
Ummi, ustazah kata tak baik cakap AH1N1
Hari ni saya bercuti.
Setelah 4 hari berturut-turut menjadi Team Leader dan juga oncall, akhirnya saya bercuti. Alhamdulillah.. Saya guna sepenuhnya cuti saya untuk mengumpul kembali tenaga fizikal dan menguruskan sedikit sebanyak urusan rumah dan keluarga yang tidak sempat diurus sepanjang kesibukan saya beberapa hari yang lepas.
Terlalu banyak perkara yang berlaku di sepanjang 4 hari yang berlalu itu. Di antaranya menguruskan beberapa kes disyaki sebagai jangkitan virus H1N1. Prosedur dan protokolnya renyah namun sangat penting dan wajib diberi prioriti yang tinggi. Alhamdulillah, setakat ini semua kes yang disyaki adalah negatif.

Selsesamu diberi nama saintifik, berbanding selsema burung, lembu gila dan demam kura-kura
Ini adalah di antara kriteria yang diguna pakai oleh pihak PPUKM untuk menyaring pesakit-pesakit yang mungkin dijangkiti dengan virus ini:
Kriteria A (semua):
- Mempunyai simptom-simptom seperti batuk, selsema, masalah pernafasan, sakit-sakit badan dan sendi, cirit-birit atau muntah.
- Demam dengan suhu melebihi 38.0ÂșC
Kriteria B (sekurang-kurangnya satu):
- Perjalanan ke negara Mexico dalam tempoh 14 hari yang lalu.
- Perjalanan ke negara-negara yang lain yang mempunyai kes yang disahkan positif dengan virus ini dalam tempoh 14 hari yang lalu.
- Mempunyai contact dengan sesiapa yang disahkan dijangkiti dengan virus H1N1.
Berdasarkan kriteria-kriteria di atas, saya pasti ia akan menimbulkan banyak tanda tanya dan kemusykilan terutama di kalangan mereka yang sering berulang alik ke luar negara serta pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara terutamanya di United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Jadi, di sini saya menasihatkan, para pembaca sekalian agar tidak panik. Hanya mereka yang memenuhi kriteria-kriteria di atas sahaja yang wajib disaring di hospital (dan bukannya di mana-mana klinik).
Bagi mereka yang bercadang untuk ke luar negara pula, anda tidak dihalang daripada berbuat demikian, namun adalah dinasihatkan agar tidak mengikuti mana-mana konferens antarabangsa atau perhimpunan orang ramai di dalam tempat yang tertutup. Ini adalah kerana tempat-tempat seumpama ini mudah bagi pencemaran air liur (water droplets) tersebar apabila manusia berinteraksi sesama mereka.
Penganjur-penganjur Spring Gathering, Summer Gathering hingga ke Winter Gathering, mungkin kena tambah agenda dalam mesyuarat anda!
UMMU SAIF @ www.ummusaif.com
68000 Ampang
Posted by cactus277 on 06/05/2009 at 12:54 am
Tajuk entry kali ini interesting..hihi
Tapi, yg peliknya..certain non-Muslim masih ‘membela’ dgn binatang AH1N1 ini. Bahkan mereka rasa ‘senang hati’ makan AH1N1 ketika ini.
Main reason due to the infection cant trasmit frm food-borne. adeyh..
Posted by NaUpm on 06/05/2009 at 6:54 am
Salam..kelakar tajuk dr ni…
Posted by iera on 06/05/2009 at 7:17 am
salam doct..
recently dgr dlm berita, researcher ckp xde kaitan pun actually kandang babi kt mexico tu ngn virus baru ni..jd kriteria kedua tu maseh on ke doct? tq^_~
Posted by ummusaif on 06/05/2009 at 7:43 am
Kriteria kedua tu on bcoz la ni transmission is via human to human.
Posted by fahimihusain on 06/05/2009 at 9:20 am
salam..ummusaif…nk tanya kt ukm ada offer M.Med utk emergency med ker?
Posted by ummu_hafiy on 07/05/2009 at 2:36 am
Alhamdulillah, setakat hari ni, belum dengar lagi berita disekitar Leeds, risau jugak. Semoga Allah lindungi kita semua dari wabak penyakit berjangkit ni.
Posted by iera on 07/05/2009 at 3:01 am
thnks doct 4 d info=) sambil2 ade bhn muhasabah diri kat cni, ade jgk latest news regarding health y supposely all medical students should know. em, betul..byk2 doa kat Dia.
Posted by saif shah on 08/05/2009 at 10:45 pm
salam… jazakillah dr muna atas ingatan…
mmg kena tambah agenda niyh nak wat prgm kat overc nii…
alhamdulillah, stakat ni br 1st case confirmed kat south poland…
doakan semua student2 malaysia di cni selamat… insyaAllah..
Posted by amalina on 19/05/2009 at 7:11 pm
kat japan, semua tak pakai istilah swine flu atau selsema b***
pakai istilah shingata infuruenza= new type influenza.
kat college saya pagi tadi dah kuar arahan kepada semua class teacher untuk check keadaan semua student every morning.