Cempedak Spesial Kak Uda


Cempedak_opened1

Sabtu lepas, kami sekeluarga balik kampung di Ipoh. Sebenarnya sudah 8 bulan saya tidak balik Ipoh. Anak-anak pula kali terakhir balik Ipoh adalah pada Raya Aidilfitri tahun lepas. Ini semua gara-gara alah semasa mengandung yang membuatkan saya tidak larat untuk travelling jauh-jauh.

Anak-anak bukan main lagi gembira dapat balik ke kampung. Di sebelah Manjoi, 4 keluarga adik beradik saya juga menanti di Manjoi selain ayah yang sudah uzur. Riuh rendah rumah ayah dibuatnya dengan separuh daripada 32 orang cucu ayah. Seperti balik raya pula jadinya. Alhamdulillah, hilang rindu semua orang.

Balik kali ini saya dapat merasakan menu baru Kak Uda iaitu isteri abang saya, Uda. Beliau memang pakar dalam urusan masak memasak termasuklah memasak untuk kenduri kendara. Beliau sedang membuat resepi baru untuk buah cempedaknya yang banyak dipungut dari kebun di Bota Kiri. Oleh kerana ini bulan puasa, maka beliau cuba untuk membuat sesuatu agar buah cempedaknya habis dimakan orang.

Akhirnya beliau memilih untuk membuat puding cempedak.

Puding cempedak sangat anak dan unik sekali. Ia merupakan puding lain dari yang lain. Kerana saya penggemar manisan, maka saya telah makan beberapa sewaktu berbuka puasa dan juga semasa sahur.

Resepi puding cempedak ini wajar dikongsi bersama dek kerana keunikan rasanya.

Puding Cempedak.

Bahan-bahan:
3 biji telur
400g/450ml susu cair (1 tin)
2 oz gula halus
1 sudu kecil Perisa vanila (vanilla essence)
Buah cempedak

Cara-cara membuat:
1. Pukul telur.
2. Kemudian campurkan bahan-bahan lain.
3. Masak campuran di dalam periuk menggunakan api kecil selama 10-15 minit (jangan guna api kuat sehingga boleh sebabkan telur berketul2). Kacau perlahan-lahan untuk larutkan gula.
4. Kemudian masukkan campuran yang sudah dimasak tadi ke dalam bekas-bekas acuan aluminium/pyrex kecil.
5. Letakkan buah cempedak ke dalam setiap bekas acuan.
6. Susun bekas-bekas acuan tadi ke dalam loyang yang berisi air.
7. Kemudian masukkan loyang ke dalam oven (preheated) selama 45-60minit dengan suhu 190°C.
8. Apabila puding sudah keperang-perangan atau campuran tadi sudah separa kenyal (diuji dengan garpu), maknanya puding telah masak.
9. Sejukkan puding di dalam peti ais. Sedia dijamu pada waktu iftar dan moreh.

Pulang ke Kuala Lumpur, saya menghadapi kesukaran mencari buah cempedak di mana-mana. Akhirnya saya menggantikan cempedak dengan buah pic. Walaupun rasanya tidak seunik cempedak, puding pic tetap menjadi kesukaan saya. Insya Allah, next time

Selamat mencuba!

UMMUSAIF.COM
68000, Ampang.

17 thoughts on “Cempedak Spesial Kak Uda

  1. Seumur hidup memang tak pernah lagi makan puding cempedak. Cempedak goreng selalu le..belakang rumah ayah di felda banyak. InsyaAllah boleh cuba balik Malaysia nanti.

    Saya memang penggemar apa jua jenis puding. Terima kasih berkongsi resepi, Ummusaif.

    Salam ukhuwwah dari saya.

  2. Salam Ummu Saif,

    nak confirm..cempedak tu masuk dengan biji sekali ke buang biji? *nampaknya dapat reply lepas raya kot ni..hehe. Salam Aidilfitri untuk Ummu Saif dan keluarga*

  3. As salam. nak cuba buat la…. nak tanya bakar dalam ocen (preheated) camna? Saya ni baru nak belajar masak….. so tak tau sangat bab istilah masak ni. Tk.

Leave a reply to sinar Cancel reply