Alhamdulillah Atas Segala Nikmat

IMG_0100

Hari ini seperti yang ditetapkan, saya telah pergi ke rawatan susulan sakit puan di PPUKM. Sebelum berjumpa dengan doktor pakar, imbasan ultrasound (ultrasound scan) ke atas kandungan saya telah dilakukan.

Sementara menanti giliran, saya dan suami berbual-bual mengisi masa. Bercerita tentang keseronokan beliau membaca novel Laskar Pelangi.

Hairan juga saya melihatnya, hubby bukanlah seorang pembaca novel. Namun dek penangan Laskar Pelangi yang sesuai dengan jiwanya, khusyuk benar beliau membaca.

DRAMA SWASTA

Sempat juga melihat gelagat sepasang suami isteri di sebelah kami yang bergaduh. Ya, bergaduh… di hospital.

“Hisyy… lambatnya. Orang nak beli barang ni!” kata si suami.

Mengeluh menunggu giliran isterinya dipanggil masuk.

“Hah, kalau dah jemu, pergilah balik. Tak payah ikut sekali. Biar orang mati ke, apa ke kat sini, tak payah peduli. Pergi la. Hospital kerajaan memang macam ni. Kalau malas tunggu buat apa ikut? Pergi le. Biar orang balik sendiri. Tak payah tunggu!!!” kata si isteri, macam popcorn gayanya.

Suami yang agaknya berasa malu dengan leteran isteri, terus bangun mencapai topi keledar.

“Hah, nak pergi mana tu?” tanya si isteri.

“Dah awak suruh balik, saya baliklah!” kata si suami dan terus berlalu pergi.

Saya dan suami hanya menggelengkan kepala. Laskar Pelangi diletak ke tepi dan suami mengajak saya bermain Inspector Gadget di iPHONE beliau.

Prof. lambat memanggil saya kerana sedang mengajar student barangkali.

Kata suami, salah satu cara Allah mengazab ahli maksiat di Padang Mahsyar nanti ialah dengan membiarkan mereka menunggu.

“Perbuatan menunggu itu secebis dari azab”, kata pepatah Arab.

SETELAH SEJAM LEBIH

Alhamdulillah, scan menunjukkan uri (placenta) saya telah naik ke upper segment, dengan kata lain tiada lagi placenta praevia. Kepala bayi juga telah berada di bawah (cephalic presentation), di samping berat bayi dianggarkan kira-kira 2.82kg. Untuk minggu ke 35 ini, anggaran berat berkenaan adalah normal untuk bayi.

Alhamdulillah, segala-galanya telah menjadi normal. Saya sangat bersyukur ke hadrat Ilahi. Terima kasih di atas doa kalian semua.

Insha Allah, saya akan kembali bekerja seperti biasa mulai esok. Namun, saya cuma akan bekerja 8-5pm Isnin hingga Jumaat dan bukannya bekerja syif di Jabatan Perubatan Kecemasan.

Bilakah cahaya mata keempat kami akan tiba?

Saya menantinya dalam rutin kerja, dengan penuh debaran.

UMMUSAIF.COM
68000 AMPANG

26 responses to this post.

  1. Posted by ain on 25/06/2009 at 6:39 pm

    alhamdulillah…

    kagum dgn ummu..bila baca ni.teringat kat ibu sendiri..macam ni kan.. masa nak lahirkan kita =)

    Reply

  2. Salam ummu, harap smuanya berjalan lancar..amin:)

    Reply

  3. Askum

    Semoga Ummusaif dimudahkan kelahiran, diberi kesihatan memuaskan dan diberi ketenangan menghadapi saat-saat menyambut kelahiran permata yang ke-4.:)

    Take care

    Reply

  4. Posted by kamal on 25/06/2009 at 10:01 pm

    Ustaz pun suka Laskar Pelangi, hehe. Memang best, rasa mcm menonton filem pulak. Sekarang tengah nak habiskan buku ke-3 Edensor.

    Reply

  5. Salam…

    buat ummusaif… Alhamdulillah.. semoga Allah memudahkan segala urusan akak…

    hmm… ustaz suka baca buku laskar pelangi tu yer… cuba tengok cd laskar pelangi juga… memang seronok… perjuangan untuk menaikkan taraf pendidikan biarpun berada di dalam kesempitan dan kekurangan.. namun dengan semangat laskar pelangi segalanya dapat diatasi…

    pengetua sekolah dlm cerita laskar pelangi tu suka cakap… hidup perlu banyak memberi bukan menerima.. sama macam kata2 ustaz… erti hidup pada yg memberi…

    Reply

  6. salam,
    Alhamdulillah…segalanya kembali normal. Moga ummusaif selamat melahirkan cahayamata ke-4 dengan mudah.

    Reply

  7. Alhamdulillah.. moga proses bersalin nanti lancar!

    Reply

  8. alhamdulillah :)
    semoga dipermudahkan kelahiran anak ke-4 dan semoga selamat dan sihat ibu dan bayi, insyaAllah..

    Reply

  9. Posted by g on 26/06/2009 at 3:16 pm

    Alhamdulillah..so happy to hear the good news ..g doakan semuanya dipermudahkan…

    Reply

  10. Salam,

    Alhamdulillah~semoga semuanya dipermudahkan lagi ~

    Barakallah Ummu saif(^_^)!

    Reply

  11. Mmm…semoga dipermudahkan ALLAH.

    Reply

  12. Posted by yanti on 28/06/2009 at 9:22 pm

    alhamdulillah :) ..sy tumpang gembira..insyaallah..semoga Allah permudahkan segala urusan seterusnya..

    Reply

  13. salam ummusaif
    dah nak masuk empat rupanya. semoga sihat selamat sehingga melahirkan.
    insya-Allah

    Reply

  14. Posted by ummualya on 29/06/2009 at 11:47 am

    Suspen juga menunggu baby..
    Kawan pejabat saya juga menunggu kelahiran anak; sama date due dengan ummu..juga diuji ALLAH dengan komplikasi peringkat awal dengan mengandung luar rahim.

    Semuga ALLAH swt. memudahkan dan memberi keselamatan dan kemudahan kepada ummusaif dan staf saya juga.. hanya doa dari jauh.

    Reply

  15. Posted by Alang on 01/07/2009 at 10:47 am

    salam ummu saif…alhamdulillah..moga di mudahkn urusan…

    nak mnta..bole tak tlg elaborate..

    “Perbuatan menunggu itu secebis dari azab”, kata pepatah Arab.

    ummu saif or abu saif..either one laa..

    Reply

    • @Alang,

      Salam.

      just imagine kita semua menunggu di padang mahsyar yg tak tahu ada ke siang malamnya. Jika tiada siang atau malam, berapa pulak hari, minggu atau bulan. Sesuatu yg tidak pasti tempohnya itu cukup mengazabkan. Begitulah sebahagian azab Allah sebelum azab neraka bg mereka yg berdosa.

      Reply

  16. Posted by nurindah on 02/07/2009 at 8:35 am

    salam perkenalan. semoga semuanya berjalan lancar. Amin..

    Reply

  17. Posted by umiecuie on 03/07/2009 at 11:54 am

    alhamdulillah…

    Reply

  18. salam ummu saif…smg segala2nya akan selamat..amiinnn…

    Reply

  19. Salam Ummu Saif.

    Semoga dpt melahirkan dlm keadaan yang baik. Saya juga sedang menunggu kelahiran… bayi kedua/5 x hamil :) . Now 30 minggu. Semoga Allah permudahkan urusan kelahiran saya juge :)

    Reply

  20. Alhamdulillah..mga dipermudahkn hingga kelahiran..

    btw..laskar pelangi menarik :)

    Reply

  21. salam ummusaif..

    alhamdulillah..syukur juga saya mendengarnya…

    dulunya placenta previa & breech presentation…dan kini sudah normal..
    ummusaif ada buat ape2 ke yg jadi normal blk..?(dah lama x bertandang,xtau cerita..maaf)
    segalanya dgn izin Allah kan..Allahu akbar~!

    laskar pelangi mmg best..tp bru tgk filem,bkunya belum..he.malas pula rsanya nak baca:)

    may Allah bless u~

    Reply

  22. Posted by Ummu Yusra on 11/07/2009 at 4:32 am

    Salam Ummu Saif,

    Alhamdulillah..

    Semoga selamat semuanya..

    Reply

  23. wahhh..bestnya nak ada baby…
    17 days more to go…=)

    Reply

  24. wahhh..bestnya nak ada baby…
    17 days more to go…
    semoga berjalan lancar,harap2 ibu dan anak selamat…..=)

    Reply

  25. Posted by Mazidah on 14/07/2009 at 4:17 pm

    Salam Ukhuwah

    Semoga Ummu Saif Selamat Melahirkan Baby Yg ke 4 dan DiLimpahi Dengan Kasih Sayang Yang Berkekalan Dari Allah S.W.T….

    Reply

Respond to this post