Poligami Rasulullah Bukan Ayat-ayat Cinta



Gambar hiasan

Berdasarkan buku  Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Istri oleh Ustaz Cahyadi Takariawan:-

  • Rasulullah berpoligami setelah baginda berumur 53 tahun.
  • Rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun.
  • Rasulullah sentiasa terkenang-kenangkan zaman monogaminya dengan Khadijah sehingga Aisyah cemburu walaupun Khadijah telah lama wafat.
  • Rasulullah pernah membatalkan pertunangan menantunya Saidina Ali (suami Fatimah) dengan puteri Abu Jahal.  Kata Baginda,

“Meragukan aku apa yg meragukan Fatimah dan menyakitiku apa yang menyakiti Fatimah.” (HR. Bukhari dan Muslim). 

  • Anas menceritakan bahawa Aisyah dan Zainab bertengkar sehingga bersuara keras, padahal sudah terdengar azan solat. Abu Bakar lewat dan terdengar suara pertengkaran mereka maka dia berkata, “Keluarlah wahai Rasulullah, dan taburkan tanah ke dalam mulut mereka”. Nabi SAW keluar dan Aisyah berkata, “Sekarang Nabi sedang menunaikan solat.” Abu Bakar datang dan melakukan sesuatu terhadap Aisyah seraya mengecam dengan keras, “Apakah pantas kamu melakukan ini?” (HR. Muslim).
  • Daripada buku Aisyah Keunggulan Sebenar: Kisah di atas diriwayatkan oleh Muslim. Pada suatu malam, Zainab datang ke rumah Aisyah. Pada masa itu, rumah-rumah belum diterangi lampu. Kemudian nabi masuklalu menghulurkan tangannya kepada Zainab tanpa sengaja. Aisyah terus berkata, “Itu Zainab”. Nabi segera menarik tangannya. Aisyah dan Zainab bertengkar dengan nada yang tinggi. Pada masa itu azan juga berkumandang. Abu Bakar yang sedang menuju ke masjid terdengar pertengkaran Aisyah dan Zainab. Abu bakar pun berkata, “Wahai pesuruh Allah, marilah kita ke masjid, lemparkan pasir ke mulut isteri-isterimu.” Nabi Muhammad pun keluar bersembahyang, Aisyah dengan cemas berkata, “selepas pesuruh Allah bersembahyang, mesti Abu bakar akan datang memarahiku.” Selesai sembahyang, Abu bakar benar-benar datang lalu memarahi Aisyah dengan keras, ‘Mengapa anakanda melakukan hal itu kepada pesuruh Allah?”
  • Kisah yang lain di apabila Aisyah cemburukan madunya Zainab binti Jahsi, bahawa Aisyah berkata, “Beliau (Rasulullah) berada di sana melebihi waktu saya maka saya cemburu.” Aisyah kemudiannya berunding dengan Hafshah bahawa siapa saja isteri Nabi yang didatangi baginda, beliau harus mengatakan, “Sesungguhnya aku mencium bau maghafir (getah manis yg baunya tidak enak) padamu, apakah engkau habis minum maghafir?” Maka setiap isteri baginda berjumpa baginda, mereka akan bertanyakan soalan yang sama. Nabi berkata, “Tidak apa-apa, saya tadi minum madu di rumah Zainab dan saya tidak akan mengulanginya lagi.” Maka turunlah ayat Allah: (At-Tahrim: 1-4)

Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yg Allah halalkan bagimu: kamu mencari kesenangan hati isteri-isterimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepadamu sekalian membebaskan diri dari sumpahmu dan Allah adalah Pelindungmu dan Dia Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahsia kepada salah seorang isterinya (Hafshah) secara peristiwa. Maka tatkala (Hafshah) menceritakan peristiwa itu (kepada Aisyah) dan Aisyah memberitahu hal itu (perbicaraan Hafshah dan Aisyah) kepada Muhammad lalu Muhammad memberitahu sebahagian (yang diberitakan Allah kepadanya) dan menyembunyikan sebahagian yg lain (daripada Hafshah).
Maka tatkala (Muhammad) memberitahukan perbicaraan (antara Hafshah dan Aisyah) lalu (Hafshah) bertanya, “Siapakah yang telah memberitahukan hal ini kepadamu?” Nabi menjawab, “Telah diberitahukan kepadaku oleh Allah yg Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.
Jika kamu berdua (Aisyah dan Hafshah) bertaubat kepada Allah maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (utk menerima kebaikan), dan jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang mukmin yang baik, dan selain itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula.

  • Kisah Nabi Ibrahim iaitu kebencian Sarah terhadap Hajar sehinggakan Nabi Ibrahim terpaksa membawa lari dan meninggalkan Hajar di kawasan yang terpencil, jauh dari Sarah. Ibnu Abbas menceritakan, “Perempuan yg mula-mula mengenakan minthaq (pengikat pinggang) adalah Ummu Ismail (Hajar). Ia memakai minthaq untuk menghilangkan jejaknya terhadap Sarah.” (HR. Bukhari)

KESIMPULANNYA:

  • Rasulullah berpoligami bukan untuk tujuan cinta atau seks dan nafsu. Baginda berpoligami setelah berumur 53 tahun dan semua isteri Baginda merupakan janda dan balu kecuali Aisyah. (Ada juga ulama mengatakan Maryam, seorang wanita mesir juga salah seorang isteri Nabi. Beliau seorang perawan dan melahirkan seorang anak, namun anak Nabi tersebut meninggal ketika bayi).
  • Anak-anak Rasulullah dibesarkan dalam suasana monogami. Ini satu fakta yang majoriti kita terlepas pandang akan hikmah dan rahsianya. Hanya Fatimah sahaja yg masih hidup sehingga waktu Rasulullah berpoligami. Itupun Fatimah sebenarnya seusia dgn Aisyah (sudah dewasa) ketika itu.
  • Kisah di atas menunjukkan para Ummul Mukminin juga wanita biasa yg mempunyai perasaan yang fitrahnya ada sifat cemburu. Allah sama sekali tidak memadamkan sifat sebenar mereka daripada al-Quran utk kita ambil iktibar. Jika para Ummul Mukminin yang mulia mempunyai sifat sedemikian, bagaimana pula kita? Adakah kita mampu elakkan semua sifat-sifat wanita fitrah kita?
  • Begitu juga tatkala Rasulullah pada asalnya cuba memujuk isteri baginda masa bila baginda berjanji untuk tidak akan ke rumah Zainab lagi, tetapi telah ditegur dan dinasihati oleh Allah SWT. Bayangkan Rasulullah sendiri membuat kesilapan tetapi mempunyai Allah dan para malaikat untuk memberi petunjuk secara terus dan telus. Siapa pula yang mampu menegur kita?
  • Rasulullah juga mencegah poligami tatkala Fatimah bersedih setelah mengetahui beliau akan dimadukan (tidak kena sebab berpoligami-mengundang kesedihan Fatimah). Maka, sudah tentu Rasulullah tidak redha dengan mana-mana poligami yang salah atau tidak kena tujuannya. Kesedihan isteri pertama untuk dimadukan tidak boleh diperkecil-kecilkan.
  • Disebut di dalam Quran, poligami Rasulullah di 10 tahun pemerintahan baginda yang penuh dengan peperangan dan penjajahan kawasan di mana pada zaman ini ramai janda dan balu. Tetapi, di dalam al-Quran dan Hadis tidak ada secara literal menyarankan atau menggalakkan poligami hanya disebabkan jumlah wanita ramai secara umum.

Marilah kita berfikir sejenak…

p/s: Perbincangan yang lebih luas boleh diikuti dengan membaca artikel Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Isteri di Saifulislam.com.

UMMUSAIF.COM
56000 Cheras

About these ads

115 thoughts on “Poligami Rasulullah Bukan Ayat-ayat Cinta

  1. islam itu syumul, melihat kepada keperluan umat islam secara keseluruhannya,tetapi tetap ada batasannya…

    secara realitinya di dlm masyarakat malaysia, saya melihat banyak kes2 yg mana poligami tidak byk membawa kebaikan malahan mencipta pelbagai masalah,kesan dr salah faham terhadap aspirasi poligami itu dibolehkan…….mungkin di masyarakat lain, lain ceritanya….kalau yg berjaya pun terlalu segelintir

    sekadar pandangan:D

    p/s betul ke kalu poligami dpt payung emas?sahih ke nas tu?sekdar bertanya jika tahu

  2. Salam. TK kerana memberi respon kepada entri yg berat ni.
    Actually, saya tidaklah bercita bg entri yg berat2 di awal usia blog ini. Cuma ini sahaja yg ada buat masa ni (telah ditulis lama).
    Tapi, yg pastinya takde hadith sedemikian rupa. InsyaAllah > 95% hadith palsu (kata2 ustaz) bcoz bahasa Org Arab takdak guna payung2 emas ni.
    Terserlah kemelayuannya! :P

  3. Wah, saya sebagai seorang lelaki, sungguh terkejut dengan isi-isi yang dikupas dari “Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Istri”.
    Oh, nampak gayanya, saya perlu dapatkan sebuah. Menarik.

    Terima kasih UmmuSaif.

  4. Assalaamualaikum.
    Terima kasih Ummusaif atas entri ini.Terasa ingin membaca pula buku tersebut.
    Cuma minta Ummusaif terangkan sedikit tentang cerita Anas berkenaan Aisyah dan Zainab boleh? sebab saya kurang faham scenario tersebut.
    jazakAllah.

    salam ramadhan!

  5. Saya pun bertanyakan pada Ustaz Hasrizal soalan yg sama bcoz hadith ni saya copy bulat2 dr buku tersebut. InsyaAllah ustaz akan cuba kupas lagi isinya di SIO. Ataupun saya cuba minta bantuan saudara Isa Izzaki di Indonesia kerana beliau akan pergi ke forum bedah buku tersebut pada 10 Sept di Jogja nanti.

  6. salam..
    sy telah menonton movie + membaca novel Ayat2 cinta..
    isu poligami mmg ada di sini.
    between aisha n maria..
    tapi reality tentunya x semudah dan seindah sebuah cerita…kan?
    btw, good job ummu saif! cayuk! =)

  7. oh ya!
    to Ibnu Alwi,
    sila lah baca buku AYAT2 CINTA ini..
    ada byk yang boleh diperolehi..insyallah..
    bukan sekadar belajar bercinta…tapi belajar utk hidup dan belajar utk melangkah ke syurga..

    insyallah..

  8. salam3aleik..
    terima kasih buat ummusaif atas kupasan yang cukup bernas. rasa terharu bila baca entry kali ni. sekurang-kurangnya saya tak kan terdiam lagi bila kebanyakan lelaki berkeras mempertahan HAK mereka untuk berpoligami. [dan2 la waktu ni pandai pula keluarkan nas untuk berkahwin lebih dari satu.hamboi!!]
    sedang mereka terlupa yang wanita juga ada HAK untuk dihormati bukan??

  9. Janganlah jadi terharu pula… tulisan itu menyentuh akal, bukannya menyentuh emosi :)

    Mohon izin Ummu Saif nak ulas entry ni di SIO ye… hehe

  10. Begitu juga tatkala Rasulullah pada asalnya cuba memujuk isteri baginda masa bila baginda berjanji untuk tidak akan ke rumah Zainab lagi, tetapi telah ditegur dan dinasihati oleh Allah SWT. Bayangkan Rasulullah sendiri membuat kesilapan tetapi mempunyai Allah dan para malaikat untuk memberi petunjuk secara terus dan telus. Siapa pula yang mampu menegur kita?

    salam ummu saif dan abusaif..ayat ini tidak kah agak bercanggah dgn kedudukan maksum,erm ..boleh jadi sy kurang jelas berkaitan maksum itu dr terpelihara dr kesilapan yg mcm mana?

  11. Maksum itu adalah terpelihara dari dosa dan keingkaran terhadap Allah.

    Apa yang berlaku dalam rumahtangga Nabi SAW ialah kesilapan sebagai manusia atas kapasiti baginda sebagai seorang manusia lelaki suami. Tidak langsung menjejaskan konsep ismah (kemaksuman) seorang Rasul

  12. rasenye gambo hiasan d atas ada dlm satu weblog orientalis dok perli org islam macam mmana nak ambil gambo sedangkan muka bertudung litup. saje2 je ni bg info…..

  13. agree dgn zua,bacalah karya habiburahman seperti ayat2 cinta..bukan sekadar novel cinta..

  14. Salam,

    saya pelajar perubatan tahun 4 di HUKM.. hari tu sy prnh dgr Dr. bentang ttg research Dr. kt bilik seminar klu tak silap.. utk pengetahuan Dr. sy dn bbrp rakan lain under Prof Ted ngan Prof. Ismail utk wat reasearch kitorg psl ‘Ambulance Equipments’. ktrg ade bentang jgak mase tu klu Dr. ingat..hehe

    sy first time tgk Dr. sy teringat gambar kt web saifulislam tu.. sy tny kwn sy, “kenal tak Ust Hasrizal (tul ke eja ni), ni isteri ustaz tu ke?” kwn sy jwb.. “shh… jgn cakap, Dr. tgh bentang tu..” (die pn tak tahu)

    hehe.. jg betul lah tekaan sy..

    ok lah Dr. sbnrny nk ckp yg entry ni menarik krn membuka pemikiran ramai org ttg poligami.. mgkn ramai yg salah phm ttg poligami..

    ade sorg dak cine, medical student gak.. prnh tny.. kalau poligami leh dpt STD ke?? hmm.. satu persoalan yg perlu dikupas.. Dr. rase cmne?

    till then.. wassalam :)

  15. Kenapa Murshidah tak tegur je saya masa tu? Kalau tak blh saya present power2 sikit proposal saya tu :)
    Pasal STD, kenapa tak tanya kt budak Cina tu balik ttg hubungannya dgn free sex. Poligami cuma max 4 isteri dan takde free sex di luar.
    Unless la one of the wives tu dah ada ‘penyakit’ sebelum tu or the hubby tu main kayu ‘5’ dan lebih.

    That’s why lah we call it
    Sexually Transmitted Disease.

    p/s: bila jumpa akak, jgn tak sudi tegur pulak

  16. actually, kt pasaraya pak aji pun mcm prnh t’jmpe jgak.. hehe bukan taknak tegur tapi segan..takut salah org pun ye jgak :p

    btul ckp Dr. tu.. poligami bkn nye hubungan bebas tp strict kpd max 4 org.. tak mgkn boleh dpt STD..

    Dr. skrg amik master ke? dh tahun brp? susah tak? knape pilih Emergency Medicine? sori byk tanye lak :P
    Emergency medicine ni menarik sebenarnya tp syg takde dlm silibus ktrg.. hmm

    till then Dr, jumpe di UKMMC.. cewah~

    p/s: insyaAllah pasni klu jmpe, sy tegur :)

  17. blh akak betulkan sikit statement Murshidah?

    Bukan “tak mungkin dapat STD”, malah mungkin blh seperti exeptional yg saya bagitahu di atas.

  18. sekadar tambahan… sebenarnya isu poligami ni bukan isu yang berat kalau difahami betul… indeed islam is the only religion yg suruh ‘marry only one’. sy x tau kat mana la non-muslim dpt hujah nak salahkan poligami islam sedangkan agama diorg pun x hadkan brapa isteri boleh kawin… yg ada bg diorg cuma peraturan negara – legal n illegal… kalo x percaya, minta je diorg hadirkan satu ayat dr kitab suci dorg yg khas sebut ‘kene kawin sorg je’. hurm… secara x langsung membuktikan betapa lengkap dan detailnya ajaran islam.. hehe…

  19. entry ini sememangnya membuatkan kita menggerakkan akal memikirkan sesuatu perkara.tidak perlu lelaki dan wanita mempertahankan hak mahupun menidakkannya dgn sewenang- wenangnya. harapnya kupasan kak muna ini dapat sedikit sebanyak memahamkan masyarakat ttg poligami yg kelihatannya makin menjadi-jadi tanpa pemahaman yg baik. kebanyakkan sebab yg diberikan terlalu stereotaip dan materialistik.

  20. salam pendahuluan sy ucapkan pd ummusaif..
    tahniah pd ummusaif di atas terbitnye blog ummusaif.com ni..
    tk juga kerana info yg d berikan pd entry ni dapat memberikan kami yakni para pembaca blog ni especially lelaki :) mengtahui lebih lanjut berkaitan perkara poligami ni..
    d kesempatan ni juga, sy ingin bertanye pd ummu saif,ape pndangan ummusaif berkaitan nikah gantung..harap ummusaif bleh trgkan berkaitan hal ni sbb utk pengetahuan ummusaif, sy masih lg student dan insyaallah bln 3 thn dpn sy akan berangkat ke jpn utk truskan pengajian peringkat degree d sana, yg menjdkan sy tergerak nk bertanyekan soalan sbb atuk tman wanita sy mencdngkannye..tp parents sy tdak m’syorkan lg sy berkahwin kerna status kewangan keluarga n sy sndri pn tdk b’cdng dalam waktu terdekat ni nk bernikah..krn sy ingin mendirikan rumah yg sempurna buat ibubapa sy dahulu..
    st lg, jtuh ke hukum tunang jika kita make promise with someone, i mean jika janji itu d tujukan kpd tman wanita sy..sbb atuk tman wanita sy ni kate, jtuh hukum tunang jika berjanji dgn seseorng..maaf jika pertanyaan sy ni terlalu pnjang..

  21. Ikatan pertunangan dah kira jatuh bila kita verbalise kan niat kita tu pada pasangan, tak semestinya kena tunggu majlis.

    Ttg nikah gantung.. diharuskan jika ia sekadar bermaksud melewatkan majlis walimah dan bukannya menggantungkan hubungan kelamin. Walau bagaimanapun ada sesetengah culture org Arab yg mmg nikah gantung ‘betul’2.

    Maybe abu saif blh tambah sikit..

  22. kalo org pompuan suruh org laki aktif bantu agama allah munkin deme tak pikio sgt pase cari bini lebih kot. dlu tok guru ada rombongan meminang tapi tok guru tolak walaupun istri tak kisah, alasannya tok guru lebih cintakan perjuangan islam dari poligami…..

  23. salam..

    tahniah UmmuSaif,dah ada blog sindri nmpknya.mantap2! =D

    trima kaseh atas perkongsian..sblom ni x pnah tau psl kisah Rasulullah dgn isteri Baginda mcm yg ditulis kt atas tu..info menarik ni =)

  24. Assalamu’alaikum wbt,

    wah dr, mantop kupasannya. kali ni mmg jelaslah berkenaan poligami ni. lebih2 lg berkenaan payung emas yang x wujud tu :) selalu bila kwn2 mntk pandangan saya mengenai poligami (sebbnye ayah sy mengamalkan poligami), apa yang saya jawab hanyalah “aku tak larang & tak against prkra ni cuma sebelm berpoligami, fikirkan perihal anak2 dulu. anak yang akan lebih merasa peritnya berbnding ibubapa. tidak kiralah anak is3 pertama ke, kedua ke, ketiga ataupun anak drpd isteri bongsu :)”

    tak jemu m’baca buku ustz – aku terima nikahnya. saya cuba baca dan terus baca byk2 kali sebab banyak pengajaran dan sesuai dgn zaman kini. dan saya sarankan juga baca buku Aisyah Ummul Mukminin – Keanggunan Sebenar. semua dibaca sebgai persediaan ke arah ‘itu’.. (#’.’)

  25. Mmg ramai yg terlepas pandang ttg perasaan anak2. Ramai cuma berfikir perasaan antara isteri2. Bagaimana pula dgn anak yg seramai 5-10 org atau lbh? Anak seorang pun dh jenuh menagih perhatian. Anak 2 pun membanding-bandingkan kasih sayanag.
    Ada yg memendam di dalam hati betapa kurangnya kasih sayang.

    Mmg ada keluarga poligami yg produk anak2nya berjaya tetapi hakikatnya ada juga yg tidak berjaya. Anak2 Rasulullah sendiri dibesarkan dalam environment monogami dan bukannya poligami. Besar hikmahnya.

    Ustaz Cahyadi memperincikan isu ini dgn begitu jelas dan detail serta menegaskan kepentingan & kesan2 membahagikan kasih sayang antara anak2.

  26. assalamualaikum ummu saif dan para pengunjung yNG lain..
    insya ALLAh, tak lama lagi saya akan bertunang dgn seorg pemuda, kami seusia dan sekuliyah. antara kami, alhamdulillah, saya rasakan telah melalui suatu proses yang insya ALLAH btul (menurut anggapan dan apa yang saya fahami selama ini). dia propose saya melalui seorg kawan yang telah berkahwin. saya mengambil masa hampir 3bulan utk menerima nya. apa yang saya buat cuma la berdoa. perasaan turun naik ant mahu menerima atau tidak kerana kami sekuliyah. apepun, saya memilihnya atas merasakan kecenderungan hati utk menrima nya. semuanya, alhamdullah berjalan dgn lancar dan tak lame lagi, insya ALLAH, akan saya akan bertunang dgn nya.
    persoalannya skrg, hati ini masih neutral dlm menerima dia. tipula klu tiada walau sekelumit perasaan terhadap dia. bukan saya tidak yakin dlm ketentuan ini, tapi, hati ini masih tawar rasenye.
    apa yang saya lihat ant ummu dan abu saif, perkahwinan korang juga di arrangekan oleh org ke3. perasaan cinta, kasih dan sayang dibina setelah berumah tangga.
    saya cuma ingin meminta nasihat ummu saif dan para pengunjung yang lain, utk meredakn kekalutan jiwa. saya tau, saya memilih dia bukanlah sbb perasaan, tapi saya memilih dia berdasarkan agama nya (insyaALLAH) dan kesungguhannya dlm mencapai matlamat berumah tangga itu. saya hanya bertawakkal pd NYa, moga ini keputusan yang betul. cuma terkadang, akan dtg perasaan yg tak btul, merasakan adakah btul pemilihan yang telah dilakukan itu..
    tuh je kot dulu..
    assalamualaikum

  27. baru bertunang dah ber’korang2′ dengan abu saif dan ummu saif ke? elok dibetulkan bahasa tu sblm kawen

  28. rasulullah berpoligami hebat tujuan dan niatnya…

    masalahnya sekarang lelaki kini kalau nak poligami tujuannya hanya untuk seronok dan melepaskan tanggunjawab saja..

    saya ada seorang kawan, baru saja bercerai dengan suaminya..biasalah di awal perkahwinan kadang2 kehidupan dari segi mengatur rumah tangga dan kewangan masih tak stabil..pada awal perkahwinan kedua-duanya bersusah payah, berkasih dan berkasihan bersama…sampai suatu ketika suami terpaut dengan wanita lain( masih anak dara) terus nak cerai isteri dia..ugut isteri untuk benarkan dia berkahwin dengan perkataan cerai..anak sudah 3 org..bila isteri menyebut kata2 cinta dan mengingatkan kembali kesusahan dan kasih sayang sepanjang lapan tahun, isteri dicerca dan di hamun.malah tangan pun ringan ke badan.malah suami sebut itu kisah lama jangan disebut lagi..sedihnya begitu..rumah tangga hancur dengan sekelip mata.. malangnya kedua2 wanita tidak sanggup berkongsi suami..dan yang pihak ketiga menghantar sihir untuk menghancurkan rumah tangga (hanya allah yang tahu)…

    senario ni memang sangat lazim bagi yang nak kawin lebih..yang merampas dan di rampas…

    tapi saya pernah membaca satu article mengenai keluarga SUPER..ayah mempunyai beberapa orang isteri dan ramai anak..siap ada persatuan keluarga super lagi….memang hebat..macam2 aktiviti yang dibuat..ada juga orang berpoligami dengan usaha2 mereka agar sekeluarga mereka menjadi lebih baik.

    kebanyakkan pun tak faham kenapa rasulullah berpoligami…yang “kebanyakkan tu tahu cerai berai isteri..tinggal anak-anak dan maki2 isteri macam sampah”

    harapnya yang baik juga jadi ikutan….kesihan nasib isteri dan anak2…

  29. Saya tak suka ulas panjang lebar itu ni bcoz saya dh jenuh ulas di SIO. tapi saya cukup meluat kalau org underestimate perasaan wanita yang tidak mendapat keadilan dan sedih kerana dimadu. Cuba fahami dan selami kehidupan sesetgh dari mereka yg sentiasa makan hati berulam jantung. Even, Rasulullah pun suruh menantunya batalkan perkahwinannya dgn puteri Abu Jahal bcoz Fatimah bersedih dan cemburu. Cuba bayangkan kalau seorang suami mempunyai isteri yang mencintai lelaki lain. Apa perasaan suami itu? Nasib baik, Allah haramkan isteri berkahwin lbh? Kalau tak mesti ramai suami yg terjun lombong. :)

    Posa, posa, posa…

  30. Rasullullah berpoligami bukan kerana jatuh cinta/nafsu. Tapi diperintah Allah SWT untuk membantu kaum wanita yg teraniaya, meluaskan jajahan takluk, memenangi hati musuh dan dakwah.

  31. Salam..

    Ummusaif wrote:
    Cuba bayangkan kalau seorang suami mempunyai isteri yang mencintai lelaki lain. Apa perasaan suami itu?

    Err.. saya tidak dibenarkan menggunakan hujah ini bila berdepan dgn isu poligami. Sebab katanya itu tak masuk dalam syariat. Iskh.. apa nak kata :(

    Posa posa posa.. sikit lagi nak berbuka.. Kak Muna masak apa hari ni? hehe Hari ni kami makan Kerabu Sotong.. adoi dah terliur :P

  32. ummusaif tulis

    “tapi saya cukup meluat kalau org underestimate perasaan wanita yang tidak mendapat keadilan dan sedih kerana dimadu”

    Dalam islam memang ada pengadilan bagi wanita yang ditindas..tapi tak semua wanita ADA ILMU untuk mendapatkan keadilan tersebut. malah lebih ramai yang sanggup makan hati dan merayu2 suami pulang kepangkuan sedangkan suami mercerca dan memukul isteri…walaupun usia saya muda tapi saya pernah jadi pendengar bagi 3 kes penceraian dan pergolakan rumah tangga..dengan usia saya, saya rasa berat untuk mendengarnya malah rasa ingin lari saja..tapi mengenangkan mereka adalah kawan saya pinjamkan juga telinga…

    malangnya ketiga2 wanita ini selalu berkata ” AKU TIDAK LAGI BAHAGIA, TIADA LAGI KEBAHAGIAN SELAIN SUAMIKU”

    Saya cakap berulangkali,” INI UJIAN ALLAH, ALLAH MAHA TAHU APA YANG ALLAH RENCANAKAN..PASTINYA ALLAH TAKKAN BERI SESUATU PADA KITA MELAINKAN UNTUK KEBAIKKAN SAJA, MUNGKIN SEBENARNYA ALLAH NAK BERI SESUATU YANG LEBIH BAIK..MUNGKIN KEBAHAGIAN ITU BUKAN KEMBALINYA SANG SUAMI TAPI HADIR KEBAHAGIAN DALAM BENTUK LAIN DAN LEBIH BAIK LAGI” dan saya amat harap meraka pegang dan faham tapi Ayat AKU TIDAK LAGI BAHAGIA selalu diulang…itu yang sedihnya, mereka sendiri tidak kuat untuk menghadapinya sedangkan suaminya ibarat ADA TIADA FAEDAHNYA…

    sedih bila wanita yang memang tidak mahu menguatkan diri dan membela nasibnya sendiri…dan sedih selalunya ibu yang begini memberi kesan kepada anak-anak yang juga akan selalu berasa sedih….

    Walaupun begitu masih ada wanita tabah dan sabar…..

  33. Salam..

    Kepada rulza, tak dinafikan bagus sekali nasihat yang ukhti berikan pada kawan2 tu. Saya akui akan kebenaran kesemua nasihat itu. Tapi untuk memahami perasaan mereka pada waktu itu, sesungguhnya tak mudah. Bersabarlah menerima luahan hati mereka. Almaklumlah perempuan, kenkadang mereka cuma perlukan kawan untuk mendengar masalah mereka, dan tak mengharapkan problem solving lagi pada waktu itu. Bila dah cool down sikit, harapnya bolehlah disuntik ayat2 yg lebih rasional kpd mereka (spt nasihat yg diberikan tu).

    Entahlah.. kebanyakan perempuan/isteri/ibu yang saya pernah jumpa, begitulah cara nak berhadapan dgn mereka. Tapi pastinya ukhti lebih mengetahui akan keadaan kawan2 tu. Saya share segala inipun berdasarkan pengalaman saja, tidaklah melalui bacaan yang ilmiah dsbnya. Lebih kpd instinct yg ada sebagai seorang isteri dan ibu.

    Memanglah kita mengharap agar kita menjadi tough bila menghadapi situasi macam tu. Dan itulah yang sebaik2nya. Tapi bila kena kat diri sendiri, boleh tenggelam punca jugak sebenarnya, kalau tak ingatkan diri dgn nasihat2 tersebut. Tapi ramai pula yang terus tenggelam dan mengambil masa yang cukup lama utk kembali rasional dan stay afloat.

    Apapun, kalau benar2 menghayati buku Stephen Covey (7 Habits) dan cuba applykan dalam menghadapi masalah hidup, insyaAllah mindsetting itu dapat diperbetulkan dan kita berusaha untuk mempositifkan segala apa yg negatif itu. Indeed, it is a mountainous task – this is really from my own experience, even though in a slightly different situation. Sekadar sharing :)

    p/s: Kak Muna, nak huluq Kerabu Sotong tu buleh, tapi nak huluq ikut mana? Kalau boleh bagi ikut email ok jugak hehe
    p/ps: bila nak jumpa offline ni? boleh bagi serunding daging sekali :)

  34. slm..thanks 4 d article.best.tapi rsnya ada sdkt pertanyaan ttg ayt ni ["semua isteri Baginda merupakan janda dan balu kecuali Aisyah"]..bkn kah hafshah bin Umar jg anak dara sblm berkahwin dengan Rasulullah,begitu juga mariah,ibu kepada ibrahim?..cuma mahu bertanya.kerana semasa kecil saya ada membaca buku2 ttg isteri2 nabi.takut bkn dr sumber yg sahih.tq

  35. Buku Pak Cahyadi Takariawan “Bahagiakan Diri Dengan Satu Isteri” telah dijawab dengan baik oleh sebuah buku yang bertajuk “Menghapus Catatan Gelap Poligami : Komentar Opini Sesat di dalam Bahagiakan Diri Dengan Satu Isteri”.

  36. Saya belum membaca buku karangan D. Amarudin tersebut. Namun sinopsisnya di alamat di bawah menjelaskan kepada saya bahawa di antara dua buku itu, asas penulisannya berbeza.

    http://damarudin.multiply.com/journal/item/3/Mengapa_saya_menulis_buku_Menghapus_Catatan_Gelap_Poligami_-_Membongkar_Penyesatan_Opini_

    Tidak dinafikan quotation yang dibuat oleh Pak Cah daripada kalam Imam Bishrun al-Hafi itu amat provokatif, namun isi-isi penting yang dikemukakan oleh D. Amarudin itu, tidaklah sampai menjadikan buku Pak Cah itu terhukum sesat atau runtuh idea utamanya.

  37. Saya rasa, ada baiknya para ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ memberi fokus mendidik orang yang berpoligami ni. Kita cakap apapun hujjah, orang nak poligami, dia akan poligami juga.

    Masalah sebenarnya, amat kurang penulis/ penceramah yang mengajar bagaimana mendapat bahagia dalam berpoligami. Bagaimana adilnya Nabi dalam berpoligami.

    Lelaki yang berpoligami harus didik, isteri yang dimadukan juga perlu didik. Siapa yang nak didik mereka kalau bukan ustaz/ ustazah ni?

    Poligami bukan formula manusia. Ia fomula ciptaan Tuhan untuk manusia. Formula Tuhan itu pasti ada hikmahnya. Tujuannya pastinya untuk kebaikan manusia ciptaan-Nya.

    Syariat poligami ummat Muhammad S.A.W sebenarnnya menguntungkan wanita. Sebelum turunnya HAD poligami, umat terdahulu kawin lebih daripada 4.

    Kalau kita sengaja ‘highlight’ keburukan poligami, maka perempuan simpananlah alternatifnya. Masyarakat barat memandang perempuan simpanan jauh lebih mulia dari memadukan isteri.

    Wallahu ‘alam.

  38. Apa yang diketengahkan di sini bukannya KEBURUKAN POLIGAMI, tetapi KEBURUKAN MENYALAHGUNAKAN POLIGAMI.

    Ada bezanya di situ…

    Sama sahaja dengan MENYALAHGUNAKAN MONOGAMI dan PERKAHWINAN itu sendiri

  39. Betul tu Ummu Saif.

    Rumah tangga POLIGAMI mahupun MONOGAMI kesemuanya akan hancur lebur kalau didasari oleh NAFSU. Persoalan pokok ialah atas DASAR apa rumahtangga itu dibina.

    Salah faham masyarakat terhadap kriteria MAMPU ataupun tidak untuk bermonogami/berpoligami perlu diperbetulkan.

    Syarat nafkah ZAHIR seperti makan dan pakai ramai dah faham. Tapi syarat BATIN, hanya difahami sebagai kemampuan SEKSUAL sahaja. Padahal ia juga termasuk syarat yang juah lebih besar iaitu syarat TAQWA.

    Syarat TAQWA inilah yang gagal dipenuhi oleh si lelaki yang gatal-gatal nak berpoligami. Itulah puncanya rumahtangga poligami banyak yang gagal mendapat rahmah dan mawaddah dalam berumahtangga..

    Kalau isteri PERTAMA pun ‘gagal’ diinstall dengan TAQWA, jangan lagi bermimpi untuk tambah yang KEDUA.

    Sekadar berkongsi. Wallahu ‘alam.

  40. Info.

    Artikel ini cuma merupakan salah satu komen saya di dalam entri abu saif, Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Istri.

    Maka, di sini saya cuma sempat menulis beberapa point2 ttg poligami Rasulullah sahaja dan bukannya the other aspects of poligamy yang mana sudah banyak dibicarakan oleh orang ramai.

  41. Salam Abu Fathi

    Menjelaskan penyalahgunaan poligami di blog saya bukanlah dengan maksud untuk menghalang poligami. Seperti yang disebut, kalau orang nak berpoligami, berpoligami jugalah ia. Akan tetapi menjelaskan penyalahgunaan poligami di dalam artikel ini adalah untuk mengambil langkah proaktif mencegah salah guna dan masalah, yang jauh lebih mudah berbanding mengubat dan merawat.

    Dalam erti kata lain, membimbing orang yang belum berpoligami agar berfikir dengan lebih tepat dan jelas, adalah lebih mudah berbanding membetulkan bengkang bengkok kehidupan rumahtangga poligami yang telah bermula dari titik yang salah.

    Sudah tentu, saya membuat catatan di artikel itu sebagai kesan mengendalikan kes-kes poligami bermasalah dan bukan hanya merumuskan teori di atas kertas.

    Maka

    Menjelaskan tentang keperluan poligami itu perlu.

    Menjelaskan tentang penyalahgunaan poligami juga perlu.

    Memberikan bimbingan kepada pasangan yang berpoligami juga amat perlu.

    Maka tidak harus untuk tiga perkara ini dikonflikkan dengan menyoal mana yang lebih utama. Keutamaan datang berdasarkan keperluan.

    Wallahu A’lam

    Salam ukhuwwah :)

    ABU SAIF

  42. assalamu’alaikum dr muna
    tahniah dr muna atas kelahiran blog ummusaif.com ni!
    masih dok tunggu ustaz kupas sikit on jerou88’s question on nikah gantung tu – on top of ummusaif’s comment.
    jazakallah.

  43. salam

    artikel ummu dan ustaz serta jawapan2 kepada respon membuat saya rasa rendah diri.
    sebagai isteri kedua yang selalu dianggap jahat, merosakkan dan mementingkan diri.. dilabel sebagai perempuan materialistik dan perampas..

    seseorang yang memahami agama juga menunjukkan kecenderungan kepada hanya beristeri satu..siap dengan alasan yang menangkis keperluannya..
    membuat madu saya menempelak saya habis..

    ya ALLAH, jika begini sukar
    ku pulangkan suamiku ini kepadamu..

  44. Isteri pertama, berakhlaqlah dengan akhlaq isteri pertama Nabi SAW. Isteri kedua, berakhlaqlah dengan isteri kedua Nabi SAW.

    Menyelesaikan masalah dengan mencetus mudarat hanya menambah dosa semua.

    Moga dipermudahkan Allah mencari jalan damai.

  45. Salam Ibnu Alwi,

    saya dah jumpa perincian tentang kisah pergaduhan antara Aisyah dan Zainab yg diriwayatkan oleh Anas tu.
    Dah add dlm entry.

  46. Buku Aisyah Keunggulan Sebenar:

    Buku ini mengisahkan kehidupan Rasulullah dan isteri2 sebagai manusia biasa yg penuh dengan fitrah.
    Terutama sifat dan perangai para Ummul Mukminin sebagai wanita yang sangat-sangat biasa.

    Hebatnya poligami Rasulullah sebab adilnya Rasulullah sehingga sebanyak manapun pertengkaran dan pergaduhan di kalangan Ummul Mukminin, mereka masih berebut2 utk mempamerkan cinta mereka kepada Rasulullah hingga ke akhir hayat.

    Maka, memang tugas suami itu berat kerana dia perlu mendidik isteri atau isteri2nya dengan bijak dan adil.

    Saya syorkan semua isteri agar membaca buku keluaran PTS ini.

  47. I NEVER HATE WHAT ALLAH MADE FOR HIS SERVANT.. DAT IS POLIGAMI

    BUT I HATE SEEING THOSE GUYS WHO CALL THEMSELVES ‘IKHWAH’ PRACTICING POLIGAMI AS IF THEY KNOW IT BETTER

    I DIDNT SEE THE BEAUTY IN IT WHENEVER THEY DID POLIGAMI! WELL U CAN SAY ITS FINE FOR THE FIRST TWO YEARS… BUT THEN.. WHAT WILL HAPPEN??!! sh*t!!

  48. salam ummu saif,

    saya ade seorg kwan yg dah lama clash…she is good person tp sjak putus pmikiran die agak liberal skit….die kalo bleh xnak kawin ..just nak amiik anak angkat n hidup dgn kerja……saya tau gaji nyer besar n xperlu lelaki pun tuk tmpung die…tp kawin tu sunnah mghampiri wajib kan?huhu….
    minta tips or cra nk bg kesedaran pda kwan saya…

    thanks….

  49. Salam, salah ker kalau hantar sms begini pada TUNANG …..

    “Salam akhi.Maaf ganggu.Sekadar ingin meluahkan perasaan dan nak akhi tahu.Ana sangat menghargai akhi, kerana kita sentiasa cuba untuk menjaga syariat dalam perhubungan ini.Hakikat sebenarnya, ana tak pernah lupakan akhi.Alhamdulillah dengan adanya syariat terjaga muamalat kita.Ana yakin ALLAH sentiasa menjaga akhi.Doakan ana berjaya dalam bermujahadah”.

    Saya sangat susah hati, sebab memang dia seorang yang sangat menjaga muamalat….Kami baru jer bertunang….

    Sampai sekarang sms ini tidak berbalas….dah 3 hari…Adakah dia marahkan saya?

    Saya sangat risau, tapi segan untuk bertanya.Saya serahkan pada ALLAH sahaja.

    Apa komen DR dan sahabat-sahabat?

    Saya sangat susah hati, malu , segan dan macam-macam lagi yang bertandang….

    Mohon hulurkan nasihat…apa perlu saya buat ? =(

  50. kunci dalam satu2 hubungan manusia ialah jgn buruk sangka. Kalau dia buat salah, insyaAllah Allah akan tunjuk. Yg penting, semasa brtunang ni bykkan berdoa dan solat hajat agar dipelihara dan diberkati Allah SWT.

  51. Salam Semua,

    Sy baru mengikuti blog ini & amatlah tepat pd masanya krn sy msh dlm kebingunan, kecewa dan sedih sbb sy baru dpt tau 2 hr seblm puasa yg suami tlh bernikah di Thailand pd bln Jun 2006 iaitu 2 bln selepas permohonannya utk berpoligami ditarik balik dr mahkamah krn mahkamh perlukan bukti kemampuan & kelayakannya.

    Pendek crita sy ada 6 org anak yg paling kecil 3 thn. Kami dah bernikah selama 20 thn. Suami bernikah dgn officemate yg baru berumur 21 thn! Sy tlh berjumpa dgn gadis itu sebaik mendpt tau mrk ingin berkahwin. Gadis tu ttp mempertahankan kenapa poligami tu perlu dgn hujahnya “bukankah berdosa tak benarkan suami kahwin lain” dan “isu kemampuan tak timbul” dan suami juga menyatakan “menentang poligami samalah dgn menentang hukum Allah” – boleh Ummusaif or abu saif beri pandangan ttg hal ini?

    Sy akur dgn ketentuan Allah utk sy berpoligami & bermadu tp yg paling terkilan, terkejut dan tidak percaya adalah mengapa berbohong dgn sy & anak2 selama 2 thn 4 bln sdgkan sblm ini sy tlh meminta suami utk berterusterang, bersikap jujur jika beliau benar2 ingin berkahwin dgn gadis itu tp jawapan dri suami adalah “tidak ada apa2 hubungan dah putus” dan “jg fikir yg bukan2″ sehinggakan suami sanggup bersumpah mengatakan tiada apa2. Sekaligus rasa hormat & kepercayaan sy terhdp suami hilang dan timbul rasa benci ats penipuan ini Anak2 sy yg remaja (19 & 17 thn) sgt kecewa dgn tindakan ayah mrk tp apalah yg dpt dilakukan oleh mrk! Skrg Yg kecil umur 5 thn sering menangis bila ayahnya membuat giliran ke rmh ke 2 sbb dia mmg rapat dgn ayah – Hak anak utk dpt kasihsyg sepenuhnya dri ayah diketepikan……

    Dlm keadaan ini sy berusaha utk mendekatkan diri pd Allah dgn byk berpuasa, solat tahajud, baca buku motivasi dan baca blog2 spt ini tp sbg insan lemah dan biasa fikiran sy tak terlepas dr perasaan cemburu dan kecewa…Bantu sy hadapi masalah ini…

    Sungguhpun suami tlh berjaya bernikah tp spnjang 2 thn yg lalu hubungan batin kami amat dingin sehingga sy terpaksa mengadu di pej agama yg kemudiannya sy tahu kedinginan tersbt sbb suami tlh ada pilihan yg lain.

    Ramai yg sy minta nasihat meminta sy bersabar jgn meminta cerai sdgkan hakikatnya hikmat, nikmat dan mawaddah dlm rmhtangga tidak lagi sy rasakan skrg ini. Perasaan sy juga sering berbolak balik dlm menerima & menolak kewujudan madu trsbt yg sudah semestinya mendpt layanan yg superb dr suami! Yelah di rmh sini bising dgn jerit pekik anak2 tp di sana aman, tenang tnpa gangguan….

    Kesabaran, kekuatan mental & fizikal sy juga ada hadnya….Bolehkah sy kekalkannya?

    Pandangan & komen amat dialu2kan…

    Wassalam

  52. salam ummu pandan…
    didoakan agar dikurniakan sabar yang tak mungkin hilang..
    sesungguhnya ana sekadar mampu memberi pandangan..
    berat mata memandang pasti berat lagi bahu memikul..
    Agaknya, mampukah diri ummu untuk redha..? Kerana semuanya telah terjadi..Hakikat yang ada sekarang suami ummu sudah punya dua isteri, pastinya anak-anak sudah punya ibu tiri…dan memustuskan hubungan bukan satu-satunya jalan yang ada..
    pendapat peribadi ana, suami ummu MEMANG telah menggunakan CARA yang SALAH.. adakah mungkin CARA yang SALAH itu didasari dengan niat yang baik? namun siapalah kita untuk menghakimi..ALLAH jua yang tahu segalanya…

    Tetapi membilang dan mempertikaikan kesalahan suami ummu hanya akan menanam benci padanya.. lebih buruk jika ia mampu menambah jarak pada hubungan..memaafkan tidak mudah tapi ia boleh membantu untuk sama-sama akui kesilapan dan mencari jalan untuk memperbetulkan kesilapan yang ada..

    Tentang luahan ummu pada sangkaan layanan suami pada madu…ana rasa lebih baik ummu memilih untuk tidak memikirkannya. semua itu akan hanya menambah rasa cemburu..bimbang nanti ada pula bisikan2 yang tidak patut dituruti..MEMANG SUSAH…ana tidak mungkin dapat rasai apa yang dirasai ummu.. sebab ujian yang diturunkan ALLAH pada hambanya berbeza-beza..Yakinilah ummu adalah insan kuat dan istimewa bila diturunkan ujian sebegini rupa..

    Namun, ana juga seperti antara sahabat ummu yang tidak menyokong jika ummu mahu meminta cerai.. Jadilah pembantu suami yang mahu memberikan yang terbaik pada rumahtangga.. jika suami enggan, ummu sendiri boleh rintisinya.. Mungki suatu waktu nanti beliau akan sedar betapa bertuahnya beliau beristerikan ummu.. Mungkin ada sesuatu yang lebih hebat yang mahu ALLAH kurniakan kepada ummu..
    Tidak rugi kalau ummu mencuba… redha SEIKHLASNYA… sirami taqwa ummu sendiri walau tanpa bantuan suami sehingga ummu mampu bertanya khabar madu, menjaganya tika sakit dan mungkin memangku bayinya yang baru lahir..
    sentiasalah tanamkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak ummu. Mereka harus dipelihara agar sentiasa hormatkan walid mereka..jika mereka keliru, jangan dorong mereka salahkan walidnya..namun jika memang mengerti walidnya salah, asuhlah supaya mereka sedia memaafkan..
    Selebihnya serahkan pada ALLAH..

    Soalan akhir ummu, bolehkah saya kekalkanya..? jawapan peribadi ana…BOLEH. namun ia menuntut kesucian hati..

    Semoga apa yang ana coretkan memberi manfaat pada ummu..ana sekadar menyatakan pendapat berdasarkan apa yang berlaku di dunia ana sendiri.. Sesungguhnya yang baik itu dari ALLAH..

  53. Jumaat 4.06 pm …DR terima kasih atas respon yang diberikan.Ana amat menghargainya…

    DR. ana ingin berkongsi cerita dengan DR dan sahabat-sahabt supaya ana dapat memberikan yang terbaik mengikut landasan syariat dan bukan kata hati yang selalu berniat serong =(

    DR. tunang ana ini adalah senior ana sewaktu menuntut di sebuah IPTA sekitar tahun 2003 yang lalu.Sejujurnya ana cuma tahu dia seorang imam di tempat kami belajar.Dan ana sendiri tidak pernah bercakap,bersms atau berhubung dengan dia sewaktu belajar.

    Ana mengkagumi akhlaknya, kerna tidak pernah mendengar gosip-gosip liar antara dia dengan mana-mana muslimat pun.Namun sampai di situ sahaja.Tidak ada apa-apa perhubungan pun terjalin apatah lagisebarang bentuk komunikasi..

    Masa berlalu, pada bulan JUN 2008 yang lalu, Ustaz tempat ana belajar di sebuah IPTA menghubungi ana dan bertanya ana kosong lagi ker tidak.Kerana ada orang ingin “masuk”.

    Bila Ustaz memaklumkan tunang ana ingin masuk meminang ana macam tak percaya juga.Sebab ana bukan lah kategori muslimat yang cantik,pandai dan lemah -lembut.Ana biasa sahaja.Tiada apa yg istemewa.

    Sejujurnya ana tak solat isthikharaha pun.Sebab ana tidak berbelah bahagi sewaktu menerima kehadiran dia.Kami bertaa’ruf di sebuah masjid yg diaturkan Ustaz.

    Alhamdulilah setelah semua selesai, semua jelas.Kami sepakat bertunang baru-baru ini.Sebelum itu, tunang telah memberitahu bahawa dia tidak suka jika kami kerap berhubung lantaran tiada ikatan yang sah.Tunang juga berkata, jika tiada apa-apa tak perlu lah ber”msg”..

    Sepanjang JUN hngga Oktober ..ana dan tunang cuma bertemu sekitar 3 kali.Itu pun di rumah kelaurga ana.Ana sangat kagum dengan akhlak tunang.Mak dan Abah pun suka apabila dia mengimamkan solat ketika di rumah kami.

    sejak pertemuan kami JUNE lalu,Tunang tidak pernah menelefon.Namun,ana faham mengapa tunang tidak menelefon.Telah diterangkan kepada ana pada pertemuan yang kedua.

    Pendek kata, ana tidak gusar dan bimbang dengan dia.Namun, sejak akhir-akhir ini,sangat bimbang di hati ana.Ana pun tak tahu kenapa.

    Ana risau jika, kami terputus tunang,kehadiran orang ketiga dan sebagainya.Sekarang ni pun dia bekerja di sebuah syarikat terkenal tanah air.Bimbang dia tertarik dengan wanita lain.Ana tidak lah secantik mana.

    DR. maaf andai mengganggu DR namun ana perlukan sedikit kata-kata semamngat dari DR.
    untuk menempuh alam pertunangan yang sangat mencabar ini hati ini.

    Syukran DR

  54. Poligami itu halal dan hukumnya harus.
    Mengharamkannya VS tidak merestuinya (bila terkena batang hidung sendiri) adalah dua perkara yang berbeza.

    Merestuinya memerlukan sepenuh kemampuan dan kekuatan.
    Ada orang blh bermadu dan duduk sebumbung.
    Ada orang blh bermadu dan tak pernah bertegur sapa dengan madu. Tapi suami isteri bahagia.
    Ada orang bermadu, asyik gaduh dan makan hati berulam jantung selalu.
    Ada orang bermadu, teruskan hidup tapi buat tak heran dengan suami dah. Yang penting, anak2 happy..
    Ada orang bermadu, suami dah tak heran dengan isteri pertama dan anak2.

    Pendek kata, kuncinya penerimaan, kesediaan dan kemampuan semua pihak. Bukan pihak suami sahaja. Suami yg waras, bijak dan adil sepatutnya dah bersedia dgn sebarang semua kemungkinan. Jgn expect isteri macam Aisyah kalau diri sendiri pun tak seperti Rasulullah.

    Kalau tak bahagia, pastu layan suami pun acuh tak acuh (tak jalankan tugas isteri), then suami pun dingin aje…yang tinggal hanya tanggung jawab tanpa cinta. Apa yang kita mahukan ialah kedua2nya CINTA DAN TANGGUNG JAWAB.
    So, tanya iman sendiri. Nak pilih satu sahaja atau kedua2nya?

    Lagi satu, dlm poligami..isteri takde obligation terhadap madu. Semuanya atas budi bicara terhadap insan. Nak buat baik, alhamdulillah dapat pahala. Tak tegur, takde apa2. Gaduh, kutuk dan aniaya, dapat dosa.
    Suami takde hak minta isteri buat baik/tolong madu kalau isteri tidak ‘mampu’ untuk buat sedemikian. Isteri ‘redha’ suami kawin lain dan tak bising pun dah cukup baik/perfect. Tanggung jawab isteri ialah pada suami dan anak2. Itulah sebab mengapa Rasulullah wajibkan suami sediakan rumah yg lain utk setiap isteri kerana Rasulullah faham dan tahu konflik di antara hati2 isteri.

    Isteri Rasulullah (the 1st 2 wives selepas Khadijah) pernah minta cerai dpd Rasulullah dan memberikan malamnya kepada Aisyah kerana beliau tahu Rasulullah terlalu menyintai Aisyah. Tuhan sahaja yg tahu mengapa beliau bertindak sedemikian. Mungkin beliau juga tak tahan bermadu. Beliau bersetuju utk tidak bercerai setelah Rasulullah berjanji for no sexual relationship.
    Detail ttg poligami Rasulullah blh dibaca di dalam buku Aisyah yg saya baru promo tu.

    Saya dan ustaz berpendapat, sebaiknya berdoa dan beristikharah. Kalau tenang dan bahagia, teruskan. Kalau tak bahagia, selalu bergaduh dan tak ikhlas utk bersama serta sudah tiada keserasian selepas kaunseling, maka Islam juga menghalalkan penceraian yg mana kadang2 itu lbh baik utk semua pihak.

    Berikut adalah artikel yang berkaitan ttg poligami: http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=621&Itemid=95

    Wallahu a’lam.

  55. Tkasih banyak2 pd anirz dan ummu dan abu saif ats kesudian memberi pandangan pendek tp bernas.

    Alhamdullillah hati sy agak tenang sket bilamana ummu kt tiada obligation pd madu. Kalau tak bertegur tiada apa2 dan utk mengelakkan kita dr sakit & makan hati baik sy tumpukan pda suami & anak2 shj.

    Memandangkan perkongsian ini msh lg baru 1 1/2 bln, sudah semestinya sy juga baru utk cuba menyesuaikannya. Cuma sy agak sket sedih krn suami asyik memaksa sy utk berbuat baik dgn isteri mudanya…..

    Sy mmg tak suka dipaksa, bagaimanapun sy berdoa spy Allah buka pintu hati dan lembutkan hati sy menerima dgn ikhlas suami sy kembali dan seterusnya madu sya Insyallah.

    Satu lg masalah yg sy tak berapa nak faham smpai sekarang suami msh lagi lom daftarkan pernikahannya di Jabatan Agama. Sy cuma mahukan keadilan dr segi nafkah anak2 krn bg sy selepas dpt perintah mahkamah ttg nafkah, giliran dan harta sepencarian sekurang2nya hak sy dan anak2 terjamin sedikit. Yelah baru2 lg semua kata boleh dan mampu buat, kita tak tau apa akn jadi di masa akn dtg.

    Mudah2an Allah mempermudahkan segala urusan sy dan anak2 dan berkat doa dr sahabt sekalian rumahtangga sy akn menemui kembali cinta dan tanggungjwab yg hampir hilang……

    Wassalam.

  56. Assalamualaikum…

    sy terpanggil utk visit ummusaif.com stlh berkenaln dgn saifulislam.com melalui buku “aku terima nikahnya”. nmpaknya bnyk respon/komen yg dihntr dlm topik poligami ni.

    ibu sy berkahwin
    semula slps lbh 10thn arwah bpa meninggal.kali ini sbg istri ke2.wpun ibu&madunya baik&boleh bekerjasama,sy yakin mrk tidaklh benar2 bahagia.yg ada hnya sabar&redha yg tinggi ats ketentuan ilahi.

    pd sy,kesan terhdp ank2 mmg mustahil utk dielakkn.lihat shj pd pd ank bongsu dr ibu tua. sikap tidak acuh pd bpa kandungnya mungkin didorong rsa kecil hati&kurang rsa hormat terhadap bpanya.

    sy pula menjadi kurang yakin utk mbina bahagia dlm rumahtangga stlh melihat cth terdekat yg tidak meyakinkan.pd hemat sy, bpa tiri kurang bertanggungjawab dlm memainkn peranan mmbahagiakn istri2nya. sebaliknya hanya ibu&madunya shj yg saling menjaga & mengambil berat ant 1 sma lain.

    mmg x adil klu sy menganggap semua lelaki begitu berdasarkn hnya 1org bpa tiri. ttp sukar utk mengikis perasaan sangsi dan curiga.

    model rumahtngga yg ditonjolkn dlm “aku terima nikahnya” mmberi sdkt keyakinn bhw perkahwinan bermatlamatkn mmbangun ummat muhammad yg mantap masih mampu berdiri utuh pd zmn ini. syabas sy ucapkn pd abu wa ummusaif.meski cabaran zmn ini sgt hebat,kalian terus bjuang,bkn shj utk ank2 sndri, ttp juga ank umat islam amnya.tahniah. indahnya klu sy dpt melakukn yg sma.

    ttp,cth yg diberikan belum dpt menghilangkn sepenuhnya keraguan sy dlm membuka ruang pd insan bernama lelaki mahupun menetapkn pilihan. sy bertambah bimbang apabila bbrp pihak cuba mpkenalkn calon suami yg masih asing pd sy krn tkut mengecewakn harapn org, dlm msa yg sma tkut melukakan diri sndri.

    semoga ummu/abusaif serta pembca yg lain dpt mmberi input yg +ve.

  57. Salam Pandan

    Saya doakan puan sekeluarga agar tabah dan kuat. Jgn sesekali jadi wanita yg lemah. Tunjukkan kepada semua kita kuat dan berdikari.
    Selagi suami menjalankan tugasnya sebagai suami dan ayah yang adil dan penyayang, maka kita juga wajib menjalankan tugas sebagai isteri.
    Benar, puan tak perlu paksa diri utk berbaik2 dengan madu. Tapi, jgn sesekali menganiaya atau mengganggu masa dia dan suami bila tiba gilirannya.
    Nasihat saya ni sebegini bcoz saya dah dengar byk cerita hanya satu belah pihak aje yg buat baik, kemudian pihak satu lagi ambil kesempatan. Kalau kita ni jenis redha semua perkara (telan aje), maybe kita blh sabar apabila pihak lagi satu balas dengan keburukan dan bukannya kebaikan.
    Pendek kata, buat baik berpada-pada supaya kita tak kecewa di belakang hari. Itu aje.
    Tapi, dalam Islam, mmg takde obligation utk perempuan layan madunya (kecualilah kalau dia perlu bantuan, dianiaya, meninggal dunia dan kita lak kena jaga anak2nya yg sudah jadi anak yatim).

    Ttg register nikah tu, faedahnya lbh kepada madu. Urusan berkenaan tak ganggu isteri pertama. Yg tergugat ialah perkahwinan ke dua tersebut sahaja bcoz contohnya kalau suami meninggal dunia, yg tak dapat apa2 ialah madu. Malah dari segi nafkah pun, madu tak blh tuntut apa2 dari mahkamah selagi mereka tak daftar nikah.

  58. Suami ira telah bercinta dalam diam dengan seorang teman sepejabat selama 3 bulan lebih selepas ira melahirkan anak kami yang ketiga dan ketika itu ira baru 3 bulan habis pantang dan dah mula bekerja. Ira tak perasan ketika Ira tengah nak recover selama 3 bulan itu, suami Ira telah kerap berhubung melalui call ngan sms serta chat dengan temannya itu.

    Ira dapat tau apabila suami memberitau Ira yang bill phone dia dah cecah RM400 lebih. Ira hairan tapi masa tu Ira tak syak apa-apa kerana Ira percaya pada suami.

    Namun, perubahan demi perubahan tampak ketika usia perhubungan mereka telah mencecah seminggu. Ira ketika masih dalam nifas, dan kerana baby tak berapa sihat kerana selesema, Ira berpindah ke bilik lain. Rupanya suami Ira selalu mengunci pintu bilik dan bergayut sampai pagi di kamar mandi. Itu belum termasuk menipu Ira konon ada overtime tapi sebenarnya berdating dengan temannya itu.

    Ira confront suami ira bila Ira dapat bukti dan di situlah bermula episod air mata dan rayu dan ugutan cerai dari suami. Itu belum bab naik tangan lagi. Salah Ira juga kerana tidak dapat mengawal emosi. Hormon tak seimbang lagi rasanya tapi dah kena menghadapi perkara ini.

    Sekejap suami Ira kata itu, sekejap kata ini. Dan temannya pula telah Ira confront dan tanya dan rayu bahawa Ira belum bersedia dan emosi masih tak menentu. Tolong beri ruang dan masa. Namun rupanya mereka teruskan juga hubungan mereka secara rahsia sehingga lah Ira dapat tau. Allah maha mengetahui dan telah berkali2 gerakkan hati Ira. Ira tak pernah rasa begitu walaupun sebelum ini Suami ada teman wanita lain yang kononnya berstatus kawan rapat.

    Ira rasa sangat tertekan oleh suami yang bertubi2 memujuk dan mengugut sambil itu masih menipu Ira kononnya dia dengan temannya dah tak de apa2. Sehingga la wanita itu yang memberitau ira yang mereka masih couple sehingga kini. Ya Allah, pedihnya hati Ira ditipu sedemikian rupa. Malah mereka bertemu sampaikan menempah bilik hotel sebagai port. Ira tak menyangka sejauh itu nekadnya suami ira. Tapi menurut mereka berdua, mereka tak berbuat apa2. InsyaAllah apa yang mereka katakan pada IRa adalah benar.

    Sekarang ini selepas berbincang elok2 dengan wanita itu, Ira dan suami dan dia sendiri memberi ruang dan masa kepada diri masing-masing. Ira dan suami cuba memperbaiki perhubungan kami selama seminggu ini.

    Tapi entah kenapa hati Ira seperti dah tertutup untuk menerima keadaan ini atau keadaan suami untuk kawin 2. Ira telah cuba berdoa dan cuba memahami serta menerima pihak ketiga. Namun mungkin fitrah wanita, Ira ini tak berani dan tak sanggup. Ira tau diri Ira macam mana. Ira tau Ira tak akan tahan dan wanita itu juga katakan pada Ira jika ira tak sanggup. Dia pun tak memaksa.

    Tapi sekarang ini, perbuatan mereka yang memulaukan Ira seolah2 memaksa Ira setuju dengan alasan wanita itu sayangkan Ira dan suami pun kata suami sayangkan IRa. Suami siap minta Ira terima lah dia kerana suami sayangkan dia. entah lah.. Ira buntu..

    Ira tau perasaan Ira sendiri.. mereka berdua juga mengungkit tentang payung emas dan pahala bermadu. Tapi Ira tak nak lakukan semua ini kerana terpaksa dan dipaksa.

    Sekarang ini Ira merasa dipaksa. Mereka paksa Ira dengan cara mengungkapkan kata2 yang cukup sakit seperti, “tahniah, awak happy la dia dah tak de hubungan dengan saya. Ini yang awak nak kan?”… “awak yang suruh saya buat mcm ni. Hah, awak la yang tanggung” dan mcm2 lagi. IRa tak tahan.

    Sebenarnya Ira kena wanita ini dan ira tak de rasa dendam atau marah pun pada dia. Kenapa mereka buat Ira mcm ni? Ira dah berkali2 maafkan mereka. Ira tak pernah rasa nak pegi serang mereka.

    Ira minta mereka menghormati keputusan Ira tapi mereka teruskan juga walaupun Ira dah bagitau keputusan Ira waktu Ira dapat tau. Sekarang ni Ira cuba bagi green light.. tapi lain pulak jadinya. Suami seolah2 tak sabar nak meneruskan perhubungan mereka seperti biasa. Namun hati saya tidak pula diambilkira. Sejak itu IRa cuba tahan hati ira. Tapi tetap juga ira gagal.

    Oleh kerana itu Ira nak berbincang 6 mata, iaitu Ira, wanita itu dan suami. Namun sms Ira dibalas bahawa wanita itu tak ingin berkata apa2 lagi. Ira jadi buntu skali lagi. Ira tak ingin pisang berbuah dua kali…iaitu.. Wanita itu katakan pada ira yang dia dah putuskan dengan suami ira tapi kat belakang tengah sambung.

    Itu sebabnya ira dah tak tahan memendam semua ini, Ira nak minta pandangan dari mereka2 yang lebih matang dan lebih ilmu agama. Boleh tolong Ira supaya ira dapat berfikir dengan lebih baik atau boleh mempertimbangkan segala option yang ada. Ira tak minta jalan penyelesaian. Cuma understanding dan perhaps pandangan yang boleh Ira ambil iktibar darinya agar ira tak menyesal dengan apa2 pun keputusan yang ira ambil selepas ini. Tolong ya. Ira perlu memberi jawapan pada wanita ini pada sabtu ini tentang keputusan Ira. Ira juga perlu berbincang dengan suami keputusan ira ini. Ira tak nak suami sambil lewa, hati dan perasaan ira.

  59. Bagi saya, kalau tak suka dan tak mampu dimadu, Ira blh fight to the last battle, pertahankan ur marriage tanpa org ke3. Apa2 pun mereka bellum ada ikatan yg sah, dan Ira masih lagi isteri yg sah.

    Berusaha to the max utk dapatkan cinta suami semula. Belai dan layan suami to the max. Kalau kena pos anak to parents utk concentrate to hubby dan pergi bercuti, do that.

    Kalau dah berusaha, tp suami ttp degil, then tanya diri sanggup dimadu atau tidak.

    Jika tidak, takde paksaan. Takde hadis/al Quran on PAYUNG EMAS TU. tak berdosa kalau tak restu. But also think of the background support and xs baggage.
    Kalau good support & mampu jadi ibu tunggal, then tanya iman..

    Tak mampu, teruskan tapi cari cara utk bahagia dalam bermadu. Jgn jadi isteri / ibu TUNGGUL (bak kata dr Robiah), dok merana dalam bermadu padahal u deserve for a better life.

    Remember, jgn biarkan diri kita merana. The husband is not everything. At the end, kepada Allah kita pasrah dan berserah.

    Wallahu a’lam. Semoga tabah..

  60. Assalamualaikum…

    Terima kasih ummu. Ira rasa lebih tenang selepas meluahkan segalanya di sini. Selama ini Ira simpan kerana tidak ingin membuka aib dan ingin menjaga maruah suami. Namun kawan2 rapat Ira dah tau dari orang lain yang pernah melihat mereka bersama. Mereka kaget melihatnya dan bila Ira dapat tau dari mereka, Ira cukup kecewa dengan cara suami Ira menangani perkara ini. Malah mereka telah pun membuat plan untuk mereka bersama tanpa membawa Ira untuk berbincang. Tapi tak pe, Ira senantiasa digerakkan hati atas setiap perbuatan mereka. Allah itu ada, Allah melihat dan menunjukkan kepada Ira. Tapi Ira tak mampu berbuat apa2 kerana Ira perlu memberi perhatian kepada anak2 Ira. Syukur anak2 Ira seolah2 memahami dan mereka lah selalu memeluk ira dan memujuk ira.

    Sekarang ni ira tengah cuba menenangkan hati suami ira dan selalu membawa dia berbincang dan meluahkan perasaan hati ke hati. Jika dia masih lagi menipu Ira, Ira tak tau lah. Allah maha Adil. Ira akan perjuangkan marriage ira hingga ira tak mampu lagi. Selepas itu, Ira akan reevaluate apa yang ada di hadapan Ira. Anak2 tetap priority no. 1.

    Teman suami ira pulak tengah buat hal. Ira terpaksa la membuat keputusan supaya suami ira memahami dan menerima keputusan yang ira buat. if suami ira nak teruskan juga, ira nak dia berterus terang dan jangan main belakang.

    Ira tau. banyak benda yang ira kena fikirkan. InsyaAllah Allah akan tunjukkan jalan yang benar kepada ira. InsyaAllah ira dapat membuat keputusan yang lebih baik. Wallahu a’lam. Terima kasih skali lagi.

  61. Ira tertekan sekarang.. nampak gayanya wanita ini tidak ingin melepaskan suami ira. dia kata dia akan kawin juga dengan suami ira. ira dah terdaya tapi ira tetap bagi kata putus. ira dah bertegas dengan dia yang ira tak sanggup. tapi dia letak telefon. Terasa ingin bicara empat mata. Tapi dia ini jenis yang degil. tak akan mau berjumpa melainkan dipaksa.

    skarang ni ira dan suami telah melibatkan ustaz dan ustazah kerana suami ira nak pandangan dari wanita dan lelaki. ira akur saja. mungkin ada jalan penyelesaian.. Wallahu a’lam.

  62. Ummusaif.. saya juga menghadapi masalah yg sama seperti ira. Namun saya lebih rela bermuzakarah suami & isteri dengan seseorang yg arif dalam hal rumahtangga. Saya bercadang untuk membuat adaun ke Jabatan Agama dan menghadiri sesi kaunseling, atau uztaz sendiri mampu memberi kaunseling.. saya amat mengalukan.

  63. Salam ummusaif,

    Mulanya sy sangka dpt bertahan dengan kehidupan poligami ini tp ternyata tidak..sungguh berat tekanan mental dan fizikal yg sy alami sekarang. Sy sangka selepas suami bernikah dgn perempuan yg dicintainya perangainya akn berubah kpd lebih bertanggungjwb, penyayang dan adil tp nampaknya itu hanyalah impian semata. Sy ingatkan suami akan lbh berterusterang dan jujur dgn sy tapi hampa….
    Sy nasihatkan suami spy mendaftarkan pernikahannya di Siam tu agar sah di segi undang2 Malaysia dan hak sy dan anak2 terjamin tp suami marah2 dan ambil sambil lewa. Sy difahamkan proses pendaftarn ini akn mengambil masa yg agak lama dan kos yg tinggi lebih2 lagi utk sahkan samada wali hakim yg dilantik tu benar2 bertauliah. Dlm masa yg sama suami byk berubah sikap, bila tiba giliran sy suami akan balik lewat malam, cuma tidur semata di rumah kami itupun kadang2 tak tidur sebilik dgn sy. Kadang2 suami langsung tak balik bila tiba giliran dan tidak pula hubungi sy beritahu kenapa….dan semakin lama nafkah batin sy semakin terabai..suami tak akan memulakan dan selalunya tidak bersemangat utk melaksanakannya….sy tertanya2….dan semalam sy mendpt jawapannya…Sebelum itu sy byk bersolat hajat & istikharah mohon petunjuk samada patut sy teruskan hidup dgn suami atau sebaliknya…
    Sy dpt rasakan kami semakin tidak bersefahaman dan sehaluan, suami jarang mahu berbincang ttg apa2 perkara pun dgn sy padahal sy ingin sgt membantunya menyelesaikan pendftaran nikahnya yg akn mengalami kesukaran krn tlh bernikah selama 2 thn lebih krn jika sabit kesalahan hukumannya adalah denda atau penjara atau kedua2nya sekali. Memandgkan hubungn kami semakin dingin dan stlh melakukan solat istikharah, sy tlh mencadangkan kpd suami agar melepaskan sy dan kami memfailkan perjanjian penyelesaian sbb apa guna teruskan kehidpan suami isteri jika kami tidak dpt mencapai bahagia….sy berkorban agar suami bahagia, sekurang2 masa dan kos dpt diselamatkan tp malangya suami tak bersetuju dan mencabar sy kalau nak tuntut nafkah di mahkamh tuntutlah…Ini yg buat sy sedih krn suami tidak mahu melayan sy seadilnya dan dlm masa yg sama tidak mahu melepaskan sy…apa tindakan sy seterusnya?
    tp malangnya suami tidak
    Setelah berfikir panjg dan melakukan solat istikharah beberapa kali sy membuat keputusan utkbero

  64. Salam..

    Just to say ‘hi’ (assalamualaikum) to the tuan rumah :) Saya masih hidup, alive and kicking. Ada cerita menarik. Nantilah cerita ye? Lama dah tak check gmail di atas sbb2 tertentu. Anyway, sekadar nak bagi intro cerita, berkemungkinan saya menyambung PhD saya di Malaysia saja dan quit uni di UK. hm…

    Oh oh maaf off topic. Sebenarnya dok tengah menahan perasaan bila membaca recent comments from pembaca spt Puan Pandan dan Puan Ira. Semoga kalian diberi ketabahan yang berkali – kali ganda dan semoga kalian dikurniakan ketenangan yang abadi olehNya. Semoga kita semua dikurniakan hati yang sejahtera. Ameen.

    Wasalam.

    Wasalam.

  65. Ira terasa hati betul ngan husband. Right now, dia telah mendapat greenlight daripada parents that girl. Ira tahan sabar je la. Berdoa ngan Allah. Ira jumpa ngan mak that girl. nak kepastian dan pandangan dia. Ira tak menolak kalau benar nawaitu suci murni. Tapi lain plak jadi nya. Tak pe la. Allah akan balas. Kita sebagai golongan teraniaya hanya mampu berdoa je la.

    Kini mereka tengah nak pujuk Ira. Ira akan buat apa yang patut. Di mahkamah nanti tak tau lah. tengok la apa kata yang arif.

  66. salam ummu saif..
    bercakap ttg poligami, teringat diri ini pernah ditanya oleh tunang beberapa lama dulu tentang apa yang saya buat jika dia mahu berkahwin lain selepas kahwin dgn saya kelak.. soalan yg begitu sensitif lebih2 lagi memang dia pernah berniat begitu.. pada saya secara peribadi, jika memang perkara itu berlaku, biar saya yang carikan.. bukan kita tidak cemburu..tapi kita redho jika itu adalah yang terbaik.. sebenarnya saya tak pernah bayangkan jika benar2 terjadi, tapi sesungguhnya “ta’addud zaujat” itu adalah dari Allah d samping tdak mewajibkan ttp mengharuskan dgn syarat2 yg d tentukan..jika ia datang dari Allah maka kita hendaklah yakin bahawa Allah jamin kemaslahatannya..

    Allahu a’lam

  67. sesungguhnya memang ujian ukhti ira memang sgt tak dpt sy bygkan.. sedangkan baru ditanya ttg poligami dlm tempoh bertunang sy sudah cuak, apalagi org yg berhadapan dgnnya..

    namun ketika menghadapi konflik tersebut saya pernah di berikan satu potongan ayat al-Quran yg bermaksud “dan kami jadikan sebahagian kamu ujian bagi sebahagian yang lain, mahukah kamu bersabar” surah al-Furqan:ayat 20.. saya pernah menangis ttpi kembali tenang bila meneliti firman Allah itu yg mana sememangnya apa yg ukhti ira sedabg hadapi adalah hakikat yg Allah sebut dalam firmanNya.. suami dan wanita itu merupakan ujian buat ukhti ira.. Allah sedang menguji ukhti dan berbicara dgn ukhti ttg sabar dan ikhlas.. sepertimana dalam artikel abusaif: Kamu Sentiasa Layak Diuji.. hanya kerana kita hambaNyak kita memang patut diuji..

    sememngnya bukan mudah menerima poligami, perlunya suami memahami apa itu sebenrnya tujuan perkahwinan

    dalam sebuah hadis rasulullah s.a.w didatangi seorag sahabt lalu berkata: Wahai Rasulullah! Aku ingin menceraikan isteriku
    Rasulullah s.a.w berkata: kenapa?
    Sahabat tu mnjwab: sbb aku dah tak suka kat dia

    Rasulullah berkata: apakah semuanya itu mesti ada suka, di mana perasaan tanggungjawab, amanah terhadap istri dan anak2

    bagi suami2.. fahami perasaan isteri.. bukan kerana poligami itu haram, tetapi ia melukakan hati seorang wanita.. jangan melihat isteri dgn pandangan nafsu tapi melihat dgn mata hati.. lihat pada kebaikan dan ketulusan melahirkn zuriat2 mu..

    pada ukhti ira.. semoga Allah singkap hikmah d sebalik semua ini.. percayalah, jika hikmah itu telah tersingkap pastinya ukhti akan berkata bahwa memang sungguh patut ukhti ira malaluinya..
    maafkan saya jika komen ini tidak menyenangkan.. terima kasih atas ulasan artikel ini ummu saif..

    Allahu a’lam

  68. salam al-misk.

    Ya benar, selepas meletakkan nukilan hati ira di sini, ira telah ke blog abusaif dan telah berkali2 membaca article “kamu sentiasa layak diuji”. Terkesan sungguh dalam hati ira akan perbicaraan Allah pada ira. Ira juga telah berkongsi tentang erti sabar dan ikhlas dengan suami dan juga wanita itu.

    Hati Ira masih tak terbuka. seolah2 ada yang masih menghambat hati ini. Ira hanya dapat berdoa kepada Allah, tebalkan la iman ira, tingkatkan la kesabaran ira jika ini lah ujian yang perlu ira tempuhi. Ira cukup sedar akan ira sebagai hamba Allah dan kini kena belajar lagi bersabar dan ikhlaskan hati.

    Ira hanya la sekerdilnya manusia tapi ira tengah mencuba dan terus mencuba menjadi sabar menghadapi… ira tak tau sampai bila ira boleh bertahan.. hanya air mata peneman duka dan juga Allah tempat mengadu segala kelemahan ira. Ira kena tunjukkan ira kuat di depan suami dan anak2. Ira tak sekuat mana tapi tengah mencuba menjadi kuat dan cekal. Hanya Allah saja yang tau bertapa pedihnya hati ira ini dan bertapa susah nak melangkah ke depan. Astagfirullah al azim.

    Al- misk, tak perlu minta maaf. Ira dah baca dan tiap kali ira alpa, ira akan tatap kembali article abusaif itu. Terima kasih, Wassalam

  69. sentiasalah bersabar kerana hidup kita sentiasa akan menerima ujian. selepas ujian ini kita lalui, ujian lain pula akan datang sehinggalah kita dijemput ilahi.. kita cuma perlu selalu sematkan bahawa manusia bukan hakmilik kita, satu masa nanti kita akan kehilangannya juga sama ada dia masih hidup ataupun dia akan mati.. yang pasti menanti kita di sana adalah syurga, balasan yang kekal abadi buat orang yang sabar seperti ukhti ira.. insyaAllah

    sememangnya hati wanita mudah terhiris.
    Rasulullah s.a.w pernah menegur seorg sahbat yang membawa unta yang ditunggangi oleh seorang wanita dgn kuat dgn berkata: “perlahanlah, berlembutlah, kerana yang di atas itu kaca”..

    wanita diumpamakan spt kaca, terlalu mudah pecah, hati wanita mudah terluka.. oleh itu, lelaki fahamilah perkara ini. wanita juga perlu fahami hati wanita lain.. jika kita tak mahu dilukai, samalah seperti wanita lain tidak mahu dilukai..

    buat ukhti.. luangkan sedikit masa meneliti maksud firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 152-156..

    semua kesabaran pasti diganjari Allah..itu janji-Nya..
    saya doakan ukhti ira tabah dan akan tenang hadapi semua ini.. semoga dilimpahi dgn hidayah dan rahmat kasih sayang dari Allah yang Maha Penyayang.. amin

    allahu a’lam..

  70. Assalamualaikum Ya Al-Misk,

    Telah Ira teliti surah Al-Baqarah yang Al-Misk maksud. MasyaAllah.

    Semoga Ira dapat menzahirkannya. Ira sendiri tak berani berjanji pada diri apatah lagi dengan Allah. Tapi Ira pasti Allah senantiasa bersama Ira walau dalam apa keadaan skali pun. Allahu akbar.

    Terima kasih. Air mata Ira masih lagi bercucuran ketika mengenangkan kasih sayang Allah pada umatnya dengan memberi ujian dan dugaan semasa di dunia. Bukan stakat menghapus dosa tapi juga menyedarkan kita.. sesungguhnya manusia mudah lupa. InsyaAllah Ira temui kebahagiaan walaupun hati Ira teramat luka dan berkecai.

    Wassalam

  71. Assalamualaikum semua,

    Sungguh menarik dan saya amat tertarik untuk membaca bab ni. Kebetulan saya tengah mencari info/data untuk membuat posting blog saya(masih belum di promosikan), maka terjumpalah blog ni. Menarik.

    Saya juga seorang isteri yang ingin mencari keredhaan Allah. Bagi saya walau apapun yang kita fikirkan dan pandangan yang kita dapat/terima, letaklah Allah di hadapan sekali, bukannya perasaan kita dan suami kita, anak-anak kita dan lain-lainnya. Apa matlamat akhir hidup kita? Kerana dalam kehidupan ini terlalu banyak dugaan dan cubaan dan belitan terutamanya “Belitan Iblis”. Jadi berhati-hatilah supaya tidak terjebak.

    Syabas. Blog ini amat menarik. Insya’allah saya akan datang lagi.

    Wallahhua’lam.

    Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

    Wassalam.

  72. Salam Ziarah..ummu saif,sangat tertarik dengan perbahasan nie..di samping saya juga sangat meminati novel ‘ayat2 cinta’..entri ini memang membuka hati kita..manusia biasa macam kita tak lari dari fitrah dan salah silap..bukan senang nak kongsi kasih kan..sebab tu ramai wanita yang lebih suka monogami dari berpoligami..sebab tak semua madu itu manis..

  73. Assalamualaikum… kepada sapa yang Ira boleh rujuk atau meminta nasihat atau mengetahui prosedur2 permohonan poligami dan juga mahkamah dan endingnya? Suami Ira dah tak sabar nak mengemukakan permohonannya.

    Ira tak nak dalam keadaan tak bersedia. InsyaAllah Allah tabahkan hati Ira walau apa pun keputusannya. Wallahualam.

  74. salam,
    ini ujian besar bagi kaum hawa…..tapi sape lepas alhamdulillah!
    sebenarnya tak berat, cuma perempuan yg selalu memandang ia berat, berat berkongsi, berat memberi, berat segala-gala sebab mereka anggap suami suatu yg mereka miliki.
    sahabat ana lagi senang……bini yang beria-ia suruh dia pasang 2, tapi dia tawar hati…….macam tu la jugak kebanyakan lelaki. bukan nak sangat……tapi yang tak bagi tu la selalu yg dia nak! wallahua’lam.

  75. Wanita tidak mahu berkongsi: Klise VS retorik??

    Kalau lelaki, nak berkongsi ke?

    This is not all about being shared with. There are so many factors and issues. Everything has to be balanced.

    And correction, this is just a test for women but also for men. Ia adalah tanggung jawab dan amanah bagi siapa yang memilih jalan ini.

  76. i teruja dgn tajuk yg di kemukakan, interesting. i ada beberapa persoalan, but not now. hope to see you again.

    thank you

  77. pada pandangan saya, yang banyak berlaku adalah individu2 yg berpoligami itu sendiri. org kata kerana nila setitik habis susu sebelanga, dan masyarakat umum biasanya lebih mudah menerima yang negative dari yang positif sebagai iktibar dalam menjalanai realiti kehidupan.

    jadi bila ada case “penyalahgunakan poligami” ianya harus diselesaikan kes by kes dan bukan meletakkan kesalahan itu pd “system poligami” yang dibenarkan seperti termaktub didalam alquran dan sunnah rasululla.

    andaikata “prevention better then cure” dengan cara menjauhkan atau menolak poligami yang dihalalkan adalah tidak wajar sama sekali apalagi yang menyuarakan pandangan dan pendapat tersebut adalah seorang ustazah dan ustaz yang pastinya sentiasa dibenarkan hujah2nya oleh masyarakat.

    namun bagi seorang yg biasa-biasa seperti saya, sekadar untuk mendalami pengetahuan saya tentang isu yg sentiasa hangat dikalangan “layman”)- hujah2 ustaz dan ustazah pasti sedikit sebanyak terpenagruh terutama yang sememangnya mencari point2 untuk menghalang suami2 mereka dari berpoligami sedangkan ianya masih boleh di debatkan lagi.

    sekali imbas di baca (biasanya wanita-wanita yg kurang membaca dan hanya membaca artikal yg pendek2 begini sudah mencukupi untuk berhujah) contohnya :-
    “Ustadz Cahyadi menilai sirah, betapa Nabi SAW pada kebanyakan jangka usianya baginda itu tidak berpoligami. Cinta pertama baginda SAW bersama Khadijah kekal hingga ke akhir hayat tanpa menambah isteri. Poligami berlaku di fasa kemudian dalam jangkamasa hanya kira-kira sedekad sahaja dari usia Baginda SAW.”

    seolah-olah hanya lelaki yang sampai waktu tertentu dibenarkan berpoligami.

  78. contohnya lagi:
    “Rasulullah berpoligami bukan untuk tujuan cinta atau seks dan nafsu. Baginda berpoligami setelah berumur 53 tahun dan semua isteri Baginda merupakan janda dan balu kecuali Aisyah. (Ada juga ulama mengatakan Maryam, seorang wanita mesir juga salah seorang isteri Nabi. Beliau seorang perawan dan melahirkan seorang anak, namun anak Nabi tersebut meninggal ketika bayi).”

    apakah dengan menunjukkan bilangan bayi /anak2 rasulullah membuktikan bahwa beliau tidak bernafsu terhadap isteri2nya yang lain (yg tidk mempunyai anak), walaupun beliau menggauili mereka? saya tidak fikir ini tepat.

    sebagai seorang lelaki yang normal, pastinya beliau bernafsu (maaf kalau saya keterlaluan), adalah haram menikah bagi lelaki yang tidak bernafsu terhadap isterinya. dan sudah semestilah baginda menyukai isteri2nya walaupun yang dilakukannya kerana menegakkan agama islam.

  79. contohnya lagi:
    “asulullah juga mencegah poligami tatkala Fatimah bersedih setelah mengetahui beliau akan dimadukan (tidak kena sebab berpoligami-mengundang kesedihan Fatimah). Maka, sudah tentu Rasulullah tidak redha dengan mana-mana poligami yang salah atau tidak kena tujuannya. Kesedihan isteri pertama untuk dimadukan tidak boleh diperkecil-kecilkan.”

    saya rasa isu ini juga telah di huraikan oleh ummu ahmad didlm blog yg lagi satu.

  80. Assalamualaikum Wr. Wb.
    Tahniah Ummu Saif diatas blog ini.

    Isteri adalah anugerah kepada suami dan suami pula bukan hak milik isteri. Segala-galanya adalah hak Allah. Jika kita letakkan Allah di depan, yang lain akan terletak dgn eloknya.

    Rumah tangga yg saya bina yg kononnya atas dasar cinta telah roboh setelah lebih dari 10 tahun melayarinya. Sepanjang itu, apa saja yang tidak diduga oleh suami atas pengorbanan saya. Saya juga manusia biasa, cuba merubah diri untuk memikat hati suami semula setelah melihatkan dia ada cenderung dgn gadis2 yang lebih jelita. Apakan daya, usia semakin lanjut, tetapi cinta saya masih hangat.

    Setelah 10 tahun saya mencuba pelbagai cara, saya mmg pasrah dgn ketentuan Allah. Sudah ditawarkan untuk berkahwin lain, mungkin dgn itu dia lebih sayang kepada saya, tetapi tidak pula dia mahu. Dan akhirnya kami bercerai, setelah saya dipukul, dizalimi dan difitnah, sehinggakan anaknya sendiri ditanya kepada saya anak siapakah itu…? Sedangkan sepanjang perkahwinan, saya tidak pernah sekali pun curang kepadanya.

    Setelah bercerai, saya bertemu semula seseorang yang pernah singgah di hati saya semasa usia remaja. Dan perasaan yang terpendam dulu telah timbul kembali. Si dia pula telah berkeluarga dan kami ada merancang untuk berkahwin dan saya sebagai isteri kedua.

    Buat masa ini, kami jarakkan diri, supaya tidak timbul apa2 yang tidak baik antara kami, bimbang terjebak dalam fitnah nanti langsung tidak dipandang Allah… sedangkan kami ingin kasih sayang ini dirahmati dan beroleh berkat dan membawa kami lebih hampir kepada Allah.. dan sama2 kami terus berdoa dan membaiki diri masing2, dan kami percaya, sekiranya Allah telah menetapkan berpoligami itu baik untuk semua, ia akan terjadi. Kesannya telah mula kelihatan, kami menjadi orang yang lebih sabar dari dulu dalam segala aspek, dan bersyukurnya saya atas rahmat ini yang saya rasa tak semua orang mendapat peluang berubah seperti ini.

    Saya tidak berhasrat untuk membelakangi keluarganya yg sedia ada, kerana saya pernah berada di dalam kedudukan itu, dan saya sangat faham.

    Saya juga melihat contoh yang baik dalam keluarga saya, ada makcik yg sanggup bermadu, dan mereka hidup aman damai sekarang dah lebih dari 20 tahun… dan saling bantu membantu. Suami pun tak pening kepala, bila isteri2 saling bertolak ansur. Kita adalah manusia biasa yang sememangnya ada rasa cemburu. Jika kita kembali kepada Allah, dan melihat, suami adalah pinjaman didunia untuk kita mencapai syurgaNYA, pastinya rasa cemburu itu dapat dikawal.

    Yang penting, berterus terang dalam komunikasi kerana sakit hati sebab perkara yang benar adalah lebih baik dari sakit hati dari perkara yang dibohongi. Itu pendapat saya sendiri, berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan dipetik dari mana2 kitab atau kata pujangga.

    Wallahualam.

  81. Allah tersangat cantik dan indah maha unggul didalam mendidik hambanya, biarpun pada pandangan mata kasar dan contoh2 poligami (yg terlalu banyak) lebih condong kearah menolak atau tidak ingin memilih poligami sebagai sesuatu yang baik dan positive, kisah D, membuktikan Allah amat berkuasa untuk mengubah hati manusia suoaya lebih dekat kepadanya, menambah cintanya kepada Allah.

    Saya juga berpendapat pengalaman ini tidak akan dapat hadir bagi orang yang tidak ingin melihat poligami itu secara positive.

  82. kalau kita selalu mengambil bangsa asing seperti steven covey seperti idola terkini kerana galakkanya supaya kita sentiasa berfikiran positive dan mengapa kita umat islam masih tidak dapat bersikap positive terhadap isu poligami? apakah masih ada kelemahan dalam system ini? mengapa kita masih tidak yakin atau kurang yakin dengan kebaikan poligami?

    poligami yang “pincang” adalah disebabkan kelemahan pengamal atas kekurangan ilmu dan imannya sendiri, tetapi janganlah kita menyalahkan alquran atau sistem poligami yang indah dan unik ini seperti yang dibuktikan oleh rasulullah.

    seandainya poligami ini tidak sesuai untuk hambanya dari dahulu hingga sekarang dan akan datang, untuk umat muhammad takkan allah dan rasulnya tergamak mengeluarkan sesuatu undang yang merosakkan hambanya dan umat yang amat dikasihi.

    bagi diri saya, saya sentiasa bersikap positive didalam apa juga saranan Allah didalam Alqurannya, kerana Allah terlalu unik, agung dan indah, cara mendidik pun allah lebih baik dari segala guru dan ustaz/ustazah yang ada di dunia ini.

    • @atie,

      seeloknya jangan campur macam-macam benda dalam satu pinggan.

      apa kena mengenanya positive kepada stephen covey vs positive kepada poligami?

      berdosalah manusia yang memandang negatif kepada hukum poligami kerana ia hukum Allah. tetapi apa yang dibahaskan ialah membetulkan cara berpoligami, sama juga seperti membetulkan cara orang bernikah.

      sebagaimana banyak poligami yang rosak, banyak juga perkahwinan single yang rosak. bukan salah poligami atau salah nikah tapi salah manusia dalam mengamalkannya.

      simple sahaja.

    • @atie,

      by the way,

      Allah terlalu unik, agung dan indah, cara mendidik pun allah lebih baik dari segala guru dan ustaz/ustazah yang ada di dunia ini.

      saudari nak bandingkan Allah dengan ustaz dan ustazah ke?

  83. maafkan saya seandainya saya tersalah faham.

    saya tidak membanding ustaz dan ustazah dgn Allah, tentulah tidak terbanding, tetapi kita jgn lupa ilmu dan pengalaman yg ada pun Allah yang bagi, tetapi mengapa seorang ustaz yang hebat seperti cahya di seolah-olah ingin memberitahukan kepada masyarakat bahwa hidup akan lebih bahagia dengan satu isteri, apakah dengan lebih dari satu kita tidak mungkin lebih bahagia?

    apakah kebahagiaan menjadi tunjang utama didalam pernikahan? apakah pernikahan itu mesti dilandaskan kepada kebahagiaan seorang isteri dan anak2 dan bukannya untuk membantu dan membela orang islam yang lain?

    • @atie,

      tajuk buku ustaz Cahyadi Takariawan yang diulas dalam artikel ini ialah BAHAGIAKAN DIRIMU DENGAN SATU ISTERI. Ia amat berbeza maksudnya dengan HIDUP LEBIH BAHAGIA DENGAN SATU ISTERI seperti yang atie tulis.

      ya, kebahagiaan penting. sebab itu ada apa yang dinamakan sakinah, mawaddah, dan rahmah di dalam al-Quran. perkahwinan memang proses untuk manusia mencari bahagia. sebab itu ayat yang sama menyebut “litaskunu ilayha”. begitu juga dengan ayat “hunna libaasun lakum”. ayat-ayat itu menekankan tujuan perkahwinan adalah untuk bahagia.

      membantu dan membela orang islam yang lain? yang ini juga penting. sangat penting. amat penting. maka untuk imbangkan antara kebahagian dan usaha membantu, aturlah proses poligami dengan baik. jangan tipu2, jangan berdua2an di belakang isteri tua, buat dengan tertib sebagaimana perkahwinan pertama dulu.

      Insya Allah, barakah Allah ada pada mentaatinya

  84. ustaz apakah kebahagiaan didunia yang kita lihat dgn mata kasar ini lebih penting dari kebahagiaan yang bakal diperolehi dgn kesabaran dan ganjaran di akhirat?

    • @atie,

      kebahagiaan Akhirat lebih penting dan utama. tetapi tidak semestinya dengan mengorbankan kebahagian dunia.

      kalau dunia penuh dengan pergaduhan, maki hamun, sakit menyakiti, bagai neraka dunia, mampukah itu membawa ke syurga akhirat

  85. ustazah,

    “membantu dan membela orang islam yang lain? yang ini juga penting. sangat penting. amat penting. maka untuk imbangkan antara kebahagian dan usaha membantu, aturlah proses poligami dengan baik. jangan tipu2, jangan berdua2an di belakang isteri tua, buat dengan tertib sebagaimana perkahwinan pertama dulu. Insya Allah, barakah Allah ada pada mentaatinya”

    Mengapa wanita (isteri pertama) bila sisuami menyuarakan hasratnya ingin menikahi wanita lain yang disukainya, biasanya atas dasar cemburu, mereka akan mula melatah, ada yang berkata,
    “langkah mayat aku dulu, tak cukupkah dgn isteri yang ada, pilih antara dua, boleh tetapi ceraikan aku dulu” ,

    ada yang tidak lagi memberikan kerjasama terhadap usaha ini . Sedangkan dengan cakap2 yang sebegini jugak telah membantutkan usaha untuk membantu wanita lain.

    Ada yang mengambil contoh ustaz dan ustazah jugak tak sanggup untuk berpoligami, inikan pulak lelaki biasa yang lain? seperti kata2 ustaz chaya di sendiri, rasulullah sendiri sukar untuk menjalankan poligami, inikan pulak kita.

    pada pandangan saya, kemana segala pergi segala pengajaran yang diserukan selama ini, kita wajib membantu sesama kita, contohnya:

    “tidak beriman sesorang itu selagi dia tidak mencintai saudaranya sebagiamana dia mencintai dirinya sendiri”.

  86. kalau ustazah dan ustaz merasa poligami ini tidak sesuai kerana untuk menjaga kebahagiaan yang utama dlam rumah tangga ustaz, siapakh yang lebih layak untuk membela wanita yang lain.

    seperti kata ustazah ummusaif, ada banyak cara untuk membantu mereka, mungkin pada pandangan ummu saif dalam bentuk material dan wang ringgit, tetapi dalam soal bathin, nafsu bagaimana?apakah cukup dengan wang ringgit? atau apakah dgn wang ringgit itu mereka boleh melampiaskan nafsu mereka dengan melakukan onani atau melanggan gigolo? sedangkan pernikahan itu bukan hanya untuk kasih sayang dan kebahagiaan tetapi jugak menjauhi zina.

    • @atie,

      sudahlah tu atie. awak sudah jelaskan point awak. kalau awak sendiri yang mahu berkahwin dalam konteks poligami, silakan. buat elok-elok. insya Allah baik-baik belaka. kami doakan.

      awak selalu quote benda yang orang lain tak cakap. misalnya:

      seperti kata ustazah ummusaif, ada banyak cara untuk membantu mereka, mungkin pada pandangan ummu saif dalam bentuk material dan wang ringgit,

      bila masa kami cakap begitu? semua itu andaian awak. jadi sebenarnya awak sedang bercakap dengan diri awak sendiri dan cuba menjawab soalan-soalan yang awak sendiri fikirkan. awak assume dan awak syarahkan assumtion awak sendiri.

      cadangan saya, rest the case.

      dan jangan sekali-kali letakkan perkahwinan yang suci versus onani dan melanggan gigolo. itu MELAMPAU namanya.

  87. assalamualaikum

    berkenaan artikel ini, memang ana petik dari artikel saudara tetapi ana petik dari sini

    http://baitulmuslimhm.wordpress.com/2008/10/24/poligami-rasulullah-bukan-ayat-ayat-cinta/#comment-32

    untuk pengetahuan saudara setiap artikel yang ana ambil jika ada sumber dan rujukan ana pasti akan letak di bawahnya. begitu juga dengan artikel saudara. rujukan juga ada ana letakkan di bawah artikel tersebut. di dalam wordpress saudara juga ada ana minta izin untuk copy. mungkin saudara tak perasan.

    jadi memang ana letak sumber dari saudara dan saudara boleh semak semula di bawah sekali artikel.

    jika ada permasalahan, bolehlah komen di artikel tersebut. syukran..

  88. Maaf mengganggu tp sy perlukan sket penjelasan. Sy berumur 44 thn ada 6 org anak dr 20 thn hingga 4 thn. Suami tlh bernikah secara rahsia di Siam pd thn 2006 setelah permohonannya utk berpoligami melalui mahkmah tlh ditarikbalik bila mahkamah inginkan bukti kelayakan dan kemampuannya. Sy bekerja dan membantu perbelanjaan keluarga. Sy hanya mengetahui pernikahannya tahun lps setelah mendapati tingkhlakunya yg berubah spt tidak mahu tidur sekatil, cuba mengelakkan diri dr sy, tak mahu jwp panggilan telefon or sms etc. Isteri ke2 berumur 20 thn lebih muda dr sy dan 1 pej dgn suami.
    Sblm mrk bernikah suami sering bergayut di telefon sehingga bil mencecah ratusan RM begitu juga dgn kad kredit ribuan RM. Sehingga hari ni suami tlh tak beri nafkah batin sy selama 4 bulan berturut2. Bila sy pertikaikan kenapa suami tak mahu berterusterang dan jujur ttg pernikahan mereka istri ke 2 memberikan jawapan spt berikut:

    “Puan meletakkan kasihsyg manusia sbg yg paling utama drp kasihsyg Allah dan Rasullulah. Puan tidak mencintai Allah dan RAsullulah . Puan begitu takut jika kehilangan kasihsyg dr suami tetapi Puan tidak takut kehilangan kasihsyg Allah dan Rasululluah”

    Ini jawapan isteri ke2 bila sy katakan kenapa suami tak mahu ceraikan sy sdgkan suami terang2 tak mampu bg nafkah batin dan menampung belanja keluarga
    “Puan kita bertuah krn Allah pilih kita utk hidup dlm keadaan suami mengamalkan poligami. Jika tidak, kita tidak berpeluang merasai apa yg Ummahatul Mukminin (para isteri nabi) rasai. Sesungguhnya pahala kita lebih baik berbanding isteri2 yg tidak bermadu” – kenapa kemampuan dan kelayakan suami tak diambil kira.?

    Pernikahan mereka belum didaftarkan mengikut undang2 Malaysia. Ini jawapan dr isteri ke2

    “Puan dasar pernikahan bukan pd pendaftarannya, undang2 Malaysia yg ‘mensyariatkan’ agar pernikahan perlu didaftarkan sedangkan Allah dan Rasulullah tidak pernah menyebutkan hal itu. Bumi ini adalah milik Allah dan dimana-mana shj ia menjadi hamparan sejadah buat kita. Jadi bernikah di luar Malaysia tidaklah haram dri sisi syarak. Kalau kita kata pendaftaran pernikahan itu adalah wajib, maka kita tlh membuat Rasulullah bersedih hati. Jika kita mengharamka POLIGAMI maka kita mengharamkan apa yg halal, jika kita bencikan POLIGAMI maka kita bencikan hukum Allah.”

    Saya minta sesiapa komen jawapan2 yg diberikan oleh isteri ke2 ini sbb sy rasa dia menggunakan ayat2 Al-Quran tidak kena pada tempatnya dan lebh kepd kepentingan dirinya dan suami pula memberikan alasan2 mengikut dalil Al-Quran tanpa mengira tanggungjawab, hak dan amanah sy dan anak2nya. Selama hari ini pun suami tidak menjalankan tugas sbg pemimpun keluarga, jarang solat berjemaah, baca Al-Quran dan solat2 sunat. Keperluan rohani sy dan anak2 langsung tak diberikan.

    Terima kasih atas bantuan kalian.

  89. Salam. Saya cuba bantu secara ringkas ya..

    Q1. Puan tanya pasal kejujuran berkenaan poligami. Puan bukan tanya pasal kenapa mesti berpoligami. Dan puan tak katakan pun poligami suami puan menghancurkan seluruh keluarga puan. Kenapa pula wanita tersebut jawab sedemikian? Islam, Iman masih di dalam diri puan.

    Inilah istilah retorik yg sentiasa digunakan oleh mereka yg pro poligami, suami ibarat objek seperti seluar dan baju. Tidak mengapa jika diambil orang. Bagaimana pula jika dompet anda diragut orang, tak perlu report polis??

    Kejujuran mencerminkan keikhlasan dan keberanian dalam bertanggung jawab.

    Q2. Kalau suami tak berikan nafkah dan laksanakan tanggung jawab kepada mana2 isteri, jelas bukan ciri2 poligami Rasulullah!

    Q3. Pernikahan poligami yang tidak sah berdaftar lebih untuk memelihara status dan keselamatan isteri (dan keluarga)yang ke 2, dan seterusnya. Terutama dalam isu tuntutan harta sepencarian selepas bercerai dan wasiat/faraid selepas suami meninggal dunia.
    So, terpulang kepada mereka(u ask for it!). Tak ganggu status isteri pertama.
    Takde sape yg haramkan poligami.

    Bottom line: Puan blh question dia apa hukumnya ber’zina’ kecil (telefon lama2), dating dan berjoli dengan duit tanggungan suami orang (duit suami orang dan ayah budak)?

    Adakah perkahwinan mereka itu sudah cukup menghapuskan dosa2 lalu??

    Last but not least, nasihat saya, puan pergilah berjumpa kepada biro guaman syarie utk nasihat yg lbh baik.

    Wallahu a’lam.

  90. Terima kasih Ummu. Sesungguhnya memang sy tak menghalang apalagi mengharamkan poligami tu lebh2 lg setelah mrk bernikah di Siam. Apa yg saya mahu adalah KEJUJURAN dan KEBERANIAN suami utk BERTERUSTERANG. Macam mana sy nak bergantung harap pd suami yg sedemikian?sekarang ini pun dah lebh 4 bulan suami tak mahu bercakap apa2 dgn saya. Gilirannya di rumah sy sekadar melaksanakan giliran dgn bermalam dan melihat anak2. Di mana indahnya dan pahalanya poligami kalau tiada langsung gurausenda dan komunikasi. Lebh parah lagi suami baru diberhentikan kerja. Tp suami dgn angkuhnya berkata dia tak perlukan duit sy utk tampung perbelanjaan keluarga dan dia rela melihat keadaan kami begini tanpa ambil apa2 tindakan utk menjernihkan keadaan krn dia pernah kata itu sbg kafarah ats kelakuan sy selama sy sebagai isterinya..

    Sy mmg dah berjumpa dn berbincang dgn peguam syarie dan hampir memfailkan fasakh di mahkamah tp proses yg lama dan mengenangkan nasib anak2 yg masih kecil, hati sy sentiasa berbelah bahagi utk memutuskan ikatan perkahwinan ini. Tp sy juga wanita biaaa yg perlukan perhatian dan belaian dr seorg suami. Lagikan Siti Fatimah wanita yg dijanjikan syurga bersedih utk dimadukan lagilah sy yg punya iman senipis kulit bawang…

    Lagipun sy takut segala amalan solat, sedekah dan kebajikan yg sy lakukan selama ini tidak dinilai oleh Allah dan diangkat ke langit selagi sy berkeadaan begini dgn suami.

  91. mmg islam tak galakkan penceraian. Tp penceraian itu juga bukan haram.

    nasihatkan saya, kalau suami terus tak bertanggung jawab malah anak2 pun tak dpt apa2 dari bapa mereka,
    takde bezanya menjadi suami yg tak bertanggung jawab dgn ayah yang sudah pun bercerai dgn ibu mereka. At the end, they only see their father once a week dan segala tanggungan ibu yang buat.

    Kalau teruskan kehidupan yang merana,
    dua-dua tak dapat pahala malah buat dosa kerana tak laksanakan tanggung jawab. Suami buat isteri, ayah buat anak2 dan isteri pun dah tak ikhlas dan hanya terpaksa dalam geram dan marah bila suami berterusan tidak bertanggung jawab.
    Puan bagilah tempoh pada diri dan suami sampai bila ini semua. Jika sampai tersebut, suami tidak berubah, maka pergilah semula ke peguam sya’ie.

    Setidak2nya sekarang ini puan blh minta bantu mahkamah utk minta suami beri nafkah duit dan batin selagi bergelar suami isteri. Itu hak puan. Mahkamah blh keluarkan arahan. Kalau suami tak mampu, mahkamah akan ambil tindakan.

    Bak kata pakar motivasi, Dr Robiah Hamzah: biar jadi ibu tunggal daripada ibu tunggul..

    • Salam Ummu,
      Nak minta komen sket bg sy yg cetek agama ini tentang kenyataan istri muda suami yg mengatakan bahawa “seseorang wanita yang berkahwin maka gugurlah dosa-dosanya yg telah lalu” sbg mengulas apa yg Ummu katakan terhapuskah dosa2 kering (spt bertelefon & dating) dgn perkahwinan! Wanita itu mengatakan bhw dosa2nya yg melakukan maksiat bersama suami sblm bernikah tlh terhapus seleps berkahwin dgn suami saya dan gugur segala dosa2 melalui celah2 jari bila bersalaman dgn suami…sbb itulah dia beria2 mempertahankan poligami yg diamalkannya..

  92. asslm. wr. wb.

    Tulisan ummu saif hendaknya jg menyertakan aspek perkara hukumnya poligami shg tidaklah timpang hatinya orang yg membaca kalo hanya liat dari sisi negatifnya saja. dlm hal ini perkara poligami tetap saaj hukumnya mubah(apakah krn hajat seksualitas maupu hajat membantu sodare yg janda)boleh saja. walau Allah sendiri kasih warning ttg perkara keadilan. but bagi mrk yg mampu kenapa tidak.Kami di Indonesia msh banyak melihat poligami yg sukses walautentu ujian mesti juga ada. Insya Allah kalau Allah bolehkan suatu hal atas kita sesungguhnya jaminanNya tidaka akan ada mudharatatas itu. Kmaka janganlah pandang sebelah mata mereka yg berpoligami ,krn atas hajat apapun hal itu lebih mulia daripada mrk yg pacaran,penzina,mut’ah krn tak ada keberanian menanggung perasaan dan tanggung jawab….wallahu’alam.

Comments are closed.