saya tidurkan dia dan sempat juga saya bertanya ttg kepala tp dia kata xsakit dah…apa pendapat puan? keesokannya saya lihat dia kembali aktif..namun saya tetap risaukan dia…

  18. Salam, saya nak bertanya ttg keadaan anak saya (umur 12 bulan). Khamis minggu lepas dia terjatuh dari sinki ke atas lantai (saya hantar anak saya ke nurseri), tapi saya diberitahu hal yang sebenar 2 hari kemudian. Saya saya tidak muntah dan sejurus lepas kejadian terus menangis, mungkin sebab terkejut. Saya dh ke emergency utk buat CT Scan, dan result mengatakan ok. Tapi saya risau tentang keadaan anak saya di masa akan dtg, ttg gegaran yg di alami, sbb menurut pengasuh nurseri tu, dia jatuh terlentang. Anak saya baru dpt berjalan. Buat masa sekarang dia nampaknya dalam keadaan normal, kembali aktif dan minum susu seperti biasa..tapi saya masih risau. Boleh tolong bantu saya. Terima kasih banyak. salam

  19. anak saye br nak masuk 1 tahun. agak selalu dia jatuh terlentang coz baru dpt berjalan. kadang2 main dgn abangnye, tertolak and then jatuh. suka panjat katil pas tu nk turun jatuh. of coz la jatuh kena bahagian kepala. dia akan nangis masa tu juga pas tu berhenti. dia x de muntah2 ke demam atau darah. i anggap tu ok lah. tapi nk tanye is it ok kalau selalu sgt jatuh mcm tu?? kesan masa hadapan? coz kita x boleh selalu nk perhatikan dia. ;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s